DAGING GORENG LADA HITAM
Bahan-bahan :-
1/2 kg daging
A/ Dikisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1.5" halia
2 sdm sos tiram
5 sdm kicap pekat
2 sdm serbuk lada hitam
1 sdm sos lada hitam
Hiasan/
1/2 bj lada benggala hijau
1/2 bj lada benggala merah
1 bj bawang kuning [bawang bombay], potong baji
Cara-cara :
- Panaskan minyak. Masukkan daging dan bahan kisar. Biar sehingga daging empuk.
- Masukkan sos tiram, kicap pekat, sos lada hitam dan serbuk lada hitam. Kacau sehingga kuah jadi pekat. Perasakan dgn garam dan gula [jika perlu].
- Akhir sekali, masukkan bahan hiasan dan gaul sehingga sebati dan bolehlah ditutup api.
Assalamualaikum Kacip...waaah lama akak x jengah sini...x sedar dah aktif blk...hehe, terliur jek tgk menu tu...
ReplyDelete