29 March 2010
Kek Pisang
27 March 2010
Kuih Jongkong
Terima kasih kepada kak Noor Zaleha. Di bawah saya sertakan resepi yang saya ambil dari blog beliau.
sumber : norlilovescakes.blogspot.com
Bahan-bahan :-
Jongkong/
3 cwn tepung beras
10 helai daun pandan+air dan dijadikan 11 cwn
1/4 sdt kapur makan
1/4 sdt garam
Kuah/
1/2 cwn gula putih
1/2 cwn gula merah
4 cwn santan
1/2 sdt garam
Cara-cara menyediakan jongkong :-
- Campurkan kesemua bahan-bahan, gaul sehingga sebati dan ditapis ke dalam kuali.
- Kacau selalu selama lebih kurang 45 minit atau sehingga adunan pekat dan berkilat.
- Tuang adunan ke dalam bekas loyang atau bekas-bekas kecil.
Cara-cara menyediakan kuah :-
- Satukan kedua-dua gula tadi kemudian dimasak menjadi air gula lalu ditapis.
- Masukkan santan dan garam ke dalam air gula tadi. Didihkan dengan api yang kecil dan dikacau selalu. Setelah mendidih, bolehlah dimatikan api.
Cara-cara menghidang :-
- Potong kuih jongkong berbentuk segiempat dan kemudian susun di dalam mangkuk. Curahkan kuah dan bolehlah dimakan.
- Sekiranya menggunakan bekas kecil, boleh terus dituang kuah ke dalamnya dan sedia di makan. Sedap sekiranya kuih ini dihidang sejuk.
Nota :-
- Kuih ini memang sedap dan menjadi. Masa mengacau adunan memang mengambil masa yang agak lama kerana menggunakan api yang perlahan dan perlu pula dikacau selalu.
- Cuma mungkin penggunaan daun pandan yang agak byk, maka kuih ini terasa sedikit pahit. Mungkin daun pandan di rumah saya jenis yang besar-besar dan lebar agaknya. Lainkali saya akan kurangkan daun pandan ini.
- Apa pun, saya memang seronok mencuba resepi ini.
25 March 2010
Asas Roti
.
- Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Uli hingga adunan agak licin.
- Masukkan bahan C ke dalam adunan dan uli sehingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
- Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
- Tumbuk-tumbuk doh dan uli untuk mengeluarkan angin. Ini penting utk menghasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
- Bahagikan doh mengikut berat yang dikehendaki. Bulat-bulatkan doh dan rehatkan selama 10 minit.
- Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
- Bolehlah dibentukkan ikut kesukaan. Biarkan doh selama 40 minit - 1 jam sehingga doh mengembang 2 kali ganda.
- Bakar sehingga masak.
16 March 2010
Puding Mangga
- Masak agar-agar bersama-sama gula sehingga hancur dan larut. Tapiskan.
- Di dalam bekas, satukan telur kuning, tepung jagung, susu cair dan garam. Pukul ringan bahan-bahan tersebut sehingga sebati kemudian masukkan mangga kisar dan pewarna.
- Tuang bahan ini ke dalam periuk agar-agar dan masak sehingga pekat dan likat.
- Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
Apam Pisang
Sumber : NoorMasri FnR
Bahan-bahan :-
6 biji pisang emas
4 biji telur
2 cwn tepung gandum
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt baking powder
3/4 cwn gula
1/4 cwn susu segar
1 sdt esen pisang
secubit garam
Cara-cara :-
- Panaskan kukusan.
- Di dalam bekas, masukkan pisang dan lenyek sehingga hancur. Campurkan dengan soda bikarbonat dan ketepikan sebentar.
- Di dalam bekas lain, masukkan telur, gula dan esen pisang dan pukul sehingga kembang. Masukkan tepung berselang seli dengan susu dan digaul sehingga sebati.
- Masukkan pisang yang telah dilenyek tadi dan juga secubit garam dan gaul sehingga kesemua bahan sebati dan bolehlah dituang ke dalam loyang yang telah di sapu sedikit minyak dan sedia utk dikukus selama 45 minit atau sehingga masak.
15 March 2010
Daging Kerisik
10 March 2010
Meh Sarapan Meh
09 March 2010
Kek Gulung / Swiss Roll
Ayam Kasturi
03 March 2010
Nasi Ayam
NASI AYAM 25 February 2010
Rich Marble Chocolate Cake Sheila Mambo
Berbalik kepada resepi ini. Kek ini bagi saya amat mudah untuk disediakan. Bahan-bahan pun tak banyak dan ringkas sahaja. Masa membuat pun tidaklah begitu lama. Sekejap saja bancuh dan dah boleh dibakar. Sejurus keluar daripada oven, saya memang tak tunggu dah, terus ngap! Dan memang betul kena dgn namanya yang Rich! Selamat Mencuba.
RICH MARBLE CHOCOLATE CAKE SHEILA MAMBOBahan-bahan :-
125 gm dark coklat, dicincang dan dicairkan
125 gm mentega
125 gm gula kastor
2 bj telur, dipukul ringan
155 gm tepung naik sendiri
80 ml susu cair [saya guna susu segar]
1/2 sdt esen vanila
Cara-cara :-
- Panaskan oven terlebih dahulu.
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
- Masukkan telur sedikit demi sedikit dan esen vanila. Pukul lagi.
- Tuang susu dan selang seli dengan tepung. Gaul adunan sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
- Satu bahagian dimasukkan dark coklat yg telah dicairkan. Manakala satu bahagian dibiarkan kosong.
- Griskan loyang. Tuang adunan plain diikuti adunan coklat. Lakukan sehingga habis kesemua adunan. Lorekkan dgn garfu atau toothpick untuk menampakkan corak.
- Bakar pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan dan bolehlah dihias dengan topping.
Nota :- Saya cairkan coklat guna kaedah mikrowave, sebab tu cepat. Ikut resepi asal ada toppingnya tapi saya tak minat nak bubuh sebab kek ini dengan sendirinya dah cukup sedap. Selamat mencuba!
23 February 2010
Ayam Goreng Jintan

- Satukan ayam dan bahan mesin. Masukkan bahan-bahan rempah kecuali lada hitam dan sedikit garam dan perap ayam selama 1-2 jam.
- Panaskan minyak dan masukkan daun kari. Kemudian masukkan serai.
- Masukkan ayam dan air kemudian tudungkan kuali. Biar ayam setengah empuk dan masukkan ubi kentang. Biarkan seketika sehingga ayam betul-betul masak dan ubi pun empuk. Tambah air jika terlalu kering. Masukkan lada hitam. Perasakan dengan garam dan masukkan asam keping.
- Sebelum tutup api, masukkan bawang besar dan cili hijau yang dihiris. Gaul-gaul sekejap dan bolehlah ditutup api dan dihidangkan.
Nota : Saya akan asingkan dada ayam dan lain-lain bahagian yang terlebih isi dan simpan untuk dimasak lauk yang lain. Saya tidak berapa gemar menggunakan isi yang terlalu banyak seperti dada ayam dalam masakan sebegini sebab dalam banyak-banyak bahagian, bahagian yang ada tulang temulang juga lah yang paling laku. Sebab tu saya asingkan bahagian dada dan kemudian boleh dibuat sebagai bahan sampingan untuk menggoreng mee, nasi atau campur ke dalam tom yam atau sup dsb.
21 February 2010
18 February 2010
Rojak & Cendol
14 February 2010
Nasi Minyak
Kebetulan cuti raya cina dan cuti sekolah hanya berehat di rumah sahaja maka kenalah siapkan barang basah yang cukup untuk seisi rumah sepanjang cuti nanti. Hari ini memang tak larat sungguh sebab dengan senggugutnya, sakit badannya sakit pinggang dan macam-macam lagi lah. Biasanya dalam setiap bulan mesti mengalami masalah mcm nie. Tapi hari ni sebab tak bercadang nak kemana-mana, maka saya gagah juga masak sedikit di rumah. Nasi minyak, udang, daging dan acar. Rasanya cukup la kot. Acar beli lah, bukan buat punya. Hehehe..
Bahan-bahan :-
3 pot beras basmathi
4 pot air
1 pot susu cair
2 1/2 sdm rempah kurma
1 btg serai, diketuk
1/2 ketul kiub pati ayam
1 helai daun pandan, disimpul
1 sdm minyak sapi+1 sdm mentega/marjerin + 2 sdm minyak masak
1/2 cwn bawang goreng
1/2 bj buah tomato, didadukan
* pot = alat menyukat beras
Bahan tumis/
1 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
Bahan tumbuk/
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
halia, sebesar ibu jari
Cara-cara :-
1. Panaskan ketiga-tiga jenis minyak di dalam periuk nasi. Masukkan bahan tumis dan kacau seketika kemudian baru masukkan bahan tumbuk. Kacau sehingga bawang garing.
2. Rempah kurma dicampur sedikit dgn air lalu dituang ke dalam periuk. Masukkan serai dan daun pandan. Gaul rempah sehingga betul-betul pecah minyak.
3. Tuang susu cair dan air. Biarkan mendidih. Tuangkan beras. Masukkan garam dan sedikit gula dan juga kiub pati ayam. Biarkan mendidih dan masukkan bawang goreng dan buah tomato.
4. Alihkan periuk nasi ke tempatnya dan pasangkan suis. Biarkan nasi masak sepenuhnya dan biarkan seketika. Kemudian baru gembur nasi dengan menggunakan garfu kemudian bolehlah ditabur bahan-bahan sampingan.
5. Boleh juga menggunakan kismis, buah gajus dsb sebagai bahan sampingan. Goreng dengan sedikit minyak lalu dituang ke atas nasi. Tapis dahulu minyaknya. Kemudian bolehlah ditabur dgn daun pudina.







