Followers

18 February 2011

Al Fatihah buat arwah bapa mertuaku

Assalamualaikum, lama betul saya tak update blog. Mengambil masa yang lama juga nak asah kembali idea yang dah tumpul ni. Selain dapur yang dah lama tak berasap, tak ada cerita menarik pun yang nak dikongsi dengan kawan-kawan. Rutin sebagai isteri dan ibu pun seperti biasa sahaja.

Cuma apa yang saya nak kongsi dan beritahu di sini ialah tentang pemergian bapa mertua saya iaitu Haji Md Noor Bin Shaik Ismail yang telah pun kembali ke rahmatullah pada 12/2/2011. Pada waktu subuh yang hening, kami sekeluarga dikejutkan dengan panggilan telefon memaklumkan tentang perkara tersebut. Kebetulan pada masa itu saya sekeluarga telah balik ke Penang sehari awal dan pada itu pula waktu cuti sekolah iaitu hari Sabtu. Jadi pemergian beliau tidak langsung menyusahkan sesiapa. Malah kami sekeluarga redha dengan ketentuan Allah. Arwah meninggal di rumahnya di Kulim dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jln Perak bersebelahan dengan kubur anaknya yang telah dulu meninggal dunia. Itu permintaan terakhir arwah. Mujur pada hari tersebut ramai anak-anak, menantu, cucu cicit dan sanak saudara yang datang. Yang datang jauh dari Kelantan pun masih sempat memberi penghormatan terakhir. Syukur alhamdulillah.

 Arwah yang saya kenal adalah seorang yang sangat amanah, baik dan sangat menjaga makan dan minumnya. Menjadi pantang bagi arwah jika masakannya berminyak, cili yang ditumis tidak betul-betul masak dan sebangainya. Pantang itu dan ini. Kadang-kadang kesian juga ibu mertua saya tapi nak buat macam mana dah itu kehendak suaminya jadi turutkan sajalah. Setiap kali raya atau apa sahaja keramaian di rumah, maka kami anak menantu, cucu cicit dan sanak saudara lah yg akan menghingarkan suasana. Tak sah kalau tak dengar suara arwah memarahi cucu cicitnya yang berlari sana sini. Arwah paling suka menjamu orang dengan makanan. Kadang-kadang dipaksa cucu cicitnya makan. Ada masa sampai menangis budak-budak tu sebab dipaksa makan oleh tokwan mereka. Perut dah kenyang tapi terpaksa gagah juga buka mulut untuk disuap. Banyak kenangan yang kami sekeluarga lalui bersama arwah. Tidak terhitung rindunya kami kepada arwah.

Tarikh keramat 12/2/2011 tidak akan saya lupakan. Pemergian arwah walaupun sudah dijangka tapi tetap kami redha dan menerima dengan hati terbuka. Semoga arwah bapa mertua saya ditempatkan di kalangan orang-orang soleh dan beriman. Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunilah segala dosa-dosanya dan luaskan lah kuburnya Ya Allah. Al Fatihah.

3 comments:

  1. Salam Takziah buat Ila dan keluarga .Semoga roh almarhum ditempatkan dikalangan org2 yg dirahmati Allah..aminn

    ReplyDelete
  2. Salam Takziah dari makcik juga. Moga kacip sekeluarga tabah meghadapi dugaan ini. Al fatihah

    ReplyDelete
  3. Terima kasih tidak terhingga di atas ucapan kalian..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY