Followers

17 May 2011

Daging Goreng Lada Hitam

Hari ini cuti umum tapi saya tak kemana-mana sebab anak dara saya si Yusra masih tidak sihat dan masih demam. Duduk di rumah saja dan berehat. Esok pula dah sambung periksa lagi nak tak nak saya memang kena pantau suhu badan dia harap-harap esok dah boleh ke sekolah. Di bawah inilah lauk-pauk yang sempat saya sediakan untuk kami sekeluarga.




DAGING GORENG LADA HITAM

Bahan-bahan :-
1/2 kg daging

A/ Dikisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1.5" halia

2 sdm sos tiram
5 sdm kicap pekat
2 sdm serbuk lada hitam
1 sdm sos lada hitam

Hiasan/
1/2 bj lada benggala hijau
1/2 bj lada benggala merah
1 bj bawang kuning [bawang bombay], potong baji

Cara-cara :

  • Panaskan minyak. Masukkan daging dan bahan kisar. Biar sehingga daging empuk.
  • Masukkan sos tiram, kicap pekat, sos lada hitam dan serbuk lada hitam. Kacau sehingga kuah jadi pekat. Perasakan dgn garam dan gula [jika perlu].
  • Akhir sekali, masukkan bahan hiasan dan gaul sehingga sebati dan bolehlah ditutup api.

15 May 2011

Udang Goreng Nestum


Ingatkan Ahad boleh bersenang lenang tapi takkkk! Semua jadi malas nak keluar asyik terperap dalam rumah je. Btoi punya berehat la tuuu! Hehehehe..Pagi tadi dah sarapan dengan nasik lemak kedai belakang sebab tu masing-masing dok mengular je. Dah masuk petang baru masing-masing lapar. Nak tak nak ke dapur la jugak jawabnya. Saya keluarkan ayam dan udang je. Menu nak sehabis ringkas yang boleh sebab masing-masing perut dah keroncong. Ayam tu saya buat masak merah [menu biasa je] dan udang tu plak saya goreng nestum. Paling cepat untuk disiapkan. Resepi udang ni saya dapat kat rumah kak leen. Terima kasih kepada penyumbang resepi sebenar. Resepi ni memang sangat sempoi lah!!

Nak masak udang ni senang je. Mula-mula garam kunyitkan udang lepas tu goreng sekejap sampai masak. Dalam kuali lain, panaskan 2 sdm marjerin kemudian masukkan 2 tangkai daun kari yg dilurutkan dan 3 btg cili padi yang telah dihiris. Kacau seketika kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kaup balikkan dan kemudian masukkan 2 sdb gula, garam secukup rasa. Gaul lagi dan akhir sekali baru masukkan lebih kurang 5-6 sdm nestum. Kacau dengan api perlahan biar semua mesra alam. Hehehe. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Dijamin paling laju habis! Hehehe..kalau tak caya cuba try test tengok!

14 May 2011

Vadei


Vadei la pulak. Ini pun terrrrrbuat sebab belen kacang dhal yang saya rendam tu terlebih. Jadi saya tinggalkan sedikit dan datang plak idea nak buat kuih vadei ni. Teringat dulu kecik-kecik masa tinggal di Penang, hari-hari melantak kuih ni beli dengan sorang mamak kuih yang datang ke rumah sambil kayuh beskal. Kat sana tak susah nak jumpa pun, pergi je kat mana-mana mesti ada. Saya terpaksa ambil gambar dalam bekas yang baru je dikeluarkan dari kuali kalau tak tinggal pinggan je lah sebab kuih ni tak banyak yang dapat. Tapi ok lah kalau sorang dapat 2 ketul.

Nasi Beriani dan kawan-kawan


Hari Jumaat setiap minggu adalah rutin untuk saya masak lain sikit. Ini pun request dari my bos. Ok la tu kan sebabnya hari-hari yang lain dapur tak berapa nak berasap sangat. Hehehe. Apa salahnya hari Jumaat tu saya penuhi permintaannya. Seperti minggu lepas, saya dah masakkan nasi tomato dan ayam masak merah tapi tak sempat nak upload dalam blog. Jadi hari Jumaat kelmarin pula saya dah masak nasi beriani dan lauk pauknya seperti dalca tulang dan ayam masak jintan. Gambar di atas ni ialah nasi beriani yang saya gunakan rempah yang saya minta mak belikan di Kedai Pak Ali yang famous di Kepala Batas tu. 


Yang di atas ialah dalca tulang yang tulangnya dah siap saya rebus sehari sebelum. Lega jugak lah sebab keesokan hari tu saya terus tumis rempah aje dan tidak lah buang masa nak tunggu daging empuk. Hari ini pula masak nasi putih panas-panas hidang dengan dalca perghhh..bertambah-tambah makan!


Ayam ni pula ialah ayam masak jintan yang selalu jugak saya buat. Penyediaan yang sangat cepat dan mudah untuk disediakan. Perap lebih kurang 1/2 jam kemudian lebur semua dalam kuali dan biar sampai masak. Cukup lah 2 jenis lauk je yang saya masak sebab kalau lebih-lebih nanti memang tak habis punya. Timun pun dah beli ingatkan nak buat acar tapi terlupa pulak nenas. Jadi timun tu masih berselimut dalam peti ais. Hehehe. Kesemua gambar-gambar di atas baru je tadi saya ambil sebab tu lauk tak berapa nk cantik sebab semua dah uzur. Hahahaha.

09 May 2011

Homemade Tiramisu

Lega akhirnya dapat juga buat Tiramisu setelah sekian lama asyik tertangguh je. Biasa saya guna resepi yg menggunakan bahan mascarpone cheese tapi kali ini saya nak cuba pula gantikan mascarpone dengan cream cheese. Dari segi kestabilan, tak nafi mmg guna cream cheese tiramisu akan stabil dan terletak elok je berbanding guna mascarpone. Tapi dari segi rasa saya suka lagi yang guna mascarpone. Tapi ini pendapat peribadi saya je lah yang dah banyak kali buat dan rasa.

06 May 2011

Selamat Hari Ibu, Makkkkk!!


Ku Ada Kamu - Adira 

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu
Hidup tanpa doronganmu

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu




Buat mak tersayang, Selamat Hari Ibu. Semoga Allah senantiasa mencurahkan seribu kebahagiaan dan ketenangan buat diri mak sehingga ke akhir hayat. Ila sayang mak dunia akhirat!!



Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY