Followers

20 February 2011

Simple Cheesecake


sebelum bakar atau sedia untuk dibakar
biskut yang telah dihancurkan
whip cream yang digunakan
hasilnya cheesecake yang telah siap dibakar dan dipotong

SIMPLE CHEESECAKE
Sumber : K_Azah FnR

Bahan-bahan :-
Base/
2 1/2 cwn digestive biskut
50 - 80 gm mentega
Cara-cara :-
Hancurkan biskut. Cairkan mentega. Satukan biskut yang telah dihancurkan bersama-sama mentega dan gaul kemudian di tekan ke dalam loyang. Simpan seketika di dalam peti sejuk.
.
Filling/
500 gm cream cheese Philadelphia
150 gm gula kastor
5 bj telur
1 cwn whipping cream
jus lemon dari sebiji buah lemon

Cara-cara :-
  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170' C dengan menggunakan api bawah sahaja.
  2. Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga kembang dan ringan.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  4. Masukkan whipping cream dan jus lemon ke dalam adunan dan pukul lagi sehingga sebati.
  5. Keluarkan loyang dari dalam peti ais tadi dan tuang adunan cheese ke atasnya dan bakar menggunakan kaedah steam bake. Bakar sehingga masak.

* Saya menggunakan biskut Chipsmore untuk base. Hancurkan dengan menggunakan food processor.
* Untuk topping, anda boleh guna apa sahaja filling yang anda suka. Strawberry, Blueberry atau apa sahaja.
* Sila balut loyang anda dengan aluminium foil sebelum bakar supaya loyang kek tidak dimasuki air.

3 comments:

  1. auntie!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    the cheese cake was fantastic! tapi the base was to hard yoo. ;)

    ReplyDelete
  2. salam Kacip...waaah lama x muncul...tu dia sekali maiii tayang ciskek..adusss..tergoda tul tengok..tp badan kusssemangat dah...xleh sentuh2 cis dah kot..huhuuu

    ReplyDelete
  3. Along, keraih pasey press too hard.
    Ummi, me pun sekali sekala ja sentuh..tapi ini dah kira seloyang terrrsentuh! hakhakhak..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY