Followers

25 February 2010

Rich Marble Chocolate Cake Sheila Mambo

Oven yang terperuk dek dah lama tak baking nie saya warm up balik sebab teruja sangat nak mencuba satu resepi baru dari pelakon terkenal tanah air kita iaitu Sheila Mambo! Saya dapat resepi ni dari fb beliau. Dan saya juga dah minta izin daripada beliau untuk muat turunkan di dalam blog saya. Terima kasih sekali lagi kak Sheila.
Berbalik kepada resepi ini. Kek ini bagi saya amat mudah untuk disediakan. Bahan-bahan pun tak banyak dan ringkas sahaja. Masa membuat pun tidaklah begitu lama. Sekejap saja bancuh dan dah boleh dibakar. Sejurus keluar daripada oven, saya memang tak tunggu dah, terus ngap! Dan memang betul kena dgn namanya yang Rich! Selamat Mencuba.

RICH MARBLE CHOCOLATE CAKE SHEILA MAMBO

Bahan-bahan :-
125 gm dark coklat, dicincang dan dicairkan
125 gm mentega
125 gm gula kastor
2 bj telur, dipukul ringan
155 gm tepung naik sendiri
80 ml susu cair [saya guna susu segar]
1/2 sdt esen vanila

Cara-cara :-
  1. Panaskan oven terlebih dahulu.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  3. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan esen vanila. Pukul lagi.
  4. Tuang susu dan selang seli dengan tepung. Gaul adunan sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  5. Satu bahagian dimasukkan dark coklat yg telah dicairkan. Manakala satu bahagian dibiarkan kosong.
  6. Griskan loyang. Tuang adunan plain diikuti adunan coklat. Lakukan sehingga habis kesemua adunan. Lorekkan dgn garfu atau toothpick untuk menampakkan corak.
  7. Bakar pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
  8. Sejukkan dan bolehlah dihias dengan topping.

Nota :- Saya cairkan coklat guna kaedah mikrowave, sebab tu cepat. Ikut resepi asal ada toppingnya tapi saya tak minat nak bubuh sebab kek ini dengan sendirinya dah cukup sedap. Selamat mencuba!

23 February 2010

Ayam Goreng Jintan

Ayam Goreng/Masak Jintan nie amatlah senang dan cepat untuk memasak. Tak banyak bahan pun sebenarnya. Makin blur duduk di dapur tu sebab makin di belek-belek rupa ayam tu sampai ke sudah tak datang idea. Mulanya saya perap saja ayam tu dengan bawang dan halia mesin sementara nak tunggu idea datang. Lepas balik dari sekolah Yusra, terus selongkar peti ais dan capai apa yang patut. Maka jadi lah sebegini rupa. Selalu masak ayam style begini tapi lain-lain versi. Kali ini saya masukkan beberapa jenis rempah dan nak rasa kelainan. Tak rugi jugak sebenarnya sebab hasilnya memang memuaskan hati.


AYAM GORENG JINTAN
Bahan-bahan :-
1 ekor ayam, dipotong kecil
1 sdm serbuk jintan manis
1 sdm serbuk jintan putih
1 sdm rempah kurma
1 sdm rempah sup
1/2 sdm serbuk kunyit
2-3 sdm serbuk lada hitam, dikisar kasar
garam secukup rasa
2 btg serai, diketuk
2 helai daun kari
2 biji ubi kentang
1 keping asam keping
Bahan mesin/
1 bj bawang besar
4 bj bawang putih
1.5 " halia
Bahan lain/
2 bj bawang besar, dipotong bulat atau 1/2 bulat
2 biji cili hijau, dihiris serong
Cara-cara :-
  1. Satukan ayam dan bahan mesin. Masukkan bahan-bahan rempah kecuali lada hitam dan sedikit garam dan perap ayam selama 1-2 jam.
  2. Panaskan minyak dan masukkan daun kari. Kemudian masukkan serai.
  3. Masukkan ayam dan air kemudian tudungkan kuali. Biar ayam setengah empuk dan masukkan ubi kentang. Biarkan seketika sehingga ayam betul-betul masak dan ubi pun empuk. Tambah air jika terlalu kering. Masukkan lada hitam. Perasakan dengan garam dan masukkan asam keping.
  4. Sebelum tutup api, masukkan bawang besar dan cili hijau yang dihiris. Gaul-gaul sekejap dan bolehlah ditutup api dan dihidangkan.

Nota : Saya akan asingkan dada ayam dan lain-lain bahagian yang terlebih isi dan simpan untuk dimasak lauk yang lain. Saya tidak berapa gemar menggunakan isi yang terlalu banyak seperti dada ayam dalam masakan sebegini sebab dalam banyak-banyak bahagian, bahagian yang ada tulang temulang juga lah yang paling laku. Sebab tu saya asingkan bahagian dada dan kemudian boleh dibuat sebagai bahan sampingan untuk menggoreng mee, nasi atau campur ke dalam tom yam atau sup dsb.

18 February 2010

Rojak & Cendol

Selain gerai rojak [pasemboq] dan rojak yang famous di SS15 tu yang siap beratur macam keretapi kalau nak membeli, saya suka satu gerai yg terletak di bawah pokok yang berhadapan dengan stesen minyak Esso. Senang nak mencari lokasinya kerana tak terceruk pun. Betul-betul berada di simpang jalan keluar masuk. Lagi pulak, tak perlu nak beratur panjang semata-mata nak menikmati sepinggan rojak. Gerai yang bergerak ini diusahakan oleh seorang pakcik India Muslim yang mana isterinya seorang warga Indonesia. Anak-anak seramai 2 orang yang selalu menemani mereka ketika berniaga. Seronok tengok gelagat anak-anak kecil ni tatkala menikmati rojak dengan cendol. Berbalik kepada rojak, rojak ni kalau kena dengan kuah yang sempoi memang sedap. Nak-nak keropok yang rangup dan sambal sotong yang pekat. Wallahh..jemput makan!

14 February 2010

Nasi Minyak

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua penganut yang beragama Buddha. Semoga kalian semua dirahmati dan mendapat rezeki yang melimpah ruah.
Kebetulan cuti raya cina dan cuti sekolah hanya berehat di rumah sahaja maka kenalah siapkan barang basah yang cukup untuk seisi rumah sepanjang cuti nanti. Hari ini memang tak larat sungguh sebab dengan senggugutnya, sakit badannya sakit pinggang dan macam-macam lagi lah. Biasanya dalam setiap bulan mesti mengalami masalah mcm nie. Tapi hari ni sebab tak bercadang nak kemana-mana, maka saya gagah juga masak sedikit di rumah. Nasi minyak, udang, daging dan acar. Rasanya cukup la kot. Acar beli lah, bukan buat punya. Hehehe..


NASI MINYAK

Bahan-bahan :-
3 pot beras basmathi
4 pot air
1 pot susu cair
2 1/2 sdm rempah kurma
1 btg serai, diketuk
1/2 ketul kiub pati ayam
1 helai daun pandan, disimpul
1 sdm minyak sapi+1 sdm mentega/marjerin + 2 sdm minyak masak
1/2 cwn bawang goreng
1/2 bj buah tomato, didadukan


* pot = alat menyukat beras


Bahan tumis/
1 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih


Bahan tumbuk/
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
halia, sebesar ibu jari


Cara-cara :-

1. Panaskan ketiga-tiga jenis minyak di dalam periuk nasi. Masukkan bahan tumis dan kacau seketika kemudian baru masukkan bahan tumbuk. Kacau sehingga bawang garing.

2. Rempah kurma dicampur sedikit dgn air lalu dituang ke dalam periuk. Masukkan serai dan daun pandan. Gaul rempah sehingga betul-betul pecah minyak.

3. Tuang susu cair dan air. Biarkan mendidih. Tuangkan beras. Masukkan garam dan sedikit gula dan juga kiub pati ayam. Biarkan mendidih dan masukkan bawang goreng dan buah tomato.

4. Alihkan periuk nasi ke tempatnya dan pasangkan suis. Biarkan nasi masak sepenuhnya dan biarkan seketika. Kemudian baru gembur nasi dengan menggunakan garfu kemudian bolehlah ditabur bahan-bahan sampingan.

5. Boleh juga menggunakan kismis, buah gajus dsb sebagai bahan sampingan. Goreng dengan sedikit minyak lalu dituang ke atas nasi. Tapis dahulu minyaknya. Kemudian bolehlah ditabur dgn daun pudina.

11 February 2010

Ini pun lauk hari ini jugak. Siakap ni dah malas asyik kukus saja. Hari ni memang cadang nak buat masam manis. Kebetulan bahan semua ada. Kecuali timun, sebab tu saya ganti dengan lobak merah dan capsicum. Sebenarnya, nak letak apa pun boleh. Sayur mayur pun memang sesuai seperti bunga kubis dsb. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

SIAKAP SWEET SOUR

Bahan-bahan :-
1 ekor ikan siakap, dibersihkan
1 btg lobak merah, potong mcm btg mancis
1/2 bj capsicum, didadukan
1/2 tin nenas, didadu kecil
1 btg serai, diketuk
2 sdm cili mesin
3 helai daun limau purut

Dimayang/
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia, sebesar ibu jari
1 btg cili merah

Bahan sos/
3 sdm sos cili
3 sdb sos tomato

Cara-cara :-
  1. Panaskan kuali dengan minyak yang agak banyak.
  2. Ikan yang telah dibersihkan, dikelar dan dilumur sedikit garam dan tepung jagung. Goreng terendam ikan sehingga garing. Angkat dan letakkan di dalam pinggan bujur. Ketepikan.
  3. Cedok minyak yang berlebihan dan tinggal lebihan minyak utk menumis.
  4. Masukkan halia terlebih dahulu dan biar sebentar. Kemudian baru masukkan bawang merah, bawang putih dan serai. Agak-agak dah layu sedikit baru masukkan cili merah. Gaul sehingga bawang kekuning-kuningan.
  5. Tuang cili mesin dan kacau sehingga cili pecah minyak. Masukkan air dan lobak merah. Bila dah setengah empuk, tuang sos ke dalam kuali. Tambah air jika kuah terlalu pekat. Biarkan mendidih dan masukkan capsicum dan nenas. Biar seketika.
  6. Sebelum menutup api, gunting daun limau purut ke dalam kuali dan kacau-kacau sampai mesra kesemuanya.
  7. Tuang kuah ke atas ikan dan sedia dihidangkan.

Kari Sotong

Mula-mula keluarkan sotong cadang nak masak yang simple saja. Bila tengok fizikal sotong yang sedang-sedang besar, terus teringat nak buat kari. Kari sotong ni saya tambah kacang buncis sebagai tambahan. Puas hati jugak makan tadi sebab hampir kesemuanya ada telur. Saya memang sangat suka telur. Tak kira lah telur ikan ke, telur sotong ke atau telur ayam sekalipun. Ekekeke..


09 February 2010

Ayam Bakar Berempah

Ayam ini susulan daripada resepi Ayam Bukan Kentaki. Dah saya bagitahu yang saya akan lakukan post mortem, maka jadi lah ayam bakar berempah. Kali ini saya menggunakan ayam di bahagian kepak sahaja. Tengok pada gambar tidaklah semenggah mana pun, tapi rasa memang sedap. Lagi pulak, saya tak salut telur dan tepung. Apa yang saya buat, saya perap sekali dgn rempah dan tepung. Kemudian baru dibakar. Sebenarnya, kalau nak goreng pun boleh.

AYAM BAKAR BEREMPAH

Bahan-bahan :-
8 ketul kepak ayam

Bahan perap/
1 sdm rempah kari daging
1 sdm rempah kurma
2 sdm serbuk cili
2 sdm tepung jagung
2 sdm tepung gandum
2 sdm tepung beras
1 sdm lada hitam kisar kasar
1 sdm serbuk ketumbar
1/2 sdm gula
garam

Kisar halus/
1 sdm [bumbun] jintan manis biji
1 sdm jintan putih biji

1/2 bj buah lemon
minyak zaitun

Cara-cara :-
  1. Bersihkan ayam dan toskan. Lap kering dengan menggunakan kitchen towel.
  2. Gaul ke semua bahan-bahan kering di atas dan gaulkan bersama ayam. Perap semalaman.
  3. Panaskan oven dgn fungsi grill, suhu 180 darjah.
  4. Di dalam tray, percikkan minyak zaitun sehingga rata. Susun ayam. Percikkan sedikit lagi minyak zaitun ke atas ayam. Bakar ayam selama 20-30 minit atau sehingga masak.
  5. Keluarkan ayam dan percik lagi dgn minyak zaitun kemudian perah 1/2 bj lemon ke atas ayam tadi dan bolehlah dihidangkan.

Asam Jawa

Kenapa digelar asam jawa? Ada sesiapa yang tahu? Hehehe..
Dulu-dulu saya akan import asam jawa dari Padang Besar, Perlis. Kalau stok asam dah nak habis, macam kucing nak beranak jugaklah. Cepat-cepat call mak suruh dia hantar. Kalau tak pun, makcik yang tinggal di Perlis akan buatkan dan kirimkan kepada mak, dan mak akan kirimkan kepada saya. Saya tak berapa suka asam jawa yang dijual di pasar raya. Rasa asam jawa tu akan buatkan masakan saya 'rosak'.
Tapi kali ini, saya dah jumpa asam jawa yang betul-betul macam asam jawa yang selalu mak kirimkan tu. Mulanya saya beli pun sebab nak test tahap kesedapan asam jawa ni. Alhamdulillah, saya amat puas hati dan terus setia sampai sekarang. Masak apa sahaja yg menggunakan asam jawa, memang tidak akan mengecewakan.
Tapi yang tak bestnya, kedai yang saya beli tu ada 2 peniaga melayu. Penjual yang muda akan jual kepada saya sebatang RM3.50. Saya tak tahu harga sebenar pun, jadi saya beli dan beli sahaja. Kebetulan masa nak pergi beli lagi untuk tambah stok, si penjual muda tu tak ada. Yang ada penjual agak berumur sedikit. Yang terkejutnya, harga yg dijual kepada saya RM2.00 utk sebatang! Hairan kan??? Saya pun tak tanya banyak, terus saya keluarkan not 10 dan beredar dari situ. Tapi dalam hati masih penuh tanda tanya. Hmmm...

07 February 2010

Lunch at TGIF Subang Parade

Hari ini hari Ahad, hari gantung apron kan. Tapi tak pergi jauh pun sekadar keluar ke Subang Parade sahaja. Lagipun saya dan Yusra sahaja. Hari Raya Cina tidak berapa hari sahaja lagi dan orang ramai pun mengambil peluang untuk membeli belah dan beriadah bersama keluarga. Agak penat juga mencari tempat untuk parking. Berpusing-pusing jugak lah 2-3 kali. Nasib baik ada akhirnya. Mula-mula tu cadang nak lunch di Sari Ratu sahaja tetapi bila fikir balik keadaan cuaca yg hujan pada masa itu jadi kami ambil keputusan utk makan di dalam bangunan sahajalah. Jadi kami memilih TGI Friday.

06 February 2010

Roti Jala & Kuah Durian

Beberapa hari sudah ada seorang kawan baik bertanyakan resepi kuah durian. Sejak dari itu, saya dah jadi teringin pulak. Semalam dah pesan dengan bos, kalau jumpa buah durian tolong belikan. Esok pagi bila ke dapur dah nampak 5 biji durian atas meja. Wahh..seronoknya! Terus kopek dan masukkan dalam periuk untuk dijadikan kuah. Lepas tu berhajat pula nak buat roti jala. Lepas tengah hari baru siapkan kesemuanya. Alhamdulillah.


Brownies

Entah kenapa pulak tiba-tiba bila baca je resepi brownies nie terus bangun dan terus ke dapur menyelongkar barang. Yang baiknya, semua bahan ada dan lengkap! Tak tunggu lagi terus start gear dan kayuh laju-laju. Hehehe..
Resepi asal dari Blog Diana. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Dan terima kasih juga kepada ashra, sebab posting dia kot saya terus bangun! Dah cuba dan teksturnya memang chewy goewy yummy!



05 February 2010

Ikan Goreng Berlada

Kalau ikan ini, asyik-asyik sambal tumis saja. Hari ini saya masak ikan kembung style berlada. Caranya mudah sangat. Goreng ikan terlebih dahulu dan ketepikan. Tumbuk cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan. Tumis bahan tumbuk ini dengan minyak kemudian perasakan dengan sekeping asam keping, garam dan gula. Masukkan ikan dan gaul-gaul sekejap supaya mesra. Siap.

04 February 2010

Ayam Goreng Bukan Kentaki

Resepi ini dari laman web Soulha. Tetapi saya dah edit sikit-sikit resepinya mengikut apa bahan yang ada dirumah dan apa yang memudahkan saya. Maklumlah, saya jenis yang 'rajin'. Hahaha..
Semuanya kalau boleh nak singkat, simple dan senang kerja saja. Ayam ini saya buatkan bekal untuk Yusra. Sedap katanya. Saya tanya dia "macam ayam kentaki dak?" Dia jawab "ya!". Ehh..betul ke? Ntahla. Bila saya rasa, tak lah 100 peratus macam KFC, mungkin cara penyediaan saya agaknya. Apapun best untuk mencubanya. Tak rugi mana pun.

AYAM GORENG ALA-ALA KFC

Bahan-bahan :-
1/2 ekor ayam

Bahan pemerap/
1 sdb rempah kurma
1 sdb rempah kari daging
1 sdb serbuk cili [pun tak berapa pedas, boleh tambah lagi ni]
1/2 sdb gula
1 sdt garam [patutnya saya lebihkan lagi]
1/2 sdb lada hitam yg dikisar kasar
1/2 sdb jintan manis biji
1/2 sdb jintan putih biji
1/2 sdb ketumbar biji

2 bj telur
3 sdb tepung jagung
3 sdb tepung gandum

Cara-cara :-
  1. Ayam yang telah dipotong dibersihkan dan dilap kering dengan kitchen towel. Cucuk-cucukkan/kelar sedikit isi ayam supaya rempah dapat meresap ke dalam isinya nanti.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis, jintan putih dan ketumbar dimesin halus.
  3. Bahan-bahan kering lain disatukan dan digaul. Masukkan juga bahan-bahan yang dimesin halus tadi. Gaul sebati.
  4. Ambil ayam dan salutkan dengan rempah. Lakukan sehingga habis. Perap semalaman.
  5. Keluarkan ayam dan letakkan pada suhu bilik.
  6. Di dalam bekas, pecahkan telur dan pukul sedikit. Di dalam bekas yang lain pula, satukan tepung dan ketepikan.
  7. Celup ayam di dalam bekas telur dan celupkan pula di dalam bekas tepung. Susun ayam di dalam bekas lain.
  8. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng terendam ayam dengan api yang perlahan sehingga masak.

Bolu Kukus

Resepi ni saya ambil dari buku yang sama yg menyediakan resepi Kuih Pukis. Nampak gambar amatlah menggoda, tetapi bila buat sendiri macam kuciwa jugak lah. Dalam gambar kuihnya kembang sekembang-kembangnya, tapi kuih saya kuncup saja. Huhuhu..
Mengikut tajuk, nama kuih ini ialah Bolu Kukus. Tetapi bila rasa, tak macam baulu pun. Rasa kuih ni macam kuih apam yang sebelum-sebelum ini juga yang pernah saya cuba. [Mungkin di Indon dipanggil apam tu bolu kot] Tapi kalau anda ingin rasa bagaimana kuih ini, apa kata anda pun mencubanya. Resepi saya sertakan di bawah. [Ciss..buruk benor apam aku ni!]
BOLU KUKUS @ APAM KUKUS
Bahan-bahan :-
5 bj kuning telur
4 bj putih telur
250 gm gula
300 gm tepung
1/2 sdt baking soda
175 ml air soda [saya guna ais krim soda]
1/2 sdt esen vanila
1 sdb serbuk koko / pewarna
Cara-cara :-
  1. Panaskan kukusan terlebih dahulu. Griskan acuan kuih.
  2. Di dalam bekas, pukul telur, gula dan esen vanila sehingga kembang.
  3. Ayak tepung bersama-sama baking soda. Tuang separuh daripada adunan tepung dan tuang separuh air soda. Kemudian dipukul lagi dan tuang baki tepung dan baki air soda dan kacau lagi.
  4. Ambil 5 sdb adunan dan dicampur dengan serbuk koko.
  5. Di dalam acuan, tuang adunan plain dan kemudian di atasnya diletakkan sedikit adunan coklat. Lakukan sehingga habis adunan. [Kalau nak guna pewarna pun takpa].
  6. Kukus sehingga masak.

Nota :- Resepi asal di dalam BI. Kena translate pulak. Saya menggunakan tepung naik sendiri. Dan untuk adunan coklat pula langsung saya tidak menggunakannya. Apa yang sempat saya buat ialah colek dengan kayu sedikit emulco dan calitkan di atasnya. Mungkin kuih ini marah sebab saya derhaka resepi, sebab tu dia tak mahu kembang kot! Huhuhu..Tak apa, lainkali saya nak cuba lagi. Insya allah.

03 February 2010

Ikan Kikik Masak Sup Asam

Sup ini saya belajar dari mak. Dari zaman kanak-kanak sampai sekarang memang suka sangat dengan lauk yang satu ini. Tak jemu kata orang. Nak masak pun senang. Bahan pun tak banyak. Bolehlah mencuba jika sudi.
Mula-mula ambil 5 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih kemudian dihiris. Masukkan ke dalam mangkuk kecil. Ambil 1 sdt belacan dan gaul bersama bawang tadi. Seperti gambar di bawah.
Contoh Ikan Kikik.
Kemudian, di dalam periuk masukkan air dan didihkan. Ambil 3 batang cili kering dan basuh bersih kemudian kerat 3 bahagian. Ambil 2 batang serai dan diketuk. 2 asam keping. Masukkan bahan-bahan yang di atas ke dalam periuk dan biar mendidih. Masukkan garam. Apabila kuah sudah mendidih, baru dimasukkan ikan. Biar sekejap dan bolehlah ditutup api.

02 February 2010

Ketam Bercili & Baby Buncis Bercili

Lauk-pauk untuk hari ini. Memandangkan bulan penuh [bagi bulan Islam], rasanya memang waktu yang sesuai untuk membeli ketam. Masa inilah isinya penuh bak kata orang-orang tua lah. Sama ada benar atau tidak, itu saya tidak pasti. Tapi masuk minggu ini dengan minggu lepas masa beli ketam, memang saya amat puas hati lah. Untuk minggu sudah, saya buat Ketam Masak Lemak Kuning dgn Nenas, tetapi hari ni pula teringin nak buat style bergoreng dan bercili. Maka jadilah Ketam Masak Cili. Campuran 3 sos iaitu sos cili, sos tomato dan sos tiram. Manakala bahan-bahan lain seperti halia, bawang merah, bawang putih dan cili merah. Untuk pekatkan kuah saya gunakan tepung jagung. Sangat simple.


Untuk juadah sayur pula, saya gunakan baby buncis. Teringin nak makan baby buncis sebab haritu masa pergi ke Restoran Tupai-Tupai, ada menu ni dan tak puas pula menikmatinya. Jadi saya gunakan cara yang sama iaitu goreng bercili. [Pehal harinie semua bercili-cili jer?!] Hikhikhik..
Saya tumbuk cili merah bersama-sama bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan udang halus atau dipanggil udang kertas dan tumbuk kasar kemudian ditumis dengan minyak sehingga garing. Masukkan garam dan sayur lalu dikacau sekejap sahaja supaya saya tak mahu kerangupannya hilang. Memang sedap makan rapuh-rapuh.

KUIH PUKIS

Dahulu masa zaman kanak-kanak, saya suka akan sejenis kuih yang dijual di pasar malam. Kuih tersebut namanya Kek Pokes. Memang sedap sangat dan saya akan beli dalam kuantiti yang banyak dan makan beramai-ramai dengan ahli keluarga yang lain. Sekarang ni tinggal di KL, memang agak susah nak jumpa kuih/kek pokes ini. Kebetulan masa saya ke MPH beberapa minggu sudah, saya ternampak buku masakan Indonesia. Apabila dibelek-belek, saya dapati di dalam buku masakan tersebut mengandungi resepi kuih pukis. Bentuknya seakan-akan kuih kegemaran saya. Jadi, tanpa membuang masa saya pun terfikir untuk mencuba.
Setelah mencuba, saya dapati kuih ini amat berlainan sekali dengan kek pokes kegemaran saya itu. Memang agak hampa juga sebenarnya tetapi tak mengapalah sekurang-kurangnya saya dah mencubanya. Berbalik kepada kuih yang di dalam gambar di bawah. Kuih ini ialah Kuih Pukis. Mengikut resepi, ada acuan khusus untuk membuatnya seperti acuan dangai tetapi disebabkan saya tidak mempunyai acuan tersebut, maka saya menggunakan acuan kuih cara. Manakala rasanya memang tawar selain teksturnya agak lembut. Oleh itu, saya colekkan sedikit jagung krim dan letakkan di tengah-tengah adunan. Pendapat saya, boleh ditambah gula jika suka atau pun pelbagaikan intinya seperti kaya ataupun jem yang pelbagai rasa. Jika kawan-kawan berminat nak mencuba, bolehlah rujuk resepi di bawah.

COCONUT MILK CAKE [PUKIS]
Sumber : The Best Of Indonesian Desserts

Ingredients :-
1/2 tbsp yeast granules
4 tbsp warm water
10 gms granulated sugar
2 eggs
1 egg yolk
150 gms wheat flour
150 gms thick and oily coconut milk
margarine, for brushing

Method :-
  1. Mix yeast with warm water until dissolved. Set aside.
  2. Beat sugar and eggs until fluffy. Add flour, stir well and add the liquid yeast.
  3. Pour in the coconut milk while beating until everything is well-mixed. Leave in a warm, dry place until the batter rises.
  4. Heat the pukis mould, brush with margarine and pour in the batter. Cover and bake for 5-6 minutes. You can add some raisins or cheese if you like.

01 February 2010

Ayam Masak Kurma

Setiap kali beli ayam mesti pening nak masak apa. Selalu sangat kari dan masak merah jadi hari ini nak cuba kurma pulak. Resepi ini dah menjadi gabungan di antara resepi-resepi yang sedia ada tak kira dalam simpanan sendiri mahupun dalam internet. Lagipun sepesen je nak masak kurma ni pun, yang membezakannya cuma bahan-bahannya sahaja.

AYAM MASAK KURMA Kacip

Bahan-bahan :-
1/2 ekor ayam
2 peket rempah kurma Baba's
1 btg serai, diketuk
2 sdb minyak sapi+minyak masak
2 tangkai daun kari
garam secukup rasa
air secukupnya
2 biji ubi kentang, dikupas dan dibelah 4 setiap biji
1 biji bawang besar, dibelah 8
2 tangkai cili hijau, dibelah 2
2 keping asam keping
1/2 cwn santan pekat

Bahan tumisan/
1 btg kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 tangkai bunga lawang
3 biji cengkih

Bahan tumbuk/
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia, sebesar ibu jari
2 biji buah lengkuas

Bahan mesin/
3 sdb kelapa parut
3 tangkai cili hijau
air

Cara-cara :-
  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bahan tumisan beserta daun kari.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan juga serai. Kacau sehingga garing.
  3. Di dalam bekas, satukan rempah kurma dan juga bahan mesin. Tambah air panas dan digaul mesra, ketepikan.
  4. Setelah bahan di dalam kuali garing, bolehlah dimasukkan bahan rempah tadi dan tambah sedikit air. Kacau mesra dan tudungkan kuali. Biar rempah masak dan pecah minyak. Mesti sentiasa kacau rempah supaya tidak hangit.
  5. Setelah rempah dan pecah minyak dan garing, masukkan ubi bersama air. Biar ubi setengah empuk dan masukkan ayam.
  6. Masukkan santan dengan air yang mencukupi. Bergantung kepada kelikatan kuah yang anda ingini. Tetapi jangan terlalu cair. Perasakan dengan garam.
  7. Masukkan asam keping dan bawang besar yg dipotong 8 tadi. Biar seketika supaya kuah mendidih dan ayam masak dengan api yg perlahan.
  8. Setelah kuah mendidih dan ayam pun sudah masak, bolehlah ditutup api dan masukkan cili hijau yang dibelah 2 tadi. Siap untuk dihidangkan.
Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY