Mee kuah ni dah lama terperap tapi sebab kamera masa tu tak ada memori kad jadi alternatif lain terpaksa guna handphone, jadinya gambar tak berapa cantik dan kembang sket.
Kalau nak ikut yang sempoi sket, resepinya masuk pelbagai jenis makanan laut terutama udang yang bersaiz XL dan sup tomato. Kebetulan masa nak buat ni ikut saja bahan yang ada di rumah maka jadi lah mee kuah mudah.
MEE KUAH
[resepi agak-agak]
1. Mula-mula panaskan minyak dan tumis cili kering yang dah dikisar halus bersama-sama bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan stok ayam atau stok udang atau stok daging. Ikut yang mana ada lah yea.
3. Tuang sos tomato, sos cili, cuka, kicap dan sup tomato. Yang nie kena pandai adjust masam masin dan manis.
4. Dah mendidih, masukkan hirisan ayam, udang atau apa-apa sahaja yang ada. Fishball dan fishcake pun boleh.
5. Perasakan dgn garam dan gula. Masukkan sayur sawi.
6. Masukkan mee kuning dan taugeh. Biar mendidih dan bolehlah dihidangkan.
7. Hias dengan tomato hiris, bawang goreng, daun bawang dan daup sup juga cili potong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Udang XL tu yang buat tersangatlah tak tahan tu!
ReplyDeleteKacip>MamaFaMi : harussssss la Maaa..hahaha..
ReplyDelete