Followers

01 October 2009

Daging Masak Pedas

Hari ini tak tahu nak masak apa. Yang tinggal dalam peti ais cuma ikan cencaru, tulang dan 1 kg daging. Tak topup lagi stok untuk peti ais. Malas bebenor nak ke pasar. Keluarkan daging pastu kepala otak pun berpusing-pusing lah mencari idea nak masak apa. Akhirnya resepi yang ini jugaklah yang dibuat. Dah tak ada idea, abih camno?? hihihi

DAGING GORENG PEDAS

Bahan-bahan :-
500 gm daging

Bahan kisar/
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan tumis/
1 btg kulit kayu manis
3 bunga lawang
3 cengkih
3 buah pelaga

gula secukup rasa
1 keping asam keping
air secukupnya
2 btg serai, diketuk
minyak masak untuk menumis
1 sdb minyak sapi
3 sdm cili kering yang dikisar [cili boh]
kicap manis
2 bj bawang besar, dipotong gelang

Cara-cara :-
1. Perap daging dengan kicap dan bahan kisar selama 1/2 jam. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan minyak sapi.
3. Masukkan bahan tumis dan juga serai yang telah diketuk. Kacau sebentar.
4. Masukkan cili boh dan kacau sehingga pecah minyak.
5. Masukkan daging yang telah diperap dan tuang air dan biar sehingga daging empuk.
6. Setelah empuk dan air agak kering atau sampai pecah minyak, masukkan asam keping dan rasakan dengan gula secukupnya. Boleh tambah kicap jika kurang masin. Masakan ini tidak perlukan garam langsung. Adjust dengan kicap sahaja.
7. Sebelum tutup api, masukkan bawang besar yang dipotong gelang dan gaul sebati dan bolehlah ditutup api dan dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY