Followers

09 February 2010

Ayam Bakar Berempah

Ayam ini susulan daripada resepi Ayam Bukan Kentaki. Dah saya bagitahu yang saya akan lakukan post mortem, maka jadi lah ayam bakar berempah. Kali ini saya menggunakan ayam di bahagian kepak sahaja. Tengok pada gambar tidaklah semenggah mana pun, tapi rasa memang sedap. Lagi pulak, saya tak salut telur dan tepung. Apa yang saya buat, saya perap sekali dgn rempah dan tepung. Kemudian baru dibakar. Sebenarnya, kalau nak goreng pun boleh.

AYAM BAKAR BEREMPAH

Bahan-bahan :-
8 ketul kepak ayam

Bahan perap/
1 sdm rempah kari daging
1 sdm rempah kurma
2 sdm serbuk cili
2 sdm tepung jagung
2 sdm tepung gandum
2 sdm tepung beras
1 sdm lada hitam kisar kasar
1 sdm serbuk ketumbar
1/2 sdm gula
garam

Kisar halus/
1 sdm [bumbun] jintan manis biji
1 sdm jintan putih biji

1/2 bj buah lemon
minyak zaitun

Cara-cara :-
  1. Bersihkan ayam dan toskan. Lap kering dengan menggunakan kitchen towel.
  2. Gaul ke semua bahan-bahan kering di atas dan gaulkan bersama ayam. Perap semalaman.
  3. Panaskan oven dgn fungsi grill, suhu 180 darjah.
  4. Di dalam tray, percikkan minyak zaitun sehingga rata. Susun ayam. Percikkan sedikit lagi minyak zaitun ke atas ayam. Bakar ayam selama 20-30 minit atau sehingga masak.
  5. Keluarkan ayam dan percik lagi dgn minyak zaitun kemudian perah 1/2 bj lemon ke atas ayam tadi dan bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY