11 November 2009
10 November 2009
Ketam & Kung Pao Chicken
Jadi hari ini, awal-awal saya dah bagitau kat tokeh ikan nie JANGAN kerat ketam saya. Kerat getah yg ikat tu takpa. Ekeke...
Selain lauk Ketam dan Kung Pao Chicken, ada juga lauk lain kalau korang pernah dengar lah namanya Kuah Pedas. Ala-ala Rasam yang terkenal di kalangan orang India. Sup ni memang sedap kalau dihirup. Amat lah menyegarkan sebab lada hitam dan jintan tu. Saya suka pecahkan telur kat dalam kuah pedas tu. Masakan ni memang masakan turun temurun lah. Dari tok sampai ke mak dan sekarang saya pula.
07 November 2009
04 November 2009
Siput Masak Lemak
26 October 2009
Menguap pun ada HUKUMnya
Skop dan ruang lingkup syariat sangat luas merangkumi soal yang besar sehinggalah kepada persoalan yang sekecil-kecilnya.Kita ambil contoh soal menguap. Sekalipun perbuatan menguap dilihat kecil, tetapi ada 5 hukumya.
Ada waktu menguap jadi WAJIB [bila terlalu mengantuk dan mesti menguap jika tidak, akan menggugat kesihatan]. Ada masanya jadi HARAM [menguap untuk menyindir orang lain].
Boleh jatuh MAKRUH [apabila mulut ternganga].
HARUS [menguap boleh dilakukan dalam keadaan berdiri atau duduk].
Dan SUNAT apabila menguap dalam keadaan menutup mulut dan membaca ta'wauz.
Kalau perkara yang sekecil menguap pun ada hukumnya dalam Islam, apatah lagi persoalan yang besar seperti mengatur rumah tangga, ekonomi, pakaian, pendidikan, sistem bersosial, kebudayaan, politik dan lain-lain lagi. Renung-renungkanlah.
Sumber : Khazanah Ilmu

24 October 2009
Menu Tengahari
Hari ini ada tetamu. Memang berhajat lama dah nak ajak tetamu ini datang ke rumah. Alang-alang dah lepas raya, dan masing-masing tak ada komitmen, jadi hari ini tercapai jugaklah hajat.
Untuk lunch hari ini saya dah sediakan menu seperti Dalca Tulang, Ayam Masak Merah, Udang Goreng Kari, Sambal Goreng Jawa dan Daging Goreng Halia. Manakala untuk pencuci mulut pula saya buatkan Tiramisu dan Apple Crumble. Buah-buahan sebagai sampingan.
16 October 2009
Nasi Goreng Kampung
NASI GORENG KAMPUNG
Bahan-bahan :-
nasi sejuk
garam
sos tiram
sos ikan [nampla]
sayur campur
2-3 bj telur
lebihan ikan goreng, ceraikan isi dari tulang
boleh juga kalau nk bubuh udang, ikan, sotong dsb
ikut apa yang ada di dapur anda
Bahan tumbuk :-
bawang merah
bawang putih [lebih drpd bawang merah]
cili padi [ikut tahap kepedasan masing-masing]
ikan bilis, rendam dan basuh bersih kemudian tos
Cara-cara :-
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi dahulu. Kemudian baru masukkan ikan bilis dan tumbuk biar hancur semuanya dan sebati.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk sehingga garing.
3. Tuang sos tiram. Kacau sebati. Masukkan sayur campur dan isi ikan goreng.
4. Pecahkan telur dan biarkan sebentar. Agak-agak dah masak, kacau-kacau supaya hancur. Tetapi jangan hancur sangat telur tu nanti tak cantik.
4. Masukkan nasi dan letakkan garam. Gaul nasi supaya sebati dan percik kicap dan sos nampla. Rasakan masin secukupnya dan gaul lagi biar sebentar kemudian bolehlah ditutup api.
05 October 2009
Kedukaan di waktu merayakan Kemenangan!
Salam,
Harini tak ada entri memasak pun. Saya sekadar mahu berkongsi cerita duka yang saya alami sekarang. Semalam hari Ahad saya bangun awal-awal pagi untuk sediakan juadah untuk tetamu yang akan bertandang ke rumah. Tidak ada rumah terbuka pun, sekadar memasak dan jamu kenalan suami sahaja.
Ketika di dapur, saya sempat membancuh adunan untuk membuat kek manakala daging dah saya cuci bersih, potong dan tinggal untuk diperap. Udang pula semalam lagi sebelum tidur dah saya siang dan perap supaya memudahkan kerja saya keesokannya. Tinggal ikan yang perlu dibersihkan untuk dijadikan kari.
Tatkala sibuk di dapur, bunyi telefon berdering banyak kali. Hati saya dah mula berdetik. Saya paling takut akan bunyi telefon jika pada waktu yang tidak sepatutnya seperti tengah malam atau awal-awal pagi. Saya biarkan sahaja bunyi itu berdering walaupun dalam hati seribu satu persoalan yang timbul. Semasa sedang menumis rempah, saya tinggalkan sekejap dan pergi mendapatkan telefon. Panggilan dari abah, mak dan adik! Kenapa??? Kenapa begitu banyak missed call? Saya hubungi abah semula, tiba-tiba abah macam tak dapat meneruskan kata-kata, terdiam. Saya pula mengasak banyak kali bertanyakan kenapa? kenapa? kenapa??? Tiba-tiba abah sebut..'mak-mak'. Mak-mak ialah panggilan mesra untuk tok yang kami dah biasa sebut sejak dari kecil lagi. Lagi mudah ada yang sebut 'mak' sahaja. Begitu juga dengan saya, dah biasa dengan perkataan mak untuk menggantikan kata nama tok.
Perlahan-lahan abah bersuara. Dengar dari butir bicara abah saya jadi terdiam. Setelah abah memberitahu mak-mak sedang nazak, saya pula tiba-tiba bertukar tempat dengan abah, lidah jadi kelu dan langsung tidak mampu berkata apa-apa. Tiba-tiba air mata saya gugur dengan tidak mampu saya tahan lagi.
Tangan dan badan tiba-tiba jadi ketar, mulut jadi terkunci dan tidak tahu kemana arah tuju. Ke dapur kah, ke bilik tidur untuk kejutkan suami kah?
Saya pergi ke dapur, tapi tidak tahu apa yang perlu dibuat. Bahan-bahan sudah saya keluarkan, rempah masih di atas dapur, kek masih belum masak sepenuhnya! Ya Allah, buntu sungguh saya waktu itu. Kemudian saya bergegas naik ke atas kejutkan suami yang masih nyenyak tidur dan beritahu berita yang sedih itu.
Suami pun bingkas bangun lalu mendapatkan telefon bimbitnya dan menghubungi abah. Setelah mendapat kepastian, dia menghubungi rakan-rakannya untuk membatalkan janji temu untuk makan tengah hari di rumah kami.
Tumisan yang masih di dapur, suami suruh saya teruskan memasak sehingga habis. Setelah siap lauk kari ikan, suami suruh agar diberikan kepada rakannya. Setelah siap semua perkara, baju-baju dah dimasukkan ke dalam beg, kami teruskan perjalanan ke Pulau Pinang. Tiba-tiba ketika masih dalam perjalanan, hati saya begitu sayu teringatkan mak-mak. Ketika hari raya baru-baru ini, saya bertandang ke rumah dan beraya dengannya. Dalam keadaan tidak sihat, mak-mak masih tersenyum dan mendakap erat saya dan juga cicitnya Nur Yusra. Saya minta ampun dan maaf dan halalkan makan minum saya selama ini. Kemudian dengan lembut mak-mak berbicara, "Ila takdak dosa apa pun dengan mak, mak dah ampunkan semua" Dengan tidak saya sedari, air mata mula bergenangan.
Lebih kurang pukul 4 petang, saya selamat sampai ke rumah mak-mak. Rumah dipenuhi oleh sanak saudara yang datang dari jauh dan dekat. Surah Yasin kedengaran di setiap penjuru rumah sedangkan tubuh mak-mak di atas katil kecil masih kaku dan tidak bergerak. Matanya tertutup rapat. Saya segera mendapatkan mak-mak dan bersimpuh di tepi sambil mengusap tangan mak-mak. Saya tidak henti-henti memanjatkan doa kepada Allah agar apa yang sedang mak-mak alami sekarang ini, dipermudahkan segala-galanya dan panjangkanlah usia mak-mak kerana sejak dari subuh lagi keadaan mak-mak begitu dan sekarang sudah hampir ke Asar dan akan menjengah ke waktu senja. Ya Allah, dugaan apakah ini yang engkau sedang berikan?
Sanak saudara pula tidak putus-putus datang dan mendoakan agar mak-mak kembali pulih seperti sedia kala. Yang paling meruntun hati saya ialah apabila pakcik saya tanpa segan menangis sambil memegang seraut wajah ibunya itu dan berkata bahawa kami semua ada di sini, ada sisinya, kami datang untuk melihat agar beliau kembali sihat sedia kala, tolong jangan tinggalkan kami, kami masih sayangkan mak, masih perlukan mak!! Sesiapa yang berada di situ tidak mampu menahan air mata. Saya dan yang lain-lain sudah teresak-esak menangis kerana kami sudah tidak mampu untuk menanggung lagi seolah-olah penderitaan yang kami alami cukup berat.
Manakala pakcik saya yang ketiga pula tidak henti-henti menadah tangan memohon agar Allah memudahkan segala-galanya, melancarkan lidah ibunya untuk mengucap. Sementelah kami sudah habis ikhtiar, tidak lagi mampu berbuat apa-apa, sekadar menangis dan bersedih, tiba-tiba tangan mak-mak bergerak. Tubuh yang tadi kaku mula menunjukkan tindak balas. Sanak saudara yang berada di dapur, sedang solat dan berbual di luar rumah berlari mendapatkan mak-mak. Masing-masing seakan-akan tidak percaya dan ada yang menangis kegembiraan dan tanda syukur dari Allah.
Mak-mak mula membuka matanya perlahan-lahan. Hati yang sayu kembali berbunga. Sebagai hambanya, walau apa pun terjadi saya tetap akan redha. Tetapi ini, membuatkan saya rasa bersyukur yang amat sangat. Allah maha besar lagi maha mengasihani hambanya. Pertama, mak-mak 'kembali' kepada kami, kedua mak-mak masih boleh mengecam kesemua anak cucu dan cicitnya dan ketiga mak-mak boleh senyum! Syukur alhamdulillah.
Apa pun yang terjadi, hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Oleh itu, saya dengan rasa rendah diri memohon agar rakan-rakan yang rajin mengunjungi laman blog saya supaya sama-sama mendoakan agar tok saya sihat dan dipanjangkan umur. Bukan menghalang qada dan qadar tetapi atas doa dan harapan, moga-moga Allah mendengar doa hambanya. Amin.

Labels:
Nota
01 October 2009
Daging Masak Pedas
DAGING GORENG PEDAS
Bahan-bahan :-
500 gm daging
Bahan kisar/
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Bahan tumis/
1 btg kulit kayu manis
3 bunga lawang
3 cengkih
3 buah pelaga
gula secukup rasa
1 keping asam keping
air secukupnya
2 btg serai, diketuk
minyak masak untuk menumis
1 sdb minyak sapi
3 sdm cili kering yang dikisar [cili boh]
kicap manis
2 bj bawang besar, dipotong gelang
Cara-cara :-
1. Perap daging dengan kicap dan bahan kisar selama 1/2 jam. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan minyak sapi.
3. Masukkan bahan tumis dan juga serai yang telah diketuk. Kacau sebentar.
4. Masukkan cili boh dan kacau sehingga pecah minyak.
5. Masukkan daging yang telah diperap dan tuang air dan biar sehingga daging empuk.
6. Setelah empuk dan air agak kering atau sampai pecah minyak, masukkan asam keping dan rasakan dengan gula secukupnya. Boleh tambah kicap jika kurang masin. Masakan ini tidak perlukan garam langsung. Adjust dengan kicap sahaja.
7. Sebelum tutup api, masukkan bawang besar yang dipotong gelang dan gaul sebati dan bolehlah ditutup api dan dihidangkan.
29 September 2009
Ayam Rendang Pedas
Udang Goreng Simple
Udang kalau boleh yang besar lah dan tak perlu kopek kulit cuma gunting ekor dan janggut sahaja. Kemudian perap dengan serbuk kunyit dan rempah KETAM sebarang jenama tapi janji mesti rempah KETAM. Hiris bawang besar, bawang putih, halia, 1 btg cili merah, 1 btg cili hijau dan ketuk 2-3 btg serai. Panaskan kuali dan tuang minyak campur minyak sapi sikit. Letak daun pandan dahulu dan goreng sekejap biar wangi baru tumiskan semua bahan hiris dan serai. Kacau sekejap dan masukkan udang. Boleh tambah air jika inginkan kuah. Perasakan dengan garam. Masukkan 1 keping asam keping. Balik-balikkan udang supaya masak, tutup api dan tabur daun pudina. Sedia untuk dihidangkan. Kalau dah rasa, tentu orang akan ingat ini kari.
Kek Prune Kukus
Saja-saja buat pagi tadi untuk berikan sebagai buah tangan untuk ustazah si Yusra dan juga kawan-kawan. Teringat kat mak sebab balik raya baru ni asyik dok tanya tak buat ke kek prune? Hmmm..kesian pulak.
Resepi ni boleh tengok merata-rata dah. Dalam rumah terdahulu pun dah ada. Kek ni boleh dikatakan antara kegemaran ramai jugak lah. Dahtu senang dan cepat nak sediakan. Tapi kali ini saya gunakan mentega Golden Churn, jadi kek nie lembut dan sedap terlebih dari biasa. Hehehe..
26 September 2009
Himpunan Biskut Raya 2009
19 September 2009
17 September 2009
Kek Buah Kukus
KEK BUAH KUKUS
Sumber : FnR
Bahan-bahan :-
600 gm tepung gandum
340 gm mentega Golden Churn
300 gm gula kastor, dihanguskan, perlahankan api dan masukkan 1/2 cwn air
300 gm gula pasir
5 bj telur gred A
2 sdt esen vanila
2 sdt esen oren
375 gm buah-buahan kering campuran [mix fruits]
2 sdt soda bikarbonat
Cara-cara :-
1. Panaskan kukusan.
2. Ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan mix fruits ke dalam adunan tepung dan digaul. Ketepikan.
3. Di dalam bekas berasingan, pukul gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4. Tuang adunan tepung ke dalam bancuhan mentega dan kacau sebati.
5. Tuang gula hangus dan kacau lagi.
6. Masukkan kesemua esen dan gaul sebati. Tuang ke dalam loyang yang telah disapu mentega di sekelilingnya dan tabur sedikit tepung supaya kek tidak melekat. Sedia untuk dikukus selama 4 jam. Balut tudung kukusan supaya air tidak menitik jatuh ke atas permukaan kek.
Biskut Tart Nenas Kelopak Matahari
Tapiiiiiiiiiiiiiiiii..sampai ke garisan penamat, jari saya dah mula melecet sebab kena tekan tekan tekan tekan saja sampai ke sudah! Eiii..dah mula takdak mood. Belum part menggentel jem lagik! Belum part nak transfer biskut masuk ke dalam bekas lagik! Arghh..ngeri betul la nak pegang biskut nie..takut berderai, lembut bak sutera tapi sedap walaupun sememeh sebab malas nak alas paper masa nak susun dalam bekas tu.
Cornflakes Coklat
14 September 2009
Jejari Transformer
Dah famous gila dah biskut ni cuma saya jer yang ketinggalan jet untuk mencuba. Biskut ni saya pandai-pandai adjust tambah telur kuning lah tambah tepung jagung lah. Resultnya tak tahu lagi macam mana sedap ke tak, terpeleot ke tak wallahu alam..tapi budak tak puasa tu dah mencubanya sebiji dan dia kata 'ok laa Maaaa..sedappp..susu dia manis!' Betul ker? Kena tunggu malam lepas berbuka lah baru boleh tahu..bukan boleh percaya budak tak puasa tu!
13 September 2009
Chocolate Almond Cookies
BISKUT COKLAT BERBADAM
Sumber : Chef Alex Goh
Bahan-bahan :-
A/
260 gm mentega
185 gm gula aising
B/
1 bj telur
1/2 sdt pes kopi - saya kecualikan
1 sdt pes coklat
C/
400 gm tepung gandum
1 sdb susu tepung
1/2 sdt serbuk penaik
D/
* 180 gm kepingan badam
Cara-cara :-
1. Pukul A sehingga kembang. Kemudian tambah B dan pukul sehingga sebati.
2. Campur C yang telah di ayak dan kemudian masukkan D. Gaul rata.
3. Tekan doh ke dalam dulang segiempat berukuran 8 inci yang telah dialas dengan kertas kuih. Simpan doh di dalam peti sejuk semalaman atau sehingga keras.
4. Keluarkan doh daripada peti sejuk dan potong menjadi kepingan 40mm. Potong menjadi kepingan nipis, berukuran 5mm tebal.
5. Susun atas loyang pembakar yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 170'C selama 20-25 minit.
Nota :-
Kepingan badam boleh digantikan dengan kacang lain seperti walnut, pecan, hazelnut. Adunan tidak perlu dipukul sehingga ringan. Cukup sekadar bahan-bahannya sebati dan rata.
* Saya mencampurkan 80 gm coklat rice kerana kepingan badam tak cukup!!
Biskut Oren
Biskut nie crunchy. Dah habis ikhtiar nak guna acuan apa sebenarnya. Jadi, hentam sajalah dan untuk tidak mencacat cela kan rupa paras biskut tu, saya tempek sebiji coklat cip di atasnya.
.
BISKUT OREN
.
Bahan-bahan :-
250 gm mentega
240 gm gula halus
240 gm tepung gandum
240 gm tepung jagung
1 sdt pati oren/emulco
1 sdt parutan kulit oren
.
Cara-cara :-
1. Pukul mentega dan gula.
2. Masukkan parutan kulit oren dan pati oren.
3. Masukkan tepung-tepung yang telah di ayak dan adun sebati.
4. Rehatkan doh di dalam peti sejuk sebentar.
5. Keluarkan dan canai doh kemudian terap dengan acuan.
6. Susun di dalam loyang dan bakar pada suhu 170'C atau sehingga keemasan/masak.
7. Sejukkan dan boleh disimpan.
12 September 2009
Biskut Suji
Yang ini namanya Biskut Suji yang resepinya saya ambil dari MyR.
Ini merupakan biskut kegemaran saya dari kecil sampai lah dah besar panjang tua bangka!
Memandangkan ini resepi baru, jadi saya belum berkesempatan mencubanya. Tapi saya tak risau, hari ini kebetulan ada budak tak puasa kat umah jadik elok sangat lah tu. Mula saya bagi sebijik, berkerut habis muka dia sebab mulut penuh kan..jadi susah sket nak bagi ulasan. Sekejap tu dia minta lagi, kemudian minta lagi..Haaahhhh..sudah..kompem sedap la tuh! Tak pasal-pasal habis sebalang kang biskut aku nih! Hehehe..
Tapi biskut ni amatlah sesuai kalau saya labelkan 'HANDLE WITH CARE, ONCE BROKEN CONSIDER SOLD' yaaaaaa...Tersilap handle, menangis laa korang..Hihihi..
BISKUT SUJI
Sumber : MyR
Bahan-bahan :-
500 gm tepung gandum
200 gm gula aising - saya guna gula halus
250 gm minyak sapi
1/2 sdt garam halus - ini saya tambah
susu tepung - ini saya tambah
Cara-cara :-
1. Tepung haruslah digoreng tanpa minyak terlebih dahulu. Ketepikan dan kemudian digaul dengan gula dan garam.
2. Cairkan minyak sapi, sejukkan sebentar kemudian dituang ke dalam adunan tepung. Gaul sehingga sebati sehingga boleh dikepal. Jika adunan lembik, boleh tambah sedikit demi sedikit tepung. [Ya, saya tambah lagi tepung sedikit demi sedikit]. Kemudian bulat-bulatkan adunan anggaran 1 sdt dan susun di dalam loyang.
3. Bakar biskut dengan suhu 170' celcius selama 20 minit atau sehingga masak.
4. Keluarkan biskut dan bolehlah disalut dengan susu tepung dan kemudian disusun di dalam cawan kertas.
Biskut Choc Chip Rangup Kak Liza
09 September 2009
Jem Nenas
JEM NENAS
Bahan-bahan :-
1 biji buah nenas mengkal
sepotong buah betik masak ranum
2 cwn gula
1/2 biji limau nipis, jus shj
Cara-cara :-
1. Kupas dan bersihkan nenas.
2. SAGAT atau PARUT nenas sehingga habis.
3. Masak sehingga pekat baru tambahkan buah betik tadi.
4. Masukkan gula dan kacau sehingga pekat, likat dan bertali-tali.
5. Sebelum menutup api, perah rata jus limau ke atas jem lalu dikacau.
6. Sejukkan dan sedia digunakan.
Labels:
Jem
Menu Berbuka Lagi & Lagi
Menu di atas tu kami beli di Petaling Jaya. Paling best lauk sotong bakar tu lah yang membuat saya dok telan air liur saja. Hehehe..
02 September 2009
Menu Berbuka Lagi
Hari ni pun berjalan lagi di tempat yang sama macam semalam pulak tu. Eiii..tak bosan pulak tu??!! Esok sure bosan..nak cari port shopping tempat lain pulak lah!..Hehehe..
Kebetulan masa nak balik rumah tu ada nampak gerai kecil tepi jalan. Saya memang dah biasa beli makanan kat sini sebab selain dekat dengan rumah, makanannya boleh tahan sedap jugak. Masakan yang dijual ni kebanyakannya berasal dari pantai timur. Macam tadi yang saya sempat lihat ada kuih muih seperti buah tanjung, akok, jala mas, lompat tikam, beberapa jenis bubur dan kuih-muih biasa yang kita lihat. Juadah lain pula adalah seperti laksam, laksa johor, ayam percik, sambal sotong, terung berlada, kerutub ayam dan macam-macam lagi lah.

01 September 2009
Menu Berbuka
Penyudahnya, my bos tolong tapaukan nasi goreng dan beberapa juadah untuk berbuka. Antaranya seperti gambar di atas. Roti canai ke roti paratha saya tak berapa pasti la pulak tapi yang nyata..SEDAP! Roti yang digulung bersama-sama inti daging disaluti pula oleh sos dan mayonis kemudian dicicah dengan kari..perghhh..Memang tak tipu..hehehe
Puding Jagung
PUDING JAGUNG
Sumber : NoorMasri FnR
Bahan-bahan :-
1 cwn jagung manis stail krim [saya guna 1 tin jagung manis bkn krim]
1 cwn tepung kastad
1 1/2 cwn susu cair [saya ganti dgn santan+1 sdt garam]
3 cwn air
3/4 cwn gula
Cara-cara :-
1. Campur ke semua bahan-bahan di atas ke dalam sebuah periuk dan masak sehingga likat.
2. Setelah agak likat dan berkilat, boleh tuang di dalam acuan dan sejukkan.
31 August 2009
Mee Kuah Mudah

Kalau nak ikut yang sempoi sket, resepinya masuk pelbagai jenis makanan laut terutama udang yang bersaiz XL dan sup tomato. Kebetulan masa nak buat ni ikut saja bahan yang ada di rumah maka jadi lah mee kuah mudah.
MEE KUAH
[resepi agak-agak]
1. Mula-mula panaskan minyak dan tumis cili kering yang dah dikisar halus bersama-sama bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan stok ayam atau stok udang atau stok daging. Ikut yang mana ada lah yea.
3. Tuang sos tomato, sos cili, cuka, kicap dan sup tomato. Yang nie kena pandai adjust masam masin dan manis.
4. Dah mendidih, masukkan hirisan ayam, udang atau apa-apa sahaja yang ada. Fishball dan fishcake pun boleh.
5. Perasakan dgn garam dan gula. Masukkan sayur sawi.
6. Masukkan mee kuning dan taugeh. Biar mendidih dan bolehlah dihidangkan.
7. Hias dengan tomato hiris, bawang goreng, daun bawang dan daup sup juga cili potong.
Subscribe to:
Posts (Atom)