Followers

31 July 2009

Happy Birthday To Mr. Nasir!



Baru sempat nak update cerita ni padahal kitaorang dah celebrate minggu lepas. Masa pergi tu tak bawak camera, jadi masing-masing tangkap guna handphone saja. Gambar ini ehsan dari lyn, anak kepada Mr. Nasir. Kek comel tu saya beli di Wondermilk. Last minute lar! Kemudian kami pakat terus ke Plaza Damas untuk celebrate di sana. Kalau dah ke sana, comfirm la makan murtabak spesel tuh!! Tak banyak gerai yang buka pada hari itu termasuklah gerai kegemaran saya iaitu gerai yang menjual kacang phool, mee siam singapore dan rojak. Frustttt! Jadi saya tukar selera makan mee rebus saja. Ok lah, sedap jugak lah. Lain-lain yang kami order ialah popiah, murtabak special yg memang sedap giler tu dan nasik lemak untuk Alan dan Zsa Zsa. Manakala untuk Yusra dan Lyn, derang pakat order char kuew tiaw. Lepas tiup lilin dan makan kek, terus balik. Hajat hati nak meronda lagi tapi fikir Yusra nak sekolah esok hari terpaksalah dibatalkan.

29 July 2009

Roti Suka-Suka Hati

Roti Bun Inti Kacang Merah
Roti Pintal Bergula
Roti Sosej Togel
Bun Kosong

Segala roti yang di atas itu menggunakan satu jenis doh saja dan dipelbagaikan menjadi macam-macam jenis dan tak berjenis. Hehehe..Tengok dan nilai sendiri lah ye yang mana roti yang tak berjenis tuuu..Hikhikhik..
Resepi roti ini saya gunakan resepi Mr. Alex Goh dari buku The World Of Bread. Buku ini saya dah beli bertahun-tahun lamanya tapi asyik keluar masuk almari saja. Bagi sesiapa yang nak mencuba boleh lah mencubanya.
BASIC SWEET BUN DOUGH
Bahan-bahan :-
A/
480 gm tepung roti
120 gm tepung gandum
110 gm gula
10 gm garam
20 gm tepung susu
4 sdt yis segera
B/
1 biji telur
300 ml air sejuk
C/
60 gm mentega
Cara-cara :-
1. Adun A hingga sebati.
2. Tambah B dan uli sehingga menghasilkan doh.
3. Campur C ke dalam doh dan terus menguli untuk menghasilkan doh yang lembut dan kenyal.
4. Tutup doh dengan plastik. Biarkan ia naik selama 50-60 minit atau berganda saiznya.
5. Guna jari untuk menekan ke dalam doh. Ia patut menunjukkan tanda jari yang jelas, tetapi doh tidak patut menurun. Ini menandakan ia siap untuk membuat roti atau ban.
Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY