- Panaskan minyak dan tumis bawang hiris sehingga garing.
- Tuangkan bahan kisar dan tumis sehingga terbit minyak. Masukkan daun limau purut.
- Kacau selalu dan masak sehingga rempah garing.
- Tuang 1/2 cwn air dan tumis sampai pecah minyak.
- Ulang langkah no 4.
- Tuang santan dan juga tambahkan air. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan ayam dan jus limau. Biarkan sehingga ayam masak sambil dibalik-balikkan.
- Setelah mendidih dan ayam masak, bolehlah ditutup api dan sedia dihidangkan.
Nota : Semasa saya bercuti ke sebuah tempat baru-baru ini, saya suka makan sejenis masakan yang mereka namakan Chili Chicken. Memang sedap. Kalau nak diikutkan, lauk itu adalah masak lemak padang dan ianya sedikit pedas. Jadi kami sekeluarga kerap singgah dan menjamu selera di situ kerana cukup asyik menikmati makanan di situ. Apabila dah pulang, saya rasa rindu pula dgn masakan tersebut. Apa lagi, saya mencari dalam internet dan terjumpa resepi masak lemak ini di blog rozzan. Saya mencubanya dan alhamdulillah, rasanya lebih kurang sama dengan apa yg pernah kami makan. Suka sgt! Terima kasih kepada penyumbang resepi ini.


Buah betik mengandungi kalium, kalsium, vitamin A, C dan karpain iaitu berupaya melambatkan degupan jantung, menurunkan tekanan darah tinggi, membunuh amoeba dan merangsang pembuangan air kecil. Air rebusan betik muda dipercayai dapat merawat darah tinggi.
Dipercayai kubis mengandungi antikanser lebih berbanding sayur lain. Ia juga dikatakan mampu mencegah ulser perut selain mengandungi anti bakteria bagi meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Sayur ini biasanya dimakan mentah, dimasak ataupun dijadikan ulam. 






