Followers

27 April 2011

Awas! Produk Kicap Kipas Udang Tiruan

Salam kawan-kawan,
semenjak bercinta dengan facebook ni saya dah mula ketepikan email yang masuk ke dalam inbox saya. Dulu kalau tidak hari-hari mengadap email dan rajin forward pada rakan-rakan yang lain. Makin lama makin kurang pula kerajinan saya itu. Hehehe. Berbalik kepada tajuk di atas, saya kebetulan buka inbox untuk melihat email 'reset password' online game! Hahaha Tak semena-mena rajin plak scroll sampai ke bawah dan jumpa lah tajuk email yang seperti tajuk di atas. Rasa geram juga sebenarnya dengan penipuan pihak-pihak yang cuba nak menjatuhkan produk Muslim. Saya sendiri pernah terkena iaitu terbeli produk tiruan sekotak minuman kopi segera. Kiosk yang selalu saya kunjungi itu tidaklah mendatangkan syak wasangka kepada saya kerana owner nya melayu dan saya pun tak kepoh nak tanya di mana dia ambil semua produk-produk dia. Takkan lah saya nak interview dia pulak? Bila dah balik rumah, saya buka sepeket kopi dan bancuh. Tidak seperti biasa saya rasa semacam bau pelik menerpa. Saya amati dan amati lagi aroma itu dan memang tak boleh diterima dek hidung apatah lagi nak masuk ke tekak ni. Baunya bau Sarsi. Sah!!! Ini produk tiruan!!

Tiba-tiba saya teringat pesan mak yang dah pernah bagitahu kepada saya mengenai kopi tiruan ini dan mula dijual secara berleluasa. Dan ciri-ciri kopi tiruan itu ialah bau sarsi dan ada perbezaan pada packaging tapi yang ini saya tak pasti sebab boleh dikatakan packaging tiruan dan asli hampir sama. Saya terus hubungi stokis di Shah Alam dan bercakap dengan taukenya sendiri. Dia meminta saya datang ke kedainya dan membawa bukti produk tiruan itu. Setelah beberapa maklumat diambil, mereka berjanji akan melakukan siasatan. Dari perbincangan dengan pihak tersebut, saya dimaklumkan bahawa pihak syarikat telah sedia maklum akan hal ini dan mereka sedang merancang strategi untuk menentang habis-habisan dalang yang menjual produk tiruan terutamanya produk keluaran Muslim kepada orang islam khususnya kerana mereka [dalang-dalang] ini  tahu bahawa produk Muslim diterima oleh masyarakat kerana yakin dengan kehalalannya dan mereka cuba untuk memanipulasi kan produk-produk ini dan menjatuhkan perniagaan orang Muslim. Sangat kurang ajar dan biadap sekali!

Sekarang ini memang banyak sekali produk-produk tiruan berada di pasaran. Sebagai pengguna, apalah daya kita untuk mengesyaki yang dijual itu produk tiruan mahupun asli apatah lagi bila membeli di pasaraya-pasaraya besar. Mohon sangat kerjasama daripada pihak kerajaan supaya tingkatkan usaha dan membuat pengawasan yang ketat ke atas produk-produk haram ini kerana ianya akan menjejaskan kesihatan kita semua. Tidak cukup dengan pakaian berjenama tiruan, kasut tiruan, beg tangan tiruan, alat mekap tiruan nah sekarang ini pula dah masuk bab makanan dan minuman tiruan! Berhati-hatilah kawan-kawan.

Di bawah ini ialah perbezaan di antara kicap tiruan dan kicap asli.

Produk tiruan ini rasanya memang berbeza kerana kurang manis, berbau maung dan dipekatkan dengan agen pemekat iaitu tepung dan warna kicap tiruan juga cerah berbanding yang asli. Sama-samalah kita ambil iktibar.

30 March 2011

Cucur Makaroni

Penat! Penat! Penat! Penat tapi berbaloi..hehehehe. Mana tak nya, harini 3 entri saya masukkan sekali. Hehehehe. Untuk minum petang ni saya sediakan cucur makaroni. Juadah yang mudah untuk disediakan. Sangat sedap cucur makaroni ni sebab tekstur makaroni ni seakan-akan udang pulak. Korang boleh pelbagaikan variasi isi di dalam cucur ni. Boleh letakkan apa sahaja yang kita suka. Macam saya, saya letakkan isi ketam. Meh kita tengok resepi di bawah.


CUCUR MAKARONI

Bahan-bahan :-
1/2 peket makaroni atau lebih kurang 300 gm [byk giler ni] korang kalau nk buat, secawan cukup la kot.
* direbus sehingga empuk dan toskan.

2 bj telur, dipukul sedikit
1 pokok daun bawang, dihiris
1 pokok daun sup, dihiris
1 bj bawang besar, didadu
garam secukup rasa [saya bancuh dgn air]
lada sulah
lada hitam
sedikit serbuk cayenne [suka ati je nk bubuh]
15 keping isi ketam, dicincang kasar
2 1/2 cwn tepung [anggaran yea]
air yg secukupnya

Cara-cara :-
  • Tuang makaroni ke dalam bekas besar. Campur ke semua bahan kecuali tepung.
  • Tepung di tuang sedikit sedikit dan digaul. Agak-agak adunan dah melekat sudah memadai.
  • Panaskan minyak yg byk di dalam kuali dan sudukan adunan dan goreng sehingga masak. Toskan minyak dan sedia dihidangkan. Sedap dicicah dgn sos cili cap Tupai. Hahahaha [promo plakk!] 

Sotong Paprik



Sotong paprik ni ialah lauk hari ini. Campur dengan lauk semalam iaitu Gulai Ikan Kering, lepas tu buatkan telur dadar Sheila Rusly yang letak mayonis tu tambah plak dengan papadom haaa..memang dah cukup ngam lah. Kekenyangan tersandar terus tapi tak boleh la nak terus tersandar kang tak pasal si Yusra tak pergi sekolah KAFA. Tak boleh tahan tengok sotong tu posing especially part telur yang tersembul tu. Saya kalau beli sotong memang sotong yang ada telur je yang saya pilih. Entah kenapa, dari mengandungkan Yusra lagi saya tiba-tiba suka giler dengan telur sotong sampai lah sekarang. Hehehe..

SOTONG PAPRIK

Bahan-bahan :-
sotong, dibersihkan [buang tulang, mata, dakwat dan crown] style saya..hehehe
2-3 helai daun limau purut, dicarik
sedikit sayur-sayuran seperti ;
bunga kubis
capsicum
carrot
jagung muda
[ikut citarasa anda]

Bahan A
1/2 bj bawang besar, dihiris
3 ulas bawang kecil, dihiris
5 ulas bawang putih, diketuk
1 btg serai, diketuk
5 bj cili padi, dibelah dua atau diketuk

Bahan B [sos]
2 sdm sos cili cap Tupai
2 sdm sos tomato
1 sdm sos tiram

Cara-cara :-
  • Masukkan sotong ke dalam periuk dgn sedikit shj air kemudian rebus seketika. Toskan airnya dan ketepikan. Air rebusan jgn dibuang.
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan A. Kacau sehingga kekuningan.
  • Masukkan sayur-sayuran terutama yang keras dahulu seperti lobak merah. Tuang air rebusan sotong tadi. Kemudian apabila setengah empuk masukkan pula sayur-sayuran lain. Jangan biar sayur masak terlalu lama.
  • Tuang sos. Tambah sedikit air dan kacau sehingga mendidih. Masukkan sotong. Kacau sehingga sotong sebati dengan kuah. Tak perlu masukkan garam mahupun gula. Sebelum tutup api, carikkan daun limau purut ke atasnya. Kacau-kacau sedikit dan bolehlah ditutup api.

Gulai Ikan Kering


Pembuka tirai pada hari ini ialah Gulai Ikan Kering..taraaaaaaa!! Hehehehe..Saya masak sejenis saja lauk ini kelmarin. Juadah ni sangat lah senang nak buat sebab tak perlu menumis teruk. Rebus saja semua bahan dan akhir sekali baru lah ditumis darat. Salah satu favourite kami sekeluarga sehinggakan kelmarin saya belikan idli 4 keping macam biasa sebagai sarapan untuk my bos pun my bos tak pandang malah tak cuit pun plastik berisi idli tu sebab dah tak tahan dengan bau gulai yang di atas dapur. Hahahaha..
Last, dia makan nasi, saya yang tukang perabihkan idli tu. Sudahlah sebelum tu saya dah breakfast dengan cereal whole wheat. Dah elok plan nak diet tiba-tiba terbantut pula sebab kena makan idli tu walaupun buat-buat tak suka tapi habis la jugak 4 keping siap tak cukup then patah-patahkan pulak biskut cream cracker! Diet la sangat!! Hahahaha

23 March 2011

Bingka Roti Lapis Jagung

Ini lah masalahnya kalau roti yang dibeli tak habis. Jenuh nak fikir apa nak dibuat sampai botak kepala ni..hehehe. Semalam dok tenung jugak dengan roti yang tak terusik tu. Last-last datang idea nak buat bingka roti ja. Lama juga tak berbingka. Jadi semalam selamat lah roti tu dibingkakan. Hehehe.

 Sengaja curah dengan sirap coklat di atas adunan sebelum bakar sebab nak kasi warna menarik sikit.

BINGKA ROTI LAPIS JAGUNG

Bahan-bahan :-
16 keping roti termasuk kulit atas dan bawah, dikoyak
450 ml susu segar
250 ml santan
* Bahan di atas direndam seketika

4 bj telur
3/4 cwn gula
1 sdt garam
1 sdt esen vanila
3 sdb tepung kastad dibancuh dgn 2 sdb air
1 tin jagung manis 200 ml, ditoskan airnya

Cara-cara :-
  • Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180'C.
  • Di dalam bekas, satukan telur dan gula kemudian pukul sampai kembang.
  • Masukkan garam, esen vanila dan bancuhan tepung kastad. Sebatikan.
  • Tuang adunan ini ke dalam roti yang direndam tadi. Kacau sehingga sebati.
  • Sapu marjering sekeliling loyang dan kemudian tuang setengah adunan ini.
  • Tuang jagung dan ratakan. Tuang baki adunan dan ratakan.
  • Bakar sehingga masak.
Nota :-
Anda boleh pelbagaikan resepi ini dengan menggunakan kismis, kekacang, choc chip dsb mengikut citarasa anda. Jika inginkan bingka yang lebih lemak, guna santan sepenuhnya dalam resepi ini. Resepi ini manisnya just nice tidak tawar dan tidak manis sangat. Jika inginkan lebih manis, tambahkan gula kepada 1 cawan atau pun bingka ini boleh juga dibuat toping kastad. Apa pun terpulang kepada anda.

22 March 2011

Blueberry Cheese Tart



Opss! Ini bukan dari oven saya ehhh..hehehe habaq siang-siang kot satgi meneru dok tanya resepi la pulak. Cheese tart ni saya dapat sebagai buah tangan dari tetamu yang datang semasa kami mengadakan tahlil minggu lepas. Penuh sebekas dengan tart yang comel ni. Sedap tau! Kelainannya, ada letak sunflower seed atau dalam Bahasa Melayu kita panggil sebagai kuaci. Hmmm..menarik jugak ehh. Daripada terkenang memikir dah lama tak buat cheese tart ni tup tup ada pulak orang yg baik hati bagi free! Apa lagi suka tak hengat laa..hahaha..thanks kepada si pemberi [saya taktau pun siapa yang bagi..katanya friends of friends] hahaha..apa pun terima kasih sekali lagi..kalau boleh bagi la lagi..hihihihi

21 March 2011

Apam Balik


Baru-baru ini my bos berhajat sangat nak makan apam balik. Ingatkan gerai kuih kat belakang masih lagi berniaga tapi katanya dah 2 tahun tak berniaga apam balik. Uishh tak perasan la pulak! Maknanya dah hampir 2 tahun la jugak saya tak makan apam balik?! Hahaha
Berbalik kepada cerita apam balik, tiba-tiba rasa kesian pulak sebab tiba-tiba my bos ni teringin. Mahu atau tidak, saya ke dapur jugak lah jawabnya. Dulu pernah buat sekali saja itupun dah lama semasa masih tinggal di USJ. Tak silap guna resepi dari Kak Noormasri. Ikut resepi di bawah ni boleh dapat banyak jugak. Sebenarnya ada cerita juga di sebalik pembikinan apam balik ni. Memang mencabar betul lah! Dengan tak cukup bahannya, tersilap bahan pun ada. Hehehe.
Paling tak best sebab tak ada kacang tanah tumbuk. Dah tu yg dipesan jagung krim dibelinya jagung manis!! Aduhhhh..kena banyak kerja nih. Mula-mula kena masak dulu jagung manis untuk dijadikan jagung krim kemudian dah siap semua barulah boleh mula operasi. Selamat mencuba!

APAM BALIK

Bahan-bahan :-
2 cawan tepung gandum
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt baking powder
1/3 cwn gula pasir
1 bj telur ayam
1 cwn susu segar

Cara-cara :-
  • Ayak tepung gandum dengan soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
  • Di dalam bekas, satukan telur dan gula dan kemudian pukul sehingga kembang.
  • Masukkan kesemua bahan-bahan di atas dan pukul sehingga sebati.
  • Perap adunan ini selama lebih kurang 1 jam. Sedia digunakan.
Bahan Tabur/
  • kacang tanah tumbuk
  • jagung krim
  • sedikit marjerin
  • gula
  • atau apa sahaja yg anda suka ; choc rice dsb

Strawberry Cheesecake



Membaking lagi la pulak!
Kali ini permintaan wanita-wanita yg bakal menjadi ibu. Kebetulan cuti sekolah penggal pertama baru-baru ni saya balik ke Penang jadi sempat lah bawa balik sebiji cheesecake ni. Kelam kabut juga pada asalnya sebab masuk dapur petang, kemudian malam tu terus nak bertolak. Jadi kek tak berapa nk stabil lagi dan topping pun tak sempat nak bubuh. Elok cecah kaki je kat rumah mak, terus capai kek dan meluru masuk ke dalam rumah untuk di simpan dalam peti ais! Cuak la jugak takut tak sedap ke apa kan sebab dari pukul 10 malam bertolak lebih kurang pukul 5 pagi baru sampai.
Resepi ni asalnya dari buku Catherine Lau. Saya dah pernah post resepi ni kat rumah satu lagi tapi tak apa saya akan letakkan di sini juga sebagai panduan. Asalnya resepi Blueberry Cheesecake tapi saya tukar kepada Stawberry Cheesecake. Untuk base saya ikut kaedah yang saya biasa buat sebelum ni dan tidak mengikut resepi sepenuhnya. Saya gunakan biskut Oreo. Selamat mencuba!

BLUBERRY CHEESECAKE

Ingredients :

Base/
110gm butter, melted
200 gm digestive biscuits, finely crushed
2 tbsp brown sugar
50 gm almond flakes, toasted

Filling/
500 gm cream cheese
30 gm butter
120 gm castor sugar
Lemon zest grated from 1 lemon
Lemon juice from 1 lemon
30 gm cornflour, sifted
300 ml whipping cream
4 eggs
150 gm blueberry pie filling

Topping/
1 tsp powdered gelatine
30 ml water
150 gm blueberry pie filling
100 gm whipping cream

Method :

Base/
  • Melt butter in pan over low heat. Add biscuits, sugar, almond flakes and mix well. Fry till fragrant.
  • Press into a springfoam or false bottomed cake pan with the back of a metal spoon or with your hand.
  • Cover cake pan and  refrigerated for at least 30 minutes.
Filling/
  • Beat cream cheese and butter until smooth. Add sugar, lemon zest and juice and cornflour. Beat until smooth. Add cream and blend until mixture thickens. Slowly pour in eggs and mix until just combined.
  • Pour half the filling on biscuit base. Carefully spread blueberry pie filling on filling. Pour remaining filling into cake pan.
  • Place cake pan in water bath. Bake for 1 hour or until filling is set around the edge but slightly soft in the centre.
  • Turn oven off. Leave cake in oven for 30 minutes with the door closed. Remove water bath from oven. Leave cake to cool completely in oven with the door ajar.
  • Cover cake pan. Refrigerate for at least 6 hours.
Topping/
  • Sprinkle gelatine on water. Leave for 5 minutes. Stir over low heat until mixture is clear. Stir in blueberry pie filling. Remove cheesecake from pan. Top with mixture.
  • Whip cream until firm peaks form. Pipe on cake. Chill before serving.

21 February 2011

Sedetik Lebih

SEDETIK LEBIH by Anuar Zain


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

20 February 2011

Simple Cheesecake


sebelum bakar atau sedia untuk dibakar
biskut yang telah dihancurkan
whip cream yang digunakan
hasilnya cheesecake yang telah siap dibakar dan dipotong

SIMPLE CHEESECAKE
Sumber : K_Azah FnR

Bahan-bahan :-
Base/
2 1/2 cwn digestive biskut
50 - 80 gm mentega
Cara-cara :-
Hancurkan biskut. Cairkan mentega. Satukan biskut yang telah dihancurkan bersama-sama mentega dan gaul kemudian di tekan ke dalam loyang. Simpan seketika di dalam peti sejuk.
.
Filling/
500 gm cream cheese Philadelphia
150 gm gula kastor
5 bj telur
1 cwn whipping cream
jus lemon dari sebiji buah lemon

Cara-cara :-
  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170' C dengan menggunakan api bawah sahaja.
  2. Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga kembang dan ringan.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  4. Masukkan whipping cream dan jus lemon ke dalam adunan dan pukul lagi sehingga sebati.
  5. Keluarkan loyang dari dalam peti ais tadi dan tuang adunan cheese ke atasnya dan bakar menggunakan kaedah steam bake. Bakar sehingga masak.

* Saya menggunakan biskut Chipsmore untuk base. Hancurkan dengan menggunakan food processor.
* Untuk topping, anda boleh guna apa sahaja filling yang anda suka. Strawberry, Blueberry atau apa sahaja.
* Sila balut loyang anda dengan aluminium foil sebelum bakar supaya loyang kek tidak dimasuki air.

Parpu Telur

Baru nak mula perasap dapur balik. Lauk mudah ni saya sediakan sebab ini je bahan yang ada pun! Ekekeke. Selain parpu telur ni yang menjadi all time feveret, saya juga sediakan lauk ringkas lain seperti sardin dan juga ikan pekasam yang di import segar dari ladang! Hehehe..Pekasam saya dapat yang paling sedap tau sebab dibuat oleh makcik saya sendiri di Perlis. Nanti ada masa akan saya upload gambar pekasam kasi korang tengok ok.

19 February 2011

Raja Musang?


Hehehehe..senyum sampai ke telinga saya hari ini bila dapat berjumpa dengan raja buah yang diidam-idamkan. Bukan selalu pun musimnya kan. Entah bila musim pun tak pasti. Kebetulan dah lalu kat Chow Kit tu apa lagi memang tak lepas peluang lah. Sakit kepala belakang kira janji mulut dapat merasa keenakan dan kesedapan buah durian jenis yang paling top ni iaitu Musang King [Raja Musang]. Yang musykilnya saya sendiri tak pasti kenapa diberi nama Musang King! Ada sesiapa tahu ke kenapa setiap durian di Malaysia di digredkan dengan nama yang pelik-pelik. Contoh yang saya biasa dengar seperti Kucing Tidur, Raja Kunyit, D24 dan macam-macam lah. Saya tak kisah pun apa gred yang diberikan janji buah sedap dan menepati citarasa dan anak tekak saya. Jemput makan...

18 February 2011

Al Fatihah buat arwah bapa mertuaku

Assalamualaikum, lama betul saya tak update blog. Mengambil masa yang lama juga nak asah kembali idea yang dah tumpul ni. Selain dapur yang dah lama tak berasap, tak ada cerita menarik pun yang nak dikongsi dengan kawan-kawan. Rutin sebagai isteri dan ibu pun seperti biasa sahaja.

Cuma apa yang saya nak kongsi dan beritahu di sini ialah tentang pemergian bapa mertua saya iaitu Haji Md Noor Bin Shaik Ismail yang telah pun kembali ke rahmatullah pada 12/2/2011. Pada waktu subuh yang hening, kami sekeluarga dikejutkan dengan panggilan telefon memaklumkan tentang perkara tersebut. Kebetulan pada masa itu saya sekeluarga telah balik ke Penang sehari awal dan pada itu pula waktu cuti sekolah iaitu hari Sabtu. Jadi pemergian beliau tidak langsung menyusahkan sesiapa. Malah kami sekeluarga redha dengan ketentuan Allah. Arwah meninggal di rumahnya di Kulim dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jln Perak bersebelahan dengan kubur anaknya yang telah dulu meninggal dunia. Itu permintaan terakhir arwah. Mujur pada hari tersebut ramai anak-anak, menantu, cucu cicit dan sanak saudara yang datang. Yang datang jauh dari Kelantan pun masih sempat memberi penghormatan terakhir. Syukur alhamdulillah.

 Arwah yang saya kenal adalah seorang yang sangat amanah, baik dan sangat menjaga makan dan minumnya. Menjadi pantang bagi arwah jika masakannya berminyak, cili yang ditumis tidak betul-betul masak dan sebangainya. Pantang itu dan ini. Kadang-kadang kesian juga ibu mertua saya tapi nak buat macam mana dah itu kehendak suaminya jadi turutkan sajalah. Setiap kali raya atau apa sahaja keramaian di rumah, maka kami anak menantu, cucu cicit dan sanak saudara lah yg akan menghingarkan suasana. Tak sah kalau tak dengar suara arwah memarahi cucu cicitnya yang berlari sana sini. Arwah paling suka menjamu orang dengan makanan. Kadang-kadang dipaksa cucu cicitnya makan. Ada masa sampai menangis budak-budak tu sebab dipaksa makan oleh tokwan mereka. Perut dah kenyang tapi terpaksa gagah juga buka mulut untuk disuap. Banyak kenangan yang kami sekeluarga lalui bersama arwah. Tidak terhitung rindunya kami kepada arwah.

Tarikh keramat 12/2/2011 tidak akan saya lupakan. Pemergian arwah walaupun sudah dijangka tapi tetap kami redha dan menerima dengan hati terbuka. Semoga arwah bapa mertua saya ditempatkan di kalangan orang-orang soleh dan beriman. Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunilah segala dosa-dosanya dan luaskan lah kuburnya Ya Allah. Al Fatihah.

03 December 2010

Melawat Kalamunda, Australia

Salam kawan-kawan, seperti yang dijanjikan, di bawah ini adalah beberapa gambar yang sempat saya ambil semasa saya berada di ladang milik seorang kawan suami yang bernama Anthony atau kami lebih senang memanggilnya Mr. Tony. Beliau berasal dari Itali tetapi telah lama menetap di Perth bersama keluarga beliau. Ladang yang saya pergi ini adalah milik ibu bapa beliau. Rumah ibu bapa beliau dan adik beradik yang lain amat berdekatan sekali. Masing-masing abang dan kakak Mr. Tony mempunyai ladang masing-masing yang saya tak pasti berapa keluasannya. Insya allah jika diizinkan Allah, saya ingin pula melawat ke ladang beliau yg terletak di Gingin, WA. Agak jauh dari bandar dan mengambil masa berjam-jam untuk sampai ke sana. Sebab itu lah suami saya hanya membawa kami ke ladang ini sahaja kerana lebih dekat dgn bandar lebih kurang 30 minit sahaja dan kalau agak jauh pula [Gingin] bimbang kami letih dan hilang mood untuk berjalan-jalan sekitar ladang nanti. Tetapi kalau dah melihat sendiri keluasan ladang ini, bagi saya akan hilang segala penat mengantuk di dalam kereta. Sanggup kot rasanya duduk berjam-jam dalam kereta kalau itu dapat puaskan hati kami dengan pemandangan ladang yg luas. Hmmm..
























Tertunailah hasrat saya untuk melihat sendiri pokok buah-buahan seperti lemon, buah ceri, aprikot, pir dan macam-macam lagi. Dan yang paling syok dapat makan fresh lagik siap petik terus dari pokok. Kalau musim sejuk, dapatlah saya berpeluang melihat tanaman stoberi. Tapi sekarang musim panas memang tak ada rezeki la. Ini pun sebenarnya ada beberapa pokok yang belum masak sepenuhnya dijangkakan bulan Januari nanti baru masak dan sedia untuk dipetik.

02 December 2010

Pizza Dough Docker



Haaaa..gajet baru lagi. Asal pergi je mesti nak ada gajet baru. Yang ini memang nampak best sangat sebab nampak senang kalau nak buat pizza bases. Ermm..kira nak senang saja! Tak payah dah nak cucuk-cucuk dengan garfu. Gelek je dengan dough docker ni. Tutup mata pun boleh punya. Hehehehe. Selain untuk pizza bases, boleh juga digunakan untuk shortcrust patries dan pie crust. Hmmm..harap jangan jadi tukun sudah..Hikhikhik.
Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY