Followers

01 February 2010

Ayam Masak Kurma

Setiap kali beli ayam mesti pening nak masak apa. Selalu sangat kari dan masak merah jadi hari ini nak cuba kurma pulak. Resepi ini dah menjadi gabungan di antara resepi-resepi yang sedia ada tak kira dalam simpanan sendiri mahupun dalam internet. Lagipun sepesen je nak masak kurma ni pun, yang membezakannya cuma bahan-bahannya sahaja.

AYAM MASAK KURMA Kacip

Bahan-bahan :-
1/2 ekor ayam
2 peket rempah kurma Baba's
1 btg serai, diketuk
2 sdb minyak sapi+minyak masak
2 tangkai daun kari
garam secukup rasa
air secukupnya
2 biji ubi kentang, dikupas dan dibelah 4 setiap biji
1 biji bawang besar, dibelah 8
2 tangkai cili hijau, dibelah 2
2 keping asam keping
1/2 cwn santan pekat

Bahan tumisan/
1 btg kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 tangkai bunga lawang
3 biji cengkih

Bahan tumbuk/
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia, sebesar ibu jari
2 biji buah lengkuas

Bahan mesin/
3 sdb kelapa parut
3 tangkai cili hijau
air

Cara-cara :-
  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bahan tumisan beserta daun kari.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan juga serai. Kacau sehingga garing.
  3. Di dalam bekas, satukan rempah kurma dan juga bahan mesin. Tambah air panas dan digaul mesra, ketepikan.
  4. Setelah bahan di dalam kuali garing, bolehlah dimasukkan bahan rempah tadi dan tambah sedikit air. Kacau mesra dan tudungkan kuali. Biar rempah masak dan pecah minyak. Mesti sentiasa kacau rempah supaya tidak hangit.
  5. Setelah rempah dan pecah minyak dan garing, masukkan ubi bersama air. Biar ubi setengah empuk dan masukkan ayam.
  6. Masukkan santan dengan air yang mencukupi. Bergantung kepada kelikatan kuah yang anda ingini. Tetapi jangan terlalu cair. Perasakan dengan garam.
  7. Masukkan asam keping dan bawang besar yg dipotong 8 tadi. Biar seketika supaya kuah mendidih dan ayam masak dengan api yg perlahan.
  8. Setelah kuah mendidih dan ayam pun sudah masak, bolehlah ditutup api dan masukkan cili hijau yang dibelah 2 tadi. Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY