Followers

02 February 2010

Ketam Bercili & Baby Buncis Bercili

Lauk-pauk untuk hari ini. Memandangkan bulan penuh [bagi bulan Islam], rasanya memang waktu yang sesuai untuk membeli ketam. Masa inilah isinya penuh bak kata orang-orang tua lah. Sama ada benar atau tidak, itu saya tidak pasti. Tapi masuk minggu ini dengan minggu lepas masa beli ketam, memang saya amat puas hati lah. Untuk minggu sudah, saya buat Ketam Masak Lemak Kuning dgn Nenas, tetapi hari ni pula teringin nak buat style bergoreng dan bercili. Maka jadilah Ketam Masak Cili. Campuran 3 sos iaitu sos cili, sos tomato dan sos tiram. Manakala bahan-bahan lain seperti halia, bawang merah, bawang putih dan cili merah. Untuk pekatkan kuah saya gunakan tepung jagung. Sangat simple.


Untuk juadah sayur pula, saya gunakan baby buncis. Teringin nak makan baby buncis sebab haritu masa pergi ke Restoran Tupai-Tupai, ada menu ni dan tak puas pula menikmatinya. Jadi saya gunakan cara yang sama iaitu goreng bercili. [Pehal harinie semua bercili-cili jer?!] Hikhikhik..
Saya tumbuk cili merah bersama-sama bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan udang halus atau dipanggil udang kertas dan tumbuk kasar kemudian ditumis dengan minyak sehingga garing. Masukkan garam dan sayur lalu dikacau sekejap sahaja supaya saya tak mahu kerangupannya hilang. Memang sedap makan rapuh-rapuh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY