Followers

31 August 2009

Mee Kuah Mudah

Mee kuah ni dah lama terperap tapi sebab kamera masa tu tak ada memori kad jadi alternatif lain terpaksa guna handphone, jadinya gambar tak berapa cantik dan kembang sket.
Kalau nak ikut yang sempoi sket, resepinya masuk pelbagai jenis makanan laut terutama udang yang bersaiz XL dan sup tomato. Kebetulan masa nak buat ni ikut saja bahan yang ada di rumah maka jadi lah mee kuah mudah.

MEE KUAH
[resepi agak-agak]

1. Mula-mula panaskan minyak dan tumis cili kering yang dah dikisar halus bersama-sama bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan stok ayam atau stok udang atau stok daging. Ikut yang mana ada lah yea.
3. Tuang sos tomato, sos cili, cuka, kicap dan sup tomato. Yang nie kena pandai adjust masam masin dan manis.
4. Dah mendidih, masukkan hirisan ayam, udang atau apa-apa sahaja yang ada. Fishball dan fishcake pun boleh.
5. Perasakan dgn garam dan gula. Masukkan sayur sawi.
6. Masukkan mee kuning dan taugeh. Biar mendidih dan bolehlah dihidangkan.
7. Hias dengan tomato hiris, bawang goreng, daun bawang dan daup sup juga cili potong.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!!

21 August 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Kepada semua rakan-rakan Blog yang beragama Islam. Saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dan semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini sama-samalah kita mencari keberkatan di samping menambahkan pahala.

17 August 2009

Resepi Untuk Mengurangkan KOLESTROL


Saya perolehi dari laman web. Boleh juga kalau mahu mencuba.

RESEPI SIHAT UTK MENGURANGKAN KOLESTROL
Bahan-bahan :-
80 gm black fungus
80 gm halia
10 gm kurma merah

Cara-cara :-
1. Rendam black fungus di dalam air sehingga lembut kemudian cuci dan bersihkan.
2. Kerat halia menjadi 8 keping tanpa dibuang kulit.
3. Keluarkan biji dari kurma merah.
4. Masukkan kesemua bahan di dalam periuk slowcooker.
5. Tambah 8 cwn air.
6. Masak menggunakan api/suhu yang perlahan selama 6 jam.

Tips : Seeloknya dimasak pada waktu malam sebelum tidur kerana keesokan harinya dah boleh diminum. Untuk yang tidak mengalami apa-apa penyakit, boleh juga diamalkan once in a while.

Jangan Minum MILO dalam kotak?



Saya dapat email mengenai risalah ini. Jadi saya ingin berkongsi dengan anda semua. Banyak pengalaman pengguna mengenai hal-hal sebegini. Betul atau tidak, itu saya kurang pasti. Tapi yang saya tahu, saya juga pernah mengalami situasi sebegini tapi bukan produk minuman, tetapi produk makanan [coklat berjenama terkenal] dan saya juga telah diberikan pampasan untuk itu.
Apalah nasib pengguna Malaysia jika sering berhadapan dengan situasi menjijikkan!

15 August 2009

Sup Ekor Lembu Chef Wan

Resepi asal ialah Sup Ekor Lembu Chef Wan tetapi sebab tak ada ekor lembu, saya tukar kepada tulang sahaja. Sup ini memang sedap dan amat sesuai jika dihirup begitu saja mahupun di cicah dengan roti.

SUP EKOR LEMBU CHEF WAN

Bahan-bahan :-
125 ml/1/2 cwn minyak sayuran
500 gm ekor lembu, dibersihkan dan dipotong-potong
2 sdb ketumbar serbuk
1 sdb jintan putih serbuk
1 sdb jintan manis serbuk
1 1/2 sdb tomato puri
1.5 ltr/6 cwn air
1 btg lobak merah, dikupas dan didadu
1 bj ubi kentang, dikupas dan didadu
2 btg saderi, didadu
garam
lada hitam yg baru dikisar
daun ketumbar, dihiris-hiris
bawang goreng

Rempah Tumis/
4 bj buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus/
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 btg serai
1 cm halia

Cara-cara :-
1. Panaskan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis ekor lembu sehingga perang sedikit. Angkat dan toskan.
2. Di dalam minyak yang sama, masukkan rempah tumis dan bahan kisar dan goreng sehingga naik baunya.
3. Tambah serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih dan kacau di atas api kecil selama 3-4 minit sehingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah lobak merah, ubi kentang dan saderi. Renihkan selama 1 jam 45 minit sehingga ekor lembu empuk. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
6. Hias dengan daun ketumbar dan bawang goreng sejurus sebelum menghidang.

Ayam Masak Manis Pedas

Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY