Followers

03 April 2010

Parpu Telur

Semasa saya sedang memuatnaik gambar ini, datang si Yusra melihat hasil kerja mamanya. Sambil diperhatikan gambar tu dia lalu berkata " Mama, awat gambaq tu nampak macam ais kacang arr?" Mama pun membelek-belek sambil garu kepala yang tak berapa gatal ni. Dok sekejap saya pun perasan benda yang sama. "Alaaa..lebih kurang je laa nampak macam ais kacang. Bukannya ais kacang pun. Itu kan teluq!" Tapi Yusra macam tak puas hati. Dia tetap juga kata telur tu macam ais kacang, yg kuning-kuning tu [kacang dhal] maklumlah dia tak reti nama bahan tu jadi dia sebut yang kuning-kuning tu. "Yang kuning-kuning tu pulak macam jagung!" "Ye lah, ye lah..ais kacang pun ais kacang lah". Nak di shoot lagi sekali pun dah tak boleh sebab dah habis dijadikan lauk makan malam. Hmmm..sabar aje lah. Tapi yang penting ini bukan AIS KACANG tau! Ini PARPU TELUR! Hehehehe..

PARPU TELUR
.
Bahan-bahan :-
250 gm kacang dhall
1/4 sdm serbuk kari daging
.
A/Dimesin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2" halia
.
3-4 biji ubi kentang, dibelah 2
5 biji telur
1 1/2 kotak santan+ air
garam secukup rasa
1/4 sdm serbuk kunyit
.
B/Tumis darat
1 bj bawang besar, dimayang
3 ulas bawang putih, dihiris
2" halia, dhiris
3 btg cili kering, basuh bersih dan kerat 3 bahagian
5 helai daun kari
1/2 sdm biji sawi
3/4 sdm jintan manis biji
minyak utk menumis
.
Cara-cara :-
  1. Masukkan kacang dhal, serbuk kari dan air dan rebus sehingga kacang empuk.

  2. Masukkan ubi kentang dan bahan mesin. Biarkan sehingga kentang empuk.

  3. Tuang santan, masukkan serbuk kunyit dan sedikit air. Biarkan mendidih dan perasakan dengan garam.

  4. Pecahkan telur sebiji demi sebiji dan biarkan sebentar. Godek perlahan-lahan dan kacau sedikit-sedikit. Tutup api sebentar.

  5. Di dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan bahan B. Dengan api yg perlahan, kacau bahan-bahan tersebut sehingga garing.

  6. Tuang ke dalam periuk dan boleh dipanaskan sebentar dan kemudian tutup api dan bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY