Followers

26 July 2011

Asam Pedas Melaka


Tadi pagi ke pasar cadang nak beli sotong sebab my boss teringin nak makan kari sotong macam haritu. Sotong ada tapi yg panjang-panjang dan besar-besar. Saya tak gemar sangat saiz gitu sebab bagi saya yang sedang-sedang bulat tu dah comel. Hehehe. Kalau untuk buat goreng tepung ok lah guna saiz gedabak macam tu. Sotong ada tapi tak banyak la dan saya ambil pun tak sampai sekilo. Masa dok pusing-pusing ala-ala tawaf tu nampak pulak dorang tengah potong pari. Hmmm..tak beli pun..pandang jer! Jalan pi jalan mai otak dah mula pikir, ikan apa je yang aku beli hari ni? Tengok kat tangan ada bawal. Bawal jer?? Hmmm..patah balik pilih la jugak pari tu ok la sebab tengok keadaan fizikal dan mental pari tu segar bugar lagik! Dalam hati dah memang niat nak asam pedaskan aje sebab dah lama betul lauk ni tak masuk menu. Balik sekolah pulak meraung si Yusra sebab mama terlupa nak masak sambal tumis permintaan dia! Mama pun gatal mulut tadi pagi masa hantar pegi sekolah siap tanya Yusra nak makan apa tengah hari nanti? Siap ngamuk tadi tak nak makan nasi. Dah kena pujuk sikit, ayat-ayat sikit baru ok. Hehehe. Resepi asam pedas saya ambil di SINI. Terima kasih ye memang sedap. Sebab biasa saya masak asam pedas rebus je maklumlah mai belah utagha kan. Tapi kali ni saja nak cuba style tumis plak dan saya tambah nenas untuk balancekan rasa masam tu sebabnya saya tak letak gula langsung dalam resepi ni seperti resepi asal.

Puding Triffle


PUDING TRIFFLE

Bahan-bahan :-
1 atau 2 gulung kek swiss roll
1 tin fruit cocktail
1 kotak kristal jelly sebarang perisa
1 tin susu cair
1 tin air
7 sdb gula
4 sdb tepung kastad
yogurt/whipping cream

Cara-cara :-
  • Layer 1 - potong kek swiss roll dan susun di dalam bekas. Renjiskan sedikit dgn jus dari fruit cocktail. Ketepikan atau simpan seketika dalam peti sejuk.
  • Layer 2 - Susu cair, air dan gula di masak di atas api sehingga mendidih. Bancuh tepung kastad dengan sedikit air dan tuang ke dalam adunan susu. Kecilkan api dan kacau sehingga likat. Keluarkan kek dari dalam peti sejuk dan tuang adunan kastad tadi ke atas kek.
  • Layer 3 - Tabur atau susun buah-buahan cocktail atas lapisan kastad.
  • Layer 4 - Masak kristal jelly mengikut arahan pada kotak dan biarkan suam seketika dan baru di tuang perlahan-lahan ke atas lapisan buah-buahan tadi.
  • Layer 5 - Apabila jelly dah sejuk dan mengeras, sapu yogurt ataupun whipping cream. Jika nak kelihatan menarik, bolehlah dihias dengan buah stawberry atau kekacang.
Nota :- Saya olah sedikit resepi di atas dengan cara begini. Selepas di susun kek swiss roll dan direnjiskan dgn jus, saya susun buah-buahan dari 1 tin fruits cocktail terlebih dahulu.
Untuk kastad pula, selepas kastad di masak seperti biasa, saya pukul 1 cwn whipping cream sehingga kembang kemudian saya campurkan bersama-sama kastad dan gaul sehingga sebati untuk mendapatkan tekstur berkrim seperti ais krim. Selepas lapisan kastad dan lapisan jelly, saya menggunakan hanya buah peach sahaja untuk bahagian atas.

25 July 2011

Sotong Goreng Buttermilk



Sebenarnya, sotong goreng tepung buttermilk ni saya tengok di AFC. Cara membuat tu sangat menarik sbb tu saya cuba jugak buat. Cara-cara dia agak renyah. Maaf saya tak dak sukatan yang betul. Mula-mula bersihkan sotong dan kerat seperti biasa. Lepas tu perap sotong dlm buttermilk. Saya tak buat buttermilk so saya substitute dgn plain yogurt. Perap la dalam 2 jam. Lepas tu, pukul 2-3 bj telur. Dengan menggunakan tangan lebih senang, perah sotong tadi dan masukkan ke dalam telur. Ketepikan sebentar untuk sediakan tepung. Dalam mangkuk bersih, masukkan tepung gandum, serbuk lada hitam, garam, serbuk paprika dan serbuk cayenne. Saya tambah sedikit soda. Gaul sebati. Lepas tu ambik sotong dan masukkan ke dalam adunan tepung dan gaul mesra. Goreng cara deep fried dgn api perlahan. Selepas di angkat, sprinkle dengan lada hitam serbuk dan garam sedikit. Sebenarnya hidangan ini ada bahan sosnya tapi saya tak sempat nak salin. Rugi jugak sebab sos tu nampak sedap!

Kek Red Velvet


Salam, pagi-pagi lagi dah nak menayang gambar RVC yang saya buat hari Jumaat lepas. Sempat jugak nak buat sebelum malamnya nak balik ke Penang. Kalau nak diikutkan, RVC ni takde langsung dalam waiting list walaupun resepi tu saya dah tgk lama. Mungkin sebab 2 ketul cream cheese tak terusik kot dalam peti ais sebab tu saya gagah juga macam ada tarikan magnet plak dipaksa-paksa suruh buat..hehehe. Maka haritu Jumaat yang lepas tu tertunailah juga. Sebenarnya tak susah mana pun nak membuatnya malah masa membakar pun tak lama ada ler dalam 30 minit mcm tu..cepat kan? Hehehe. Lepas dah tunggu sejuk sket saya cepat-cepat krimkan cream cheese utk dibuat topping. Memang dasar tak sabar kot, time tu jugak lah nak potong dan rasa! Tapi masa tu mmg tekstur kek agak kering tapi selepas disimpan dalam peti sejuk, kek ni memang moist! Resepi boleh rujuk di bawah atau rujuk RVC untuk lebih lanjut.

RED VELVET CAKE

2 1/2 cup [250gm] sifted flour
1/2 tsp salt
2 tbsp [15gm] coco powder
1/2 cup [113gm] unsalted butter
1 1/2 cup [300gm] sugar
2 large eggs
1 tsp pure vanilla extract
1 cup [240ml] buttermilk
2 tbsp liquid red food coloring
1 tsp white distilled vinegar
1 tsp baking soda

  • Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C) and place rack in center of oven. Butter two - 9 inch (23 cm) round cake pans and line the bottoms of the pans with parchment paper. Set aside.
  • In a mixing bowl sift together the flour, salt, and cocoa powder. Set aside.
  • In bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter until soft (about 1-2 minutes). Add the sugar and beat until light and fluffy (about 2-3 minutes). Add the eggs, one at a time, beating well after each addition. Scrape down the sides of the bowl. Add the vanilla extract and beat until combined.
  • In a measuring cup whisk the buttermilk with the red food coloring. With the mixer on low speed, alternately add the flour mixture and buttermilk to the butter mixture, in three additions, beginning and ending with the flour.
  • In a small cup combine the vinegar and baking soda. Allow the mixture to fizz and then quickly fold into the cake batter.
  • Working quickly, divide the batter evenly between the two prepared pans and smooth the tops with an offset spatula or the back of a spoon. Bake in the preheated oven for approximately 25 - 30 minutes, or until a toothpick inserted in the center of the cakes comes out clean. Cool the cakes in their pans on a wire rack for 10 minutes. Place a wire rack on top of the cake pan and invert, lifting off the pan. Once the cakes have completely cooled, wrap in plastic and place the cake layers in the refrigerator for at least an hour (or overnight). (This is done to make filling and frosting the cakes easier.)

16 July 2011

My Anniversary!



Hari ini tanggal 16 Julai ialah hari ulangtahun perkahwinan saya dan suami. Syukur sangat sebab Allah masih panjangkan jodoh kami sehingga ke hari ini. Saya hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar perhubungan kami ini menuju kebahagiaan, ke jalan yg diredhai Allah dan kekal hingga ke akhir hayat. Terima kasih di atas ucapan drpd rakan-rakan FB juga!! :)
Dan tidak lupa juga kepada anak saya termasuk anak-anak tiri saya yang suprisekan kami dengan sebiji kek! Sangat terharu dan rasa seronok sangat!! Syukur dikurniakan keluarga dan anak-anak sebegini..

Kerabu Telur

Kerabu telur ni saya adaptasi dari sini dan resepi ni pula saya olah mengikut apa bahan yang ada di dapur. Bagi saya kerabu sebegini memang begitu membuka selera sungguh sebab bertambah-tambah saya sekeluarga makan! Terima kasih kepada penyumbang resepi iaitu CMG.
Payah sebenarnya kalau nak jumpa any menu yg berkaitan dgn bihun dalam my blog. Saya sebenarnya paling tak pandai nak goreng bihun. Tapi kalau bihun putih atau bihun singapore insya allah boleh. Hehehe..Ini pun kebetulan je masak sebab sebungkus bihun tu dah terperuk lama dalam kabinet dan haritu my boss dah perli-perli siap cakap nak tunggu lagi berapa tahun baru nk goreng?! Hahaha.. Kebetulan stok daging lembu ada dalam peti ais, baki sayur mayur pun masih elok jadi sempurna jugaklah task saya memasak bihun singapore cuma terlebih garam jer..kannnn dh bagitau awal-awal saya mmg tak pandai goreng!! Huhuhuhu..

Lauk-Pauk Tengah Hari



17 May 2011

Daging Goreng Lada Hitam

Hari ini cuti umum tapi saya tak kemana-mana sebab anak dara saya si Yusra masih tidak sihat dan masih demam. Duduk di rumah saja dan berehat. Esok pula dah sambung periksa lagi nak tak nak saya memang kena pantau suhu badan dia harap-harap esok dah boleh ke sekolah. Di bawah inilah lauk-pauk yang sempat saya sediakan untuk kami sekeluarga.




DAGING GORENG LADA HITAM

Bahan-bahan :-
1/2 kg daging

A/ Dikisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1.5" halia

2 sdm sos tiram
5 sdm kicap pekat
2 sdm serbuk lada hitam
1 sdm sos lada hitam

Hiasan/
1/2 bj lada benggala hijau
1/2 bj lada benggala merah
1 bj bawang kuning [bawang bombay], potong baji

Cara-cara :

  • Panaskan minyak. Masukkan daging dan bahan kisar. Biar sehingga daging empuk.
  • Masukkan sos tiram, kicap pekat, sos lada hitam dan serbuk lada hitam. Kacau sehingga kuah jadi pekat. Perasakan dgn garam dan gula [jika perlu].
  • Akhir sekali, masukkan bahan hiasan dan gaul sehingga sebati dan bolehlah ditutup api.

15 May 2011

Udang Goreng Nestum


Ingatkan Ahad boleh bersenang lenang tapi takkkk! Semua jadi malas nak keluar asyik terperap dalam rumah je. Btoi punya berehat la tuuu! Hehehehe..Pagi tadi dah sarapan dengan nasik lemak kedai belakang sebab tu masing-masing dok mengular je. Dah masuk petang baru masing-masing lapar. Nak tak nak ke dapur la jugak jawabnya. Saya keluarkan ayam dan udang je. Menu nak sehabis ringkas yang boleh sebab masing-masing perut dah keroncong. Ayam tu saya buat masak merah [menu biasa je] dan udang tu plak saya goreng nestum. Paling cepat untuk disiapkan. Resepi udang ni saya dapat kat rumah kak leen. Terima kasih kepada penyumbang resepi sebenar. Resepi ni memang sangat sempoi lah!!

Nak masak udang ni senang je. Mula-mula garam kunyitkan udang lepas tu goreng sekejap sampai masak. Dalam kuali lain, panaskan 2 sdm marjerin kemudian masukkan 2 tangkai daun kari yg dilurutkan dan 3 btg cili padi yang telah dihiris. Kacau seketika kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kaup balikkan dan kemudian masukkan 2 sdb gula, garam secukup rasa. Gaul lagi dan akhir sekali baru masukkan lebih kurang 5-6 sdm nestum. Kacau dengan api perlahan biar semua mesra alam. Hehehe. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Dijamin paling laju habis! Hehehe..kalau tak caya cuba try test tengok!

14 May 2011

Vadei


Vadei la pulak. Ini pun terrrrrbuat sebab belen kacang dhal yang saya rendam tu terlebih. Jadi saya tinggalkan sedikit dan datang plak idea nak buat kuih vadei ni. Teringat dulu kecik-kecik masa tinggal di Penang, hari-hari melantak kuih ni beli dengan sorang mamak kuih yang datang ke rumah sambil kayuh beskal. Kat sana tak susah nak jumpa pun, pergi je kat mana-mana mesti ada. Saya terpaksa ambil gambar dalam bekas yang baru je dikeluarkan dari kuali kalau tak tinggal pinggan je lah sebab kuih ni tak banyak yang dapat. Tapi ok lah kalau sorang dapat 2 ketul.

Nasi Beriani dan kawan-kawan


Hari Jumaat setiap minggu adalah rutin untuk saya masak lain sikit. Ini pun request dari my bos. Ok la tu kan sebabnya hari-hari yang lain dapur tak berapa nak berasap sangat. Hehehe. Apa salahnya hari Jumaat tu saya penuhi permintaannya. Seperti minggu lepas, saya dah masakkan nasi tomato dan ayam masak merah tapi tak sempat nak upload dalam blog. Jadi hari Jumaat kelmarin pula saya dah masak nasi beriani dan lauk pauknya seperti dalca tulang dan ayam masak jintan. Gambar di atas ni ialah nasi beriani yang saya gunakan rempah yang saya minta mak belikan di Kedai Pak Ali yang famous di Kepala Batas tu. 


Yang di atas ialah dalca tulang yang tulangnya dah siap saya rebus sehari sebelum. Lega jugak lah sebab keesokan hari tu saya terus tumis rempah aje dan tidak lah buang masa nak tunggu daging empuk. Hari ini pula masak nasi putih panas-panas hidang dengan dalca perghhh..bertambah-tambah makan!


Ayam ni pula ialah ayam masak jintan yang selalu jugak saya buat. Penyediaan yang sangat cepat dan mudah untuk disediakan. Perap lebih kurang 1/2 jam kemudian lebur semua dalam kuali dan biar sampai masak. Cukup lah 2 jenis lauk je yang saya masak sebab kalau lebih-lebih nanti memang tak habis punya. Timun pun dah beli ingatkan nak buat acar tapi terlupa pulak nenas. Jadi timun tu masih berselimut dalam peti ais. Hehehe. Kesemua gambar-gambar di atas baru je tadi saya ambil sebab tu lauk tak berapa nk cantik sebab semua dah uzur. Hahahaha.

09 May 2011

Homemade Tiramisu

Lega akhirnya dapat juga buat Tiramisu setelah sekian lama asyik tertangguh je. Biasa saya guna resepi yg menggunakan bahan mascarpone cheese tapi kali ini saya nak cuba pula gantikan mascarpone dengan cream cheese. Dari segi kestabilan, tak nafi mmg guna cream cheese tiramisu akan stabil dan terletak elok je berbanding guna mascarpone. Tapi dari segi rasa saya suka lagi yang guna mascarpone. Tapi ini pendapat peribadi saya je lah yang dah banyak kali buat dan rasa.

06 May 2011

Selamat Hari Ibu, Makkkkk!!


Ku Ada Kamu - Adira 

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu
Hidup tanpa doronganmu

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu




Buat mak tersayang, Selamat Hari Ibu. Semoga Allah senantiasa mencurahkan seribu kebahagiaan dan ketenangan buat diri mak sehingga ke akhir hayat. Ila sayang mak dunia akhirat!!



28 April 2011

Happy Happy Birthday Nur Yusra!!!


Hari ini tanggal 28 April 2011 genaplah usia buah hati pengarang jantung saya yang ke 10 tahun. Fuhhh cepat betul masa berlalu dan dia dah pun semakin meningkat usia. Anak perempuan ni cepat matang. Sekarang perangai dan tingkah laku dah macam keremajaan tetapi adakala terselit jugak perangai kebudak-budakan dia tu yang tu tak nafi lah maklumlah anak tunggal. Hadiah harijadi pun masih mintak mainan! Ekekeke
Sebagai ibu, apa yang saya harapkan ialah yang terbaik buat dia kerana perjalanan hidupnya masih jauh dan panjang. Doa saya tidak pernah putus untuk melihat kebahagiaan dia di dunia mahupun akhirat.
Selamat hari lahir sayang..mama sayang Yusra!
Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY