Followers

04 February 2010

Bolu Kukus

Resepi ni saya ambil dari buku yang sama yg menyediakan resepi Kuih Pukis. Nampak gambar amatlah menggoda, tetapi bila buat sendiri macam kuciwa jugak lah. Dalam gambar kuihnya kembang sekembang-kembangnya, tapi kuih saya kuncup saja. Huhuhu..
Mengikut tajuk, nama kuih ini ialah Bolu Kukus. Tetapi bila rasa, tak macam baulu pun. Rasa kuih ni macam kuih apam yang sebelum-sebelum ini juga yang pernah saya cuba. [Mungkin di Indon dipanggil apam tu bolu kot] Tapi kalau anda ingin rasa bagaimana kuih ini, apa kata anda pun mencubanya. Resepi saya sertakan di bawah. [Ciss..buruk benor apam aku ni!]
BOLU KUKUS @ APAM KUKUS
Bahan-bahan :-
5 bj kuning telur
4 bj putih telur
250 gm gula
300 gm tepung
1/2 sdt baking soda
175 ml air soda [saya guna ais krim soda]
1/2 sdt esen vanila
1 sdb serbuk koko / pewarna
Cara-cara :-
  1. Panaskan kukusan terlebih dahulu. Griskan acuan kuih.
  2. Di dalam bekas, pukul telur, gula dan esen vanila sehingga kembang.
  3. Ayak tepung bersama-sama baking soda. Tuang separuh daripada adunan tepung dan tuang separuh air soda. Kemudian dipukul lagi dan tuang baki tepung dan baki air soda dan kacau lagi.
  4. Ambil 5 sdb adunan dan dicampur dengan serbuk koko.
  5. Di dalam acuan, tuang adunan plain dan kemudian di atasnya diletakkan sedikit adunan coklat. Lakukan sehingga habis adunan. [Kalau nak guna pewarna pun takpa].
  6. Kukus sehingga masak.

Nota :- Resepi asal di dalam BI. Kena translate pulak. Saya menggunakan tepung naik sendiri. Dan untuk adunan coklat pula langsung saya tidak menggunakannya. Apa yang sempat saya buat ialah colek dengan kayu sedikit emulco dan calitkan di atasnya. Mungkin kuih ini marah sebab saya derhaka resepi, sebab tu dia tak mahu kembang kot! Huhuhu..Tak apa, lainkali saya nak cuba lagi. Insya allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY