Bahan-bahan :-
1/2 ekor ayam, dipotong kecil
1/2 bj bawang besar, dimayang halus
1 bj buah tomato, dipotong baji nipis-nipis
1 btg serai, diketuk
2 sdm sos tomato
2 sdm sos cili Thai
segenggam daun pudina
garam dan gula
Bahan tumis :-
1 btg kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 bunga cengkih
2 buah pelaga
Bahan kisar :-
10 bj cili kering
4 bj cili merah
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2" halia
Cara-cara :-
- Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit lalu digoreng setengah masak. Angkat dan ketepikan.
- Ceduk keluar lebihan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, rempah tumis dan juga serai. Kacau sehingga bawang kekuningan.
- Tuang bahan kisar dan masukkan buah tomato. Kacau sehingga pecah minyak.
- Tuang sos dan air. Biarkan mendidih dan masukkan ayam. Perasakan dengan garam dan gula. Boleh juga jika ingin masukkan bawang besar yang dihiris gelang.
- Perlahankan api dan biar ayam masak sepenuhnya. Apabila sudah masak, tutup api dan tabur daun pudina. Siap.
No comments:
Post a Comment