Followers

08 April 2010

Sayur & Buah Yg Boleh Menguatkan Tubuh

JAMBU BATU
.

Kulit buah dan isi yang keras paling banyak mengandungi vitamin C yang penting untuk kesihatan kulit, gigi, gusi dan penyembuhan luka. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit skurvi, masalah gusi dan gigi serta luka tidak sembuh dengan sempurna. Manakala daun dan bunga jambu batu pula mengandungi vitamin B iaitu pektin sejenis serabut larut yang dapat membantu mengurangkan kolesterol dalam darah, terutamanya kolestrol tidak baik jenis LDL.

SELERI

Seleri merupakan sejenis sayur berbatang lembut, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, magnesium, karotin, vitamin A, B kompleks dan C. Biasanya ia digunakan dalam perubatan secara tradisional bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Sayur ini juga dipercayai dapat melancarkan pusingan haid dan mengatasi masalah keputihan. Malah, seleri boleh merawat penyakit kulit seperti jerawat serta ruam.

DELIMA

Kebiasaannya buah delima sedap dimakan segar mahupun dibuat jus, sirap dan ada juga yang menjadikannya sebagai salad buah, sayur serta rojak. Jusnya diminum untuk rawatan demam panas, batuk, ulser dalam mulut dan melawaskan pembuangan air besar. Delima mengandungi tanin, asid sitrik [mempunyai anti oksidan dan kesan antitumor dalam kajian ke atas haiwan].


BETIK
.
Buah betik mengandungi kalium, kalsium, vitamin A, C dan karpain iaitu berupaya melambatkan degupan jantung, menurunkan tekanan darah tinggi, membunuh amoeba dan merangsang pembuangan air kecil. Air rebusan betik muda dipercayai dapat merawat darah tinggi.
.
DURIAN BELANDA

Dimakan mentah bila masak, dibuat jus atau aiskrim. Ia juga mengandungi fosforus, kalsium, vitamin B dan C. Fosforus penting utk metabolisme tenaga, penyerapan nutrien, membentuk tulang dan gigi yang sihat. Manakala kalsium pula penting bagi pembekuan darah serta mengawal degupan jantung. Ia juga amat penting kepada wanita yang putus haid bagi menghalang osteoporosis.

KUBIS

Dipercayai kubis mengandungi antikanser lebih berbanding sayur lain. Ia juga dikatakan mampu mencegah ulser perut selain mengandungi anti bakteria bagi meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Sayur ini biasanya dimakan mentah, dimasak ataupun dijadikan ulam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY