Followers

03 March 2010

Nasi Ayam

Hari ini pergi pasar nak topup barang dapur tapi hampa jadinya sebab ikan semua merajuk! Huhuhu..tak ada ikan pun. Ada tu ada ler, tipu la kalau tak ada kan..tapi ikan tak banyak. Dah tu pulak jenis yang tak berapa disukai. Akhirnya ayam lah menjadi sasaranku. Maka hari ini saya masak Nasi Ayam. Cepat betul nak buatnya. Lagi pulak hari ini bos tak ada, jadi tak kisahlah nak masak apa pun lagipun yang nak makan kami 2 beranak saja.

NASI AYAM
.
Bahan-bahan :-
1/2 ekor ayam, dipotong sederhana dan dibersihkan
air yang secukupnya
halia, diketuk
2 ulas bawang putih, diketuk
.
Cara-cara :-
1. Masukkan ke semua bahan di atas dan rebus hingga mendidih. Tapis ayam dan tinggalkan air rebusan ayam untuk digunakan manakala ayam tadi bolehlah diperap seketika dan kemudian digoreng atau dibakar.
.
NASI/
3 pot beras
4 pot air rebusan ayam
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
halia
1 sdm planta + 1 sdm minyak masak
1 btg kulit kayu manis
2 pelaga
2 cengkih
2 bunga lawang
1 ikat daun pandan
garam
.
Cara-cara :-
1. Panaskan periuk nasi di atas api dan masukkan minyak masak dan planta. Masukkan kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang. Kacau seketika dan masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia juga daun pandan. Kacau seketika dan tuang air rebusan ayam.
2. Biarkan mendidih seketika dan perasakan dengan garam.
3. Masukkan beras dan biar mendidih dan alihkan ke bekas periuk nasi dan on kan suisnya dan biar nasi masak.
4. Setelah nasi masak, gemburkan nasi dan biarkan seketika dalam keadaan 'warm'. Boleh tabur daun sup jika suka.
.
SUP AYAM/
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
halia, diketuk
1 sup bunjut
1 pokok daun bawang
garam
bawang goreng
.
Cara-cara :-
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga agak kekuningan kemudian tuang air rebusan ayam tadi dan juga sup bunjut. Didihkan dan perasakan dengan garam. Setelah mendidih, bolehlah ditabur dengan daun sup dan bawang goreng jika suka.
.
SOS CILI/
5-6 btg cili merah
2 ulas bawang putih
1/2 bj limau kasturi, diambil jusnya sahaja
garam dan gula yg secukupnya
air masak
.
Cara-cara :-
1. Masukkan ke semua bahan-bahan di atas dan kisar halus.
.
SOS KICAP/
1 senduk makan stok ayam
kicap manis
kicap masin
sedikit sos tiram
.
Cara-cara :-
1. Campur ke semua bahan-bahan di atas dan sedia digunakan.

1 comment:

  1. Kalah Misai Sik Ayam nih..hahaha

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY