Followers

29 September 2009

Udang Goreng Simple

Udang goreng nie simple sangat. Kalau pening-pening nak masak apa, inilah menu yang selalu saya buat. Lagipun, boleh gu dengan sebarang jenis nasi. Tak kiralah nasi tomato ker, nasi beriani ker memang best.
Udang kalau boleh yang besar lah dan tak perlu kopek kulit cuma gunting ekor dan janggut sahaja. Kemudian perap dengan serbuk kunyit dan rempah KETAM sebarang jenama tapi janji mesti rempah KETAM. Hiris bawang besar, bawang putih, halia, 1 btg cili merah, 1 btg cili hijau dan ketuk 2-3 btg serai. Panaskan kuali dan tuang minyak campur minyak sapi sikit. Letak daun pandan dahulu dan goreng sekejap biar wangi baru tumiskan semua bahan hiris dan serai. Kacau sekejap dan masukkan udang. Boleh tambah air jika inginkan kuah. Perasakan dengan garam. Masukkan 1 keping asam keping. Balik-balikkan udang supaya masak, tutup api dan tabur daun pudina. Sedia untuk dihidangkan. Kalau dah rasa, tentu orang akan ingat ini kari.

2 comments:

  1. sedapnya.. tapi perasa ketam tu mana nak cari kak? tak penah nampak kat pasaraya pun.. brand apa ek?

    ReplyDelete
  2. Kacip>Lady of Leisure : rempah ketam tu lady boleh tgk brand adabi pun ada. Selalunya dia tulis rempah ikan kering, udang & ketam. Kalau kat Penang selalu guna cap Tarbus.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY