Semuanya kalau boleh nak singkat, simple dan senang kerja saja. Ayam ini saya buatkan bekal untuk Yusra. Sedap katanya. Saya tanya dia "macam ayam kentaki dak?" Dia jawab "ya!". Ehh..betul ke? Ntahla. Bila saya rasa, tak lah 100 peratus macam KFC, mungkin cara penyediaan saya agaknya. Apapun best untuk mencubanya. Tak rugi mana pun.
AYAM GORENG ALA-ALA KFC
Bahan-bahan :-
1/2 ekor ayam
Bahan pemerap/
1 sdb rempah kurma
1 sdb rempah kari daging
1 sdb serbuk cili [pun tak berapa pedas, boleh tambah lagi ni]
1/2 sdb gula
1 sdt garam [patutnya saya lebihkan lagi]
1/2 sdb lada hitam yg dikisar kasar
1/2 sdb jintan manis biji
1/2 sdb jintan putih biji
1/2 sdb ketumbar biji
2 bj telur
3 sdb tepung jagung
3 sdb tepung gandum
Cara-cara :-
- Ayam yang telah dipotong dibersihkan dan dilap kering dengan kitchen towel. Cucuk-cucukkan/kelar sedikit isi ayam supaya rempah dapat meresap ke dalam isinya nanti.
- Bahan-bahan seperti jintan manis, jintan putih dan ketumbar dimesin halus.
- Bahan-bahan kering lain disatukan dan digaul. Masukkan juga bahan-bahan yang dimesin halus tadi. Gaul sebati.
- Ambil ayam dan salutkan dengan rempah. Lakukan sehingga habis. Perap semalaman.
- Keluarkan ayam dan letakkan pada suhu bilik.
- Di dalam bekas, pecahkan telur dan pukul sedikit. Di dalam bekas yang lain pula, satukan tepung dan ketepikan.
- Celup ayam di dalam bekas telur dan celupkan pula di dalam bekas tepung. Susun ayam di dalam bekas lain.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng terendam ayam dengan api yang perlahan sehingga masak.
Beh2.. leh wat kat alif plak..bekal p skolah.. hahahha.. tq (yan)
ReplyDeleteYan, nanti kak ila nk try wat lagik. Tapi nk skip part yang celup teloq dgn tepung tuh. Eii..tak suka lah bekerak2 nih. Kalau pi kentaki pun order original sj. Yusra sj nnt suka yg crispy tuh. Nanti kalau jadi, kak ila update pulak.
ReplyDeletePsstt..ghajin la mama alif ni wat bekal ehh? wakaka..
hahahha...jgn xtau..mama dia dh rajin.. kalu x lagi cikeding la mamat tu.. orite2 tq..
ReplyDelete