Followers

25 February 2010

Rich Marble Chocolate Cake Sheila Mambo

Oven yang terperuk dek dah lama tak baking nie saya warm up balik sebab teruja sangat nak mencuba satu resepi baru dari pelakon terkenal tanah air kita iaitu Sheila Mambo! Saya dapat resepi ni dari fb beliau. Dan saya juga dah minta izin daripada beliau untuk muat turunkan di dalam blog saya. Terima kasih sekali lagi kak Sheila.
Berbalik kepada resepi ini. Kek ini bagi saya amat mudah untuk disediakan. Bahan-bahan pun tak banyak dan ringkas sahaja. Masa membuat pun tidaklah begitu lama. Sekejap saja bancuh dan dah boleh dibakar. Sejurus keluar daripada oven, saya memang tak tunggu dah, terus ngap! Dan memang betul kena dgn namanya yang Rich! Selamat Mencuba.

RICH MARBLE CHOCOLATE CAKE SHEILA MAMBO

Bahan-bahan :-
125 gm dark coklat, dicincang dan dicairkan
125 gm mentega
125 gm gula kastor
2 bj telur, dipukul ringan
155 gm tepung naik sendiri
80 ml susu cair [saya guna susu segar]
1/2 sdt esen vanila

Cara-cara :-
  1. Panaskan oven terlebih dahulu.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  3. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan esen vanila. Pukul lagi.
  4. Tuang susu dan selang seli dengan tepung. Gaul adunan sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  5. Satu bahagian dimasukkan dark coklat yg telah dicairkan. Manakala satu bahagian dibiarkan kosong.
  6. Griskan loyang. Tuang adunan plain diikuti adunan coklat. Lakukan sehingga habis kesemua adunan. Lorekkan dgn garfu atau toothpick untuk menampakkan corak.
  7. Bakar pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
  8. Sejukkan dan bolehlah dihias dengan topping.

Nota :- Saya cairkan coklat guna kaedah mikrowave, sebab tu cepat. Ikut resepi asal ada toppingnya tapi saya tak minat nak bubuh sebab kek ini dengan sendirinya dah cukup sedap. Selamat mencuba!

1 comment:

  1. yuhuu..tuan rumah. thanks for komen. next time buat akan cuba extrakan susu segar.

    line tenet dah ok nnt, saya nak jalan2 rumah awak n cuba resipi,bolehkan. Minta izin nak share sekali resepi kalau ada nnt ok..Tq

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY