Followers

03 December 2010

Melawat Kalamunda, Australia

Salam kawan-kawan, seperti yang dijanjikan, di bawah ini adalah beberapa gambar yang sempat saya ambil semasa saya berada di ladang milik seorang kawan suami yang bernama Anthony atau kami lebih senang memanggilnya Mr. Tony. Beliau berasal dari Itali tetapi telah lama menetap di Perth bersama keluarga beliau. Ladang yang saya pergi ini adalah milik ibu bapa beliau. Rumah ibu bapa beliau dan adik beradik yang lain amat berdekatan sekali. Masing-masing abang dan kakak Mr. Tony mempunyai ladang masing-masing yang saya tak pasti berapa keluasannya. Insya allah jika diizinkan Allah, saya ingin pula melawat ke ladang beliau yg terletak di Gingin, WA. Agak jauh dari bandar dan mengambil masa berjam-jam untuk sampai ke sana. Sebab itu lah suami saya hanya membawa kami ke ladang ini sahaja kerana lebih dekat dgn bandar lebih kurang 30 minit sahaja dan kalau agak jauh pula [Gingin] bimbang kami letih dan hilang mood untuk berjalan-jalan sekitar ladang nanti. Tetapi kalau dah melihat sendiri keluasan ladang ini, bagi saya akan hilang segala penat mengantuk di dalam kereta. Sanggup kot rasanya duduk berjam-jam dalam kereta kalau itu dapat puaskan hati kami dengan pemandangan ladang yg luas. Hmmm..
























Tertunailah hasrat saya untuk melihat sendiri pokok buah-buahan seperti lemon, buah ceri, aprikot, pir dan macam-macam lagi. Dan yang paling syok dapat makan fresh lagik siap petik terus dari pokok. Kalau musim sejuk, dapatlah saya berpeluang melihat tanaman stoberi. Tapi sekarang musim panas memang tak ada rezeki la. Ini pun sebenarnya ada beberapa pokok yang belum masak sepenuhnya dijangkakan bulan Januari nanti baru masak dan sedia untuk dipetik.

02 December 2010

Pizza Dough Docker



Haaaa..gajet baru lagi. Asal pergi je mesti nak ada gajet baru. Yang ini memang nampak best sangat sebab nampak senang kalau nak buat pizza bases. Ermm..kira nak senang saja! Tak payah dah nak cucuk-cucuk dengan garfu. Gelek je dengan dough docker ni. Tutup mata pun boleh punya. Hehehehe. Selain untuk pizza bases, boleh juga digunakan untuk shortcrust patries dan pie crust. Hmmm..harap jangan jadi tukun sudah..Hikhikhik.

Cuti ke Perth

Assalamualaikum. Baru berkesempatan untuk upload cerita di blog. Sepanjang cuti sekolah yg baru bermula, saya berkesempatan mengikuti suami ke Perth atas dasar kerja. Bertolak pada 28 Nov dan akan kembali ke Malaysia pada 3 Dis 2010. Sedang cerita ini ditulis, saya masih lagi di bumi Perth. Sepanjang tinggal di sini bagi saya yang pernah beberapa kali datang ke sini adalah sungguh membosankan kalau sekadar datang dan tidak melakukan apa-apa aktiviti. Jika kelapangan, saya akan berjalan-jalan sekitar bandar ataupun menghabiskan masa di pusat membeli belah. Barangan yg dijual hmmm..mahal dan tidak berbaloi melainkan anda seorang yang sgt kaya! Tapi saya tidak, sebab itu saya cuma bersiar-siar dan meluangkan masa bersama Yusra sementara suami sibuk dengan kerjanya.
Selain sibuk memikirkan aktiviti harian, perut juga perlu diberi keutamaan. Maklumlah saya ini seorang yang jenis kaki makan! Hehehe. Bila datang ke sini, saya dah sediakan segala senarai restoran/makanan dan minuman yang HALAL. Bab makanan memang tak perlu dirisaukan langsung sebab banyak restoran dari Malaysia/Indonesia yang halal seperti Insan Cafe, Karachi Restaurant, Takaza Restaurant, Mak's Place, Restoran Endah, Restoran Oleh-Oleh dan sebagainya [sekadar menyebut beberapa nama]. Kalau jemu dengan nasi, boleh cuba kebab dari restoran Turki, Pakistan dan sebagainya tapi hati-hati kerana tidak semua restoran dari Timur Tengah ini menyediakan makanan halal. Yang penting kita kena banyak dapatkan maklumat.
Lagi satu yang pelik tentang saya, bila datang sini tiba-tiba teringin nak makan makanan barat lah, makanan Jepun lah, makanan Cina lah. Haishhh..sedangkan kat Malaysia tak hairan pun! Ye lah kalau dah hari-hari lalu asyik terpandang Mc D, Pizza Hut, Hungry Jack, Red Rooster dan sebagainya mana tak terliur kan! Hahahaha.
Tapi yang pasti saat lidah inginkan sesuatu sebagai pencuci mulut rasanya tidak susah sebab di sini ada pelbagai jenis makanan sejuk beku dijual di pelbagai pasaraya seperti Woolworth dan Coles.




Seperti yang saya katakan di atas tadi, jika sesekali jemu, apa kata bertukar menu pula. Saya berkesempatan ke Harbour Town. Saya suka ke Harbour Town sebab saya dah tertarik untuk ke kedai Royal Doulton. Walaupun tak pernah sekali pun membeli apa-apa barang di situ, sekadar melihat barangan yg dijual di situ pun sudah membuat saya puas. Setelah puas berjalan-jalan, saya berehat untuk menikmati kebab di ISPA Kebabs. Makanan di sini sudah tentulah halal dan menyediakan pelbagai jenis kebab. Asyik juga sambil makan sambil melihat burung merpati berterbangan mencari makanan di sekitar kaki kita. Angin pula bertiup sepoi-sepoi bahasa dan cuaca pada hari itu sangat cantik dan tidak terlalu panas. Maklumlah sekarang kan musim panas dan suhu kadangkala mencecah sekitar 40 darjah! Seperti gambar di bawah, saya memesan nasi yang datang bersama kebab ayam, hirisan buah zaitun, jalapeno, cheese, cendawan dan couscous. Kenyang sungguh! Saya tak boleh tahan kalau tengok buah zaitun. Saya suka sangat makan buah zaitun. Sebab itu saya pesan extra olive! Umphhh!!




Gambar di bawah pula ialah sekotak buah ceri yang diberikan kepada kami semalam oleh kawan suami yang pernah saya ceritakan di entri terdahulu di mana beliau mempunyai ladang yang sgt luas. [Saya akan ceritakan di entri yang akan datang di mana saya berkesempatan melawat sendiri ke salah sebuah ladang beliau yang terletak di Kalamunda]. Di sini sekarang tengah musim buah mempelam, ceri, plum, anggur dan sebagainya. Mempelam di sini pula sungguh manis. Boleh sakit tekak kalau asyik makan dan makan saja. Hehehe. Tapi saya noticed yang sejak akhir-akhir ini saya kerap makan dan tak boleh tak makan. Lidah asyik rasa nak makan, makan, makan, makan!

Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY