Followers

29 March 2010

Kek Pisang

Baru-baru ini semasa pergi ke kedai bakery supplier, saya diperkenalkan dengan produk baru iaitu Ready Mix Banana Cake. Saya memang dari dulu suka dengan produk-produk ready mix ni sebab selain murah ianya cepat disediakan. Macam-macam produk ready mix yang saya dah cuba dan semuanya memuaskan hati. Berbalik kepada kek pisang nie, resepi ni memerlukan 250 gm pisang tapi pisang yang ada kat umah tak cukup pulak. Jenuh saya fikir nak tambah apa. Akhirnya saya capai saja bungkusan buah prune. Saya timbang dan cukupkan kuantitinya sebanyak 250 gm dan kemudian berjalanlah proses mengadun dan akhirnya bakar. Kombinasi pisang dan prune memang menyihatkan. Tetapi dah nama kek pisang, jadi tak adil jika kurang rasa pisangnya. Lainkali memang kena cukupkan kuantiti pisangnya juga.


27 March 2010

Kuih Jongkong

Jenuh saya mencari resepi kuih jongkong yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Saya dibesarkan dengan kuih jongkong yang kuihnya dimakan dengan kuahnya dicurah terus. Ini style utara. Tetapi resepi yang ada kebanyakkannya perlu dikukus pada akhirnya. Setelah mencari akhirnya saya jumpa juga resepi yang menepati citarasa saya.
Terima kasih kepada kak Noor Zaleha. Di bawah saya sertakan resepi yang saya ambil dari blog beliau.


KUIH JONGKONG
sumber : norlilovescakes.blogspot.com

Bahan-bahan :-

Jongkong/
3 cwn tepung beras
10 helai daun pandan+air dan dijadikan 11 cwn
1/4 sdt kapur makan
1/4 sdt garam

Kuah/
1/2 cwn gula putih
1/2 cwn gula merah
4 cwn santan
1/2 sdt garam

Cara-cara menyediakan jongkong :-
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan, gaul sehingga sebati dan ditapis ke dalam kuali.
  2. Kacau selalu selama lebih kurang 45 minit atau sehingga adunan pekat dan berkilat.
  3. Tuang adunan ke dalam bekas loyang atau bekas-bekas kecil.

Cara-cara menyediakan kuah :-

  1. Satukan kedua-dua gula tadi kemudian dimasak menjadi air gula lalu ditapis.
  2. Masukkan santan dan garam ke dalam air gula tadi. Didihkan dengan api yang kecil dan dikacau selalu. Setelah mendidih, bolehlah dimatikan api.

Cara-cara menghidang :-

  1. Potong kuih jongkong berbentuk segiempat dan kemudian susun di dalam mangkuk. Curahkan kuah dan bolehlah dimakan.
  2. Sekiranya menggunakan bekas kecil, boleh terus dituang kuah ke dalamnya dan sedia di makan. Sedap sekiranya kuih ini dihidang sejuk.

Nota :-

  • Kuih ini memang sedap dan menjadi. Masa mengacau adunan memang mengambil masa yang agak lama kerana menggunakan api yang perlahan dan perlu pula dikacau selalu.
  • Cuma mungkin penggunaan daun pandan yang agak byk, maka kuih ini terasa sedikit pahit. Mungkin daun pandan di rumah saya jenis yang besar-besar dan lebar agaknya. Lainkali saya akan kurangkan daun pandan ini.
  • Apa pun, saya memang seronok mencuba resepi ini.

25 March 2010

Asas Roti




Masih menggunakan resepi dari Roshayati - RNet. Memang saya suka dengan resepi ini sebab roti yang dihasilkan amat memuaskan hati. 9 ketul dijadikan bun kosong manakala lebihan doh tu saya sumbatkan butter dan taburkan gula di atasnya. Sedap bila makan panas-panas, terasa gabungan masin butter dan manis gula.
.
ASAS ROTI
Sumber : Roshayati RNet
.
Bahan-bahan :-
.
A/ Digaul
350 gm tepung roti
150 gm tepung gandum superfine
100 gm gula
1 sdt garam halus
30 gm susu tepung
1 sdt bread improver [optional]
1 sdt bread softener [optional]
4 sdt yis kering

.
B/campur dan timbang menjadi 265 gm
air
1 biji telur, dipukul sedikit
.
C/
40 gm butter atau
40 gm shortening
.
Cara-cara :-
  1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Uli hingga adunan agak licin.
  2. Masukkan bahan C ke dalam adunan dan uli sehingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
  3. Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
  4. Tumbuk-tumbuk doh dan uli untuk mengeluarkan angin. Ini penting utk menghasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
  5. Bahagikan doh mengikut berat yang dikehendaki. Bulat-bulatkan doh dan rehatkan selama 10 minit.
  6. Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
  7. Bolehlah dibentukkan ikut kesukaan. Biarkan doh selama 40 minit - 1 jam sehingga doh mengembang 2 kali ganda.
  8. Bakar sehingga masak.

16 March 2010

Puding Mangga

Ada lebihan buah mangga di rumah dan tak ada siapa pun nk jamah sampai hampir nak lembik dibiarkan mcm tu saja. Cari punya cari dapat jugak resepi puding mangga ni dari sebuah blog. Tetapi saya olah sedikit resepi ini mengikut citarasa saya. Dapat byk jugak seloyang dan sayang tak sempat nak jamu keluarga mentua yang dah balik tengah hari tadi. Hmm..nampaknya kena bawa balik ke kampung la esok. Insya allah.


PUDING MANGGA
Sumber : meandmycooking.blogspot.com
.
Bahan-bahan :-
20 gm agar-agar
5 cwn air
2 cwn mangga kisar
2 biji kuning telur
2 sdm tepung jagung
200 ml susu cair
2 cwn gula pasir
1/2 sdt garam
setitik dua pewarna kuning
.
Cara-cara :-
  1. Masak agar-agar bersama-sama gula sehingga hancur dan larut. Tapiskan.
  2. Di dalam bekas, satukan telur kuning, tepung jagung, susu cair dan garam. Pukul ringan bahan-bahan tersebut sehingga sebati kemudian masukkan mangga kisar dan pewarna.
  3. Tuang bahan ini ke dalam periuk agar-agar dan masak sehingga pekat dan likat.
  4. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.

Apam Pisang

Banyak kali dah buat apam pisang ni. Resepi ini dah saya olah mengikut kesesuaian saya. Apam pisang ni lembut dan sesuai untuk dibuat sebagai sarapan mahupun minum petang bersama keluarga. Saya bekalkan sedikit untuk keluarga mentua yang berangkat pulang ke Kedah pada hari ini. APAM PISANG
Sumber : NoorMasri FnR

Bahan-bahan :-
6 biji pisang emas
4 biji telur
2 cwn tepung gandum
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt baking powder
3/4 cwn gula
1/4 cwn susu segar
1 sdt esen pisang
secubit garam

Cara-cara :-
  1. Panaskan kukusan.
  2. Di dalam bekas, masukkan pisang dan lenyek sehingga hancur. Campurkan dengan soda bikarbonat dan ketepikan sebentar.
  3. Di dalam bekas lain, masukkan telur, gula dan esen pisang dan pukul sehingga kembang. Masukkan tepung berselang seli dengan susu dan digaul sehingga sebati.
  4. Masukkan pisang yang telah dilenyek tadi dan juga secubit garam dan gaul sehingga kesemua bahan sebati dan bolehlah dituang ke dalam loyang yang telah di sapu sedikit minyak dan sedia utk dikukus selama 45 minit atau sehingga masak.

15 March 2010

Daging Kerisik

DAGING KERISIK KARI IKAN
SAYUR CAMPUR
SUP TULANG
Menu-menu di atas adalah juadah yang saya sediakan untuk makan tengahari bersama-sama keluarga mertua yang datang dari Kedah. Alhamdulillah, semuanya menjadi dan yang penting bapa mertua saya suka sebab beliaulah insan yang paling saya kena jaga sekali bab penyediaan makan minum. Kari tak boleh pedas dan terlalu berminyak, daging jangan banyak rempah dan macam-macam lagi lah. Alhamdulillah, beliau makan tanpa sepatah kata pun. Yang keluar cuma "lauk harinie ok"..Hahahaha..

10 March 2010

Meh Sarapan Meh

Setiap hari saya bangun seawal jam 5.00 pagi untuk siapkan sarapan keluarga terutama untuk anak dara kesayangan saya untuk bekalkan makanan di sekolahnya. Kadang-kadang goreng nasi, buat roti telur dan sebagainya. Hari ini pula menunya adalah seperti di bawah ini. Meh sarapan meh. Saya dah kenyang tadi bersarapankan secawan milo dan sepinggan kuew tiaw goreng. Hehehe..

KUEW TIAW GORENG
ROTI NYOQ
GULAI IKAN SEMALAM
CEKODOK PISANG

09 March 2010

Kek Gulung / Swiss Roll

Berkobar-kobar semangat nak buat kek gulung ni. Resepi dari zaman purba lagi dok simpan tiba-tiba hari ini tergerak hati pula nak buat. Bahan-bahan memang dah ada. Cara nak membuatnya pula tidak lah susah malah mengambil masa yang cepat untuk disiapkan.
SEBELUM BAKAR
SELEPAS BAKAR
SELEPAS DIGULUNG
Inilah pertama kali saya buat kek gulung. Kesian sungguh, rupa yang buruk dahtu habis mengelupas kulitnya. Tapi saya tak boleh nafi yang kek gulung ni teramatlah lembut dan sedap. Saya sapu inti kaya saja sebab jem strawberry yang dalam peti ais tu berbiji-biji. Mesti tak sedap kalau gigit biji buah strawberry tu. Insya allah ada masa, saya memang akan buat lagi. Apa pun tak rugi saya belajar buat kek gulung ni.
Terima kasih kepada ahpek kerana menyumbangkan resepi kek gulung yang superb ni. Ramai yang dah cuba dan menjadi dengan jayanya.

Ayam Kasturi

Maggi goreng nie saja tumpang enterframe. Yang ini bekal Yusra utk ke sekolah hari ini. Kita nak buatkan mee goreng dia bebai-bebai takmau! Nak jugak maggi goreng. Kalau buatkan mee goreng ke, nasi goreng ke memang dia boikot. Bertuah punya anak!
Hari ini saya dah selesai masak Asam Pedas, Ikan Goreng dan juga menu di bawah ini iaitu Ayam Kasturi. Lama juga tak masak ayam kasturi. Tapi kali ini sengaja saya buat bagi pedas sikit. Rasanya hari ini menu yang pedas-pedas kot. Tambah dgn lauk semalam ada lagi sikit iaitu Kari Ikan dan Sup Tulang yang dah tinggal kuah. Untuk dihirup atau makan dgn makaroni ok lah. Rasanya petang nanti bolehlah rebus makaroni. Insya allah kalau masih ada hayat sup tu. Hehehe..


03 March 2010

Nasi Ayam

Hari ini pergi pasar nak topup barang dapur tapi hampa jadinya sebab ikan semua merajuk! Huhuhu..tak ada ikan pun. Ada tu ada ler, tipu la kalau tak ada kan..tapi ikan tak banyak. Dah tu pulak jenis yang tak berapa disukai. Akhirnya ayam lah menjadi sasaranku. Maka hari ini saya masak Nasi Ayam. Cepat betul nak buatnya. Lagi pulak hari ini bos tak ada, jadi tak kisahlah nak masak apa pun lagipun yang nak makan kami 2 beranak saja.

NASI AYAM
.
Bahan-bahan :-
1/2 ekor ayam, dipotong sederhana dan dibersihkan
air yang secukupnya
halia, diketuk
2 ulas bawang putih, diketuk
.
Cara-cara :-
1. Masukkan ke semua bahan di atas dan rebus hingga mendidih. Tapis ayam dan tinggalkan air rebusan ayam untuk digunakan manakala ayam tadi bolehlah diperap seketika dan kemudian digoreng atau dibakar.
.
NASI/
3 pot beras
4 pot air rebusan ayam
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
halia
1 sdm planta + 1 sdm minyak masak
1 btg kulit kayu manis
2 pelaga
2 cengkih
2 bunga lawang
1 ikat daun pandan
garam
.
Cara-cara :-
1. Panaskan periuk nasi di atas api dan masukkan minyak masak dan planta. Masukkan kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang. Kacau seketika dan masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia juga daun pandan. Kacau seketika dan tuang air rebusan ayam.
2. Biarkan mendidih seketika dan perasakan dengan garam.
3. Masukkan beras dan biar mendidih dan alihkan ke bekas periuk nasi dan on kan suisnya dan biar nasi masak.
4. Setelah nasi masak, gemburkan nasi dan biarkan seketika dalam keadaan 'warm'. Boleh tabur daun sup jika suka.
.
SUP AYAM/
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
halia, diketuk
1 sup bunjut
1 pokok daun bawang
garam
bawang goreng
.
Cara-cara :-
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga agak kekuningan kemudian tuang air rebusan ayam tadi dan juga sup bunjut. Didihkan dan perasakan dengan garam. Setelah mendidih, bolehlah ditabur dengan daun sup dan bawang goreng jika suka.
.
SOS CILI/
5-6 btg cili merah
2 ulas bawang putih
1/2 bj limau kasturi, diambil jusnya sahaja
garam dan gula yg secukupnya
air masak
.
Cara-cara :-
1. Masukkan ke semua bahan-bahan di atas dan kisar halus.
.
SOS KICAP/
1 senduk makan stok ayam
kicap manis
kicap masin
sedikit sos tiram
.
Cara-cara :-
1. Campur ke semua bahan-bahan di atas dan sedia digunakan.

25 February 2010

Rich Marble Chocolate Cake Sheila Mambo

Oven yang terperuk dek dah lama tak baking nie saya warm up balik sebab teruja sangat nak mencuba satu resepi baru dari pelakon terkenal tanah air kita iaitu Sheila Mambo! Saya dapat resepi ni dari fb beliau. Dan saya juga dah minta izin daripada beliau untuk muat turunkan di dalam blog saya. Terima kasih sekali lagi kak Sheila.
Berbalik kepada resepi ini. Kek ini bagi saya amat mudah untuk disediakan. Bahan-bahan pun tak banyak dan ringkas sahaja. Masa membuat pun tidaklah begitu lama. Sekejap saja bancuh dan dah boleh dibakar. Sejurus keluar daripada oven, saya memang tak tunggu dah, terus ngap! Dan memang betul kena dgn namanya yang Rich! Selamat Mencuba.

RICH MARBLE CHOCOLATE CAKE SHEILA MAMBO

Bahan-bahan :-
125 gm dark coklat, dicincang dan dicairkan
125 gm mentega
125 gm gula kastor
2 bj telur, dipukul ringan
155 gm tepung naik sendiri
80 ml susu cair [saya guna susu segar]
1/2 sdt esen vanila

Cara-cara :-
  1. Panaskan oven terlebih dahulu.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  3. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan esen vanila. Pukul lagi.
  4. Tuang susu dan selang seli dengan tepung. Gaul adunan sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  5. Satu bahagian dimasukkan dark coklat yg telah dicairkan. Manakala satu bahagian dibiarkan kosong.
  6. Griskan loyang. Tuang adunan plain diikuti adunan coklat. Lakukan sehingga habis kesemua adunan. Lorekkan dgn garfu atau toothpick untuk menampakkan corak.
  7. Bakar pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
  8. Sejukkan dan bolehlah dihias dengan topping.

Nota :- Saya cairkan coklat guna kaedah mikrowave, sebab tu cepat. Ikut resepi asal ada toppingnya tapi saya tak minat nak bubuh sebab kek ini dengan sendirinya dah cukup sedap. Selamat mencuba!

23 February 2010

Ayam Goreng Jintan

Ayam Goreng/Masak Jintan nie amatlah senang dan cepat untuk memasak. Tak banyak bahan pun sebenarnya. Makin blur duduk di dapur tu sebab makin di belek-belek rupa ayam tu sampai ke sudah tak datang idea. Mulanya saya perap saja ayam tu dengan bawang dan halia mesin sementara nak tunggu idea datang. Lepas balik dari sekolah Yusra, terus selongkar peti ais dan capai apa yang patut. Maka jadi lah sebegini rupa. Selalu masak ayam style begini tapi lain-lain versi. Kali ini saya masukkan beberapa jenis rempah dan nak rasa kelainan. Tak rugi jugak sebenarnya sebab hasilnya memang memuaskan hati.


AYAM GORENG JINTAN
Bahan-bahan :-
1 ekor ayam, dipotong kecil
1 sdm serbuk jintan manis
1 sdm serbuk jintan putih
1 sdm rempah kurma
1 sdm rempah sup
1/2 sdm serbuk kunyit
2-3 sdm serbuk lada hitam, dikisar kasar
garam secukup rasa
2 btg serai, diketuk
2 helai daun kari
2 biji ubi kentang
1 keping asam keping
Bahan mesin/
1 bj bawang besar
4 bj bawang putih
1.5 " halia
Bahan lain/
2 bj bawang besar, dipotong bulat atau 1/2 bulat
2 biji cili hijau, dihiris serong
Cara-cara :-
  1. Satukan ayam dan bahan mesin. Masukkan bahan-bahan rempah kecuali lada hitam dan sedikit garam dan perap ayam selama 1-2 jam.
  2. Panaskan minyak dan masukkan daun kari. Kemudian masukkan serai.
  3. Masukkan ayam dan air kemudian tudungkan kuali. Biar ayam setengah empuk dan masukkan ubi kentang. Biarkan seketika sehingga ayam betul-betul masak dan ubi pun empuk. Tambah air jika terlalu kering. Masukkan lada hitam. Perasakan dengan garam dan masukkan asam keping.
  4. Sebelum tutup api, masukkan bawang besar dan cili hijau yang dihiris. Gaul-gaul sekejap dan bolehlah ditutup api dan dihidangkan.

Nota : Saya akan asingkan dada ayam dan lain-lain bahagian yang terlebih isi dan simpan untuk dimasak lauk yang lain. Saya tidak berapa gemar menggunakan isi yang terlalu banyak seperti dada ayam dalam masakan sebegini sebab dalam banyak-banyak bahagian, bahagian yang ada tulang temulang juga lah yang paling laku. Sebab tu saya asingkan bahagian dada dan kemudian boleh dibuat sebagai bahan sampingan untuk menggoreng mee, nasi atau campur ke dalam tom yam atau sup dsb.

18 February 2010

Rojak & Cendol

Selain gerai rojak [pasemboq] dan rojak yang famous di SS15 tu yang siap beratur macam keretapi kalau nak membeli, saya suka satu gerai yg terletak di bawah pokok yang berhadapan dengan stesen minyak Esso. Senang nak mencari lokasinya kerana tak terceruk pun. Betul-betul berada di simpang jalan keluar masuk. Lagi pulak, tak perlu nak beratur panjang semata-mata nak menikmati sepinggan rojak. Gerai yang bergerak ini diusahakan oleh seorang pakcik India Muslim yang mana isterinya seorang warga Indonesia. Anak-anak seramai 2 orang yang selalu menemani mereka ketika berniaga. Seronok tengok gelagat anak-anak kecil ni tatkala menikmati rojak dengan cendol. Berbalik kepada rojak, rojak ni kalau kena dengan kuah yang sempoi memang sedap. Nak-nak keropok yang rangup dan sambal sotong yang pekat. Wallahh..jemput makan!

14 February 2010

Nasi Minyak

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua penganut yang beragama Buddha. Semoga kalian semua dirahmati dan mendapat rezeki yang melimpah ruah.
Kebetulan cuti raya cina dan cuti sekolah hanya berehat di rumah sahaja maka kenalah siapkan barang basah yang cukup untuk seisi rumah sepanjang cuti nanti. Hari ini memang tak larat sungguh sebab dengan senggugutnya, sakit badannya sakit pinggang dan macam-macam lagi lah. Biasanya dalam setiap bulan mesti mengalami masalah mcm nie. Tapi hari ni sebab tak bercadang nak kemana-mana, maka saya gagah juga masak sedikit di rumah. Nasi minyak, udang, daging dan acar. Rasanya cukup la kot. Acar beli lah, bukan buat punya. Hehehe..


NASI MINYAK

Bahan-bahan :-
3 pot beras basmathi
4 pot air
1 pot susu cair
2 1/2 sdm rempah kurma
1 btg serai, diketuk
1/2 ketul kiub pati ayam
1 helai daun pandan, disimpul
1 sdm minyak sapi+1 sdm mentega/marjerin + 2 sdm minyak masak
1/2 cwn bawang goreng
1/2 bj buah tomato, didadukan


* pot = alat menyukat beras


Bahan tumis/
1 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih


Bahan tumbuk/
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
halia, sebesar ibu jari


Cara-cara :-

1. Panaskan ketiga-tiga jenis minyak di dalam periuk nasi. Masukkan bahan tumis dan kacau seketika kemudian baru masukkan bahan tumbuk. Kacau sehingga bawang garing.

2. Rempah kurma dicampur sedikit dgn air lalu dituang ke dalam periuk. Masukkan serai dan daun pandan. Gaul rempah sehingga betul-betul pecah minyak.

3. Tuang susu cair dan air. Biarkan mendidih. Tuangkan beras. Masukkan garam dan sedikit gula dan juga kiub pati ayam. Biarkan mendidih dan masukkan bawang goreng dan buah tomato.

4. Alihkan periuk nasi ke tempatnya dan pasangkan suis. Biarkan nasi masak sepenuhnya dan biarkan seketika. Kemudian baru gembur nasi dengan menggunakan garfu kemudian bolehlah ditabur bahan-bahan sampingan.

5. Boleh juga menggunakan kismis, buah gajus dsb sebagai bahan sampingan. Goreng dengan sedikit minyak lalu dituang ke atas nasi. Tapis dahulu minyaknya. Kemudian bolehlah ditabur dgn daun pudina.

Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY