29 March 2010
Kek Pisang
Baru-baru ini semasa pergi ke kedai bakery supplier, saya diperkenalkan dengan produk baru iaitu Ready Mix Banana Cake. Saya memang dari dulu suka dengan produk-produk ready mix ni sebab selain murah ianya cepat disediakan. Macam-macam produk ready mix yang saya dah cuba dan semuanya memuaskan hati. Berbalik kepada kek pisang nie, resepi ni memerlukan 250 gm pisang tapi pisang yang ada kat umah tak cukup pulak. Jenuh saya fikir nak tambah apa. Akhirnya saya capai saja bungkusan buah prune. Saya timbang dan cukupkan kuantitinya sebanyak 250 gm dan kemudian berjalanlah proses mengadun dan akhirnya bakar. Kombinasi pisang dan prune memang menyihatkan. Tetapi dah nama kek pisang, jadi tak adil jika kurang rasa pisangnya. Lainkali memang kena cukupkan kuantiti pisangnya juga.

27 March 2010
Kuih Jongkong
Jenuh saya mencari resepi kuih jongkong yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Saya dibesarkan dengan kuih jongkong yang kuihnya dimakan dengan kuahnya dicurah terus. Ini style utara. Tetapi resepi yang ada kebanyakkannya perlu dikukus pada akhirnya. Setelah mencari akhirnya saya jumpa juga resepi yang menepati citarasa saya.
Terima kasih kepada kak Noor Zaleha. Di bawah saya sertakan resepi yang saya ambil dari blog beliau.

KUIH JONGKONG
sumber : norlilovescakes.blogspot.com
Bahan-bahan :-
Jongkong/
3 cwn tepung beras
10 helai daun pandan+air dan dijadikan 11 cwn
1/4 sdt kapur makan
1/4 sdt garam
Kuah/
1/2 cwn gula putih
1/2 cwn gula merah
4 cwn santan
1/2 sdt garam
Cara-cara menyediakan jongkong :-
Terima kasih kepada kak Noor Zaleha. Di bawah saya sertakan resepi yang saya ambil dari blog beliau.
sumber : norlilovescakes.blogspot.com
Bahan-bahan :-
Jongkong/
3 cwn tepung beras
10 helai daun pandan+air dan dijadikan 11 cwn
1/4 sdt kapur makan
1/4 sdt garam
Kuah/
1/2 cwn gula putih
1/2 cwn gula merah
4 cwn santan
1/2 sdt garam
Cara-cara menyediakan jongkong :-
- Campurkan kesemua bahan-bahan, gaul sehingga sebati dan ditapis ke dalam kuali.
- Kacau selalu selama lebih kurang 45 minit atau sehingga adunan pekat dan berkilat.
- Tuang adunan ke dalam bekas loyang atau bekas-bekas kecil.
Cara-cara menyediakan kuah :-
- Satukan kedua-dua gula tadi kemudian dimasak menjadi air gula lalu ditapis.
- Masukkan santan dan garam ke dalam air gula tadi. Didihkan dengan api yang kecil dan dikacau selalu. Setelah mendidih, bolehlah dimatikan api.
Cara-cara menghidang :-
- Potong kuih jongkong berbentuk segiempat dan kemudian susun di dalam mangkuk. Curahkan kuah dan bolehlah dimakan.
- Sekiranya menggunakan bekas kecil, boleh terus dituang kuah ke dalamnya dan sedia di makan. Sedap sekiranya kuih ini dihidang sejuk.
Nota :-
- Kuih ini memang sedap dan menjadi. Masa mengacau adunan memang mengambil masa yang agak lama kerana menggunakan api yang perlahan dan perlu pula dikacau selalu.
- Cuma mungkin penggunaan daun pandan yang agak byk, maka kuih ini terasa sedikit pahit. Mungkin daun pandan di rumah saya jenis yang besar-besar dan lebar agaknya. Lainkali saya akan kurangkan daun pandan ini.
- Apa pun, saya memang seronok mencuba resepi ini.
25 March 2010
Asas Roti
.
ASAS ROTI
Sumber : Roshayati RNet
.
Bahan-bahan :-
.
A/ Digaul
350 gm tepung roti
150 gm tepung gandum superfine
100 gm gula
1 sdt garam halus
30 gm susu tepung
1 sdt bread improver [optional]
1 sdt bread softener [optional]
4 sdt yis kering
.
B/campur dan timbang menjadi 265 gm
air
1 biji telur, dipukul sedikit
.
C/
40 gm butter atau
40 gm shortening
.
Cara-cara :-
- Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Uli hingga adunan agak licin.
- Masukkan bahan C ke dalam adunan dan uli sehingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
- Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
- Tumbuk-tumbuk doh dan uli untuk mengeluarkan angin. Ini penting utk menghasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
- Bahagikan doh mengikut berat yang dikehendaki. Bulat-bulatkan doh dan rehatkan selama 10 minit.
- Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
- Bolehlah dibentukkan ikut kesukaan. Biarkan doh selama 40 minit - 1 jam sehingga doh mengembang 2 kali ganda.
- Bakar sehingga masak.
16 March 2010
Puding Mangga
Ada lebihan buah mangga di rumah dan tak ada siapa pun nk jamah sampai hampir nak lembik dibiarkan mcm tu saja. Cari punya cari dapat jugak resepi puding mangga ni dari sebuah blog. Tetapi saya olah sedikit resepi ini mengikut citarasa saya. Dapat byk jugak seloyang dan sayang tak sempat nak jamu keluarga mentua yang dah balik tengah hari tadi. Hmm..nampaknya kena bawa balik ke kampung la esok. Insya allah.

PUDING MANGGA
Sumber : meandmycooking.blogspot.com
.
Bahan-bahan :-
20 gm agar-agar
5 cwn air
2 cwn mangga kisar
2 biji kuning telur
2 sdm tepung jagung
200 ml susu cair
2 cwn gula pasir
1/2 sdt garam
setitik dua pewarna kuning
.
Cara-cara :-
- Masak agar-agar bersama-sama gula sehingga hancur dan larut. Tapiskan.
- Di dalam bekas, satukan telur kuning, tepung jagung, susu cair dan garam. Pukul ringan bahan-bahan tersebut sehingga sebati kemudian masukkan mangga kisar dan pewarna.
- Tuang bahan ini ke dalam periuk agar-agar dan masak sehingga pekat dan likat.
- Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
Apam Pisang
Banyak kali dah buat apam pisang ni. Resepi ini dah saya olah mengikut kesesuaian saya. Apam pisang ni lembut dan sesuai untuk dibuat sebagai sarapan mahupun minum petang bersama keluarga. Saya bekalkan sedikit untuk keluarga mentua yang berangkat pulang ke Kedah pada hari ini. 
APAM PISANG
Sumber : NoorMasri FnR
Bahan-bahan :-
6 biji pisang emas
4 biji telur
2 cwn tepung gandum
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt baking powder
3/4 cwn gula
1/4 cwn susu segar
1 sdt esen pisang
secubit garam
Cara-cara :-
Sumber : NoorMasri FnR
Bahan-bahan :-
6 biji pisang emas
4 biji telur
2 cwn tepung gandum
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt baking powder
3/4 cwn gula
1/4 cwn susu segar
1 sdt esen pisang
secubit garam
Cara-cara :-
- Panaskan kukusan.
- Di dalam bekas, masukkan pisang dan lenyek sehingga hancur. Campurkan dengan soda bikarbonat dan ketepikan sebentar.
- Di dalam bekas lain, masukkan telur, gula dan esen pisang dan pukul sehingga kembang. Masukkan tepung berselang seli dengan susu dan digaul sehingga sebati.
- Masukkan pisang yang telah dilenyek tadi dan juga secubit garam dan gaul sehingga kesemua bahan sebati dan bolehlah dituang ke dalam loyang yang telah di sapu sedikit minyak dan sedia utk dikukus selama 45 minit atau sehingga masak.
15 March 2010
Daging Kerisik
DAGING KERISIK
KARI IKAN
SAYUR CAMPUR
SUP TULANG
Menu-menu di atas adalah juadah yang saya sediakan untuk makan tengahari bersama-sama keluarga mertua yang datang dari Kedah. Alhamdulillah, semuanya menjadi dan yang penting bapa mertua saya suka sebab beliaulah insan yang paling saya kena jaga sekali bab penyediaan makan minum. Kari tak boleh pedas dan terlalu berminyak, daging jangan banyak rempah dan macam-macam lagi lah. Alhamdulillah, beliau makan tanpa sepatah kata pun. Yang keluar cuma "lauk harinie ok"..Hahahaha..
10 March 2010
Meh Sarapan Meh
Setiap hari saya bangun seawal jam 5.00 pagi untuk siapkan sarapan keluarga terutama untuk anak dara kesayangan saya untuk bekalkan makanan di sekolahnya. Kadang-kadang goreng nasi, buat roti telur dan sebagainya. Hari ini pula menunya adalah seperti di bawah ini. Meh sarapan meh. Saya dah kenyang tadi bersarapankan secawan milo dan sepinggan kuew tiaw goreng. Hehehe..
09 March 2010
Kek Gulung / Swiss Roll
Berkobar-kobar semangat nak buat kek gulung ni. Resepi dari zaman purba lagi dok simpan tiba-tiba hari ini tergerak hati pula nak buat. Bahan-bahan memang dah ada. Cara nak membuatnya pula tidak lah susah malah mengambil masa yang cepat untuk disiapkan.
SEBELUM BAKAR
Terima kasih kepada ahpek kerana menyumbangkan resepi kek gulung yang superb ni. Ramai yang dah cuba dan menjadi dengan jayanya.
Ayam Kasturi
Maggi goreng nie saja tumpang enterframe. Yang ini bekal Yusra utk ke sekolah hari ini. Kita nak buatkan mee goreng dia bebai-bebai takmau! Nak jugak maggi goreng. Kalau buatkan mee goreng ke, nasi goreng ke memang dia boikot. Bertuah punya anak!
03 March 2010
Nasi Ayam
Hari ini pergi pasar nak topup barang dapur tapi hampa jadinya sebab ikan semua merajuk! Huhuhu..tak ada ikan pun. Ada tu ada ler, tipu la kalau tak ada kan..tapi ikan tak banyak. Dah tu pulak jenis yang tak berapa disukai. Akhirnya ayam lah menjadi sasaranku. Maka hari ini saya masak Nasi Ayam. Cepat betul nak buatnya. Lagi pulak hari ini bos tak ada, jadi tak kisahlah nak masak apa pun lagipun yang nak makan kami 2 beranak saja.
NASI AYAM

.
Bahan-bahan :-
1/2 ekor ayam, dipotong sederhana dan dibersihkan
air yang secukupnya
halia, diketuk
2 ulas bawang putih, diketuk
.
Cara-cara :-
1. Masukkan ke semua bahan di atas dan rebus hingga mendidih. Tapis ayam dan tinggalkan air rebusan ayam untuk digunakan manakala ayam tadi bolehlah diperap seketika dan kemudian digoreng atau dibakar.
.
NASI/
3 pot beras
4 pot air rebusan ayam
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
halia
1 sdm planta + 1 sdm minyak masak
1 btg kulit kayu manis
2 pelaga
2 cengkih
2 bunga lawang
1 ikat daun pandan
garam
.
Cara-cara :-
1. Panaskan periuk nasi di atas api dan masukkan minyak masak dan planta. Masukkan kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang. Kacau seketika dan masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia juga daun pandan. Kacau seketika dan tuang air rebusan ayam.
2. Biarkan mendidih seketika dan perasakan dengan garam.
3. Masukkan beras dan biar mendidih dan alihkan ke bekas periuk nasi dan on kan suisnya dan biar nasi masak.
4. Setelah nasi masak, gemburkan nasi dan biarkan seketika dalam keadaan 'warm'. Boleh tabur daun sup jika suka.
.
SUP AYAM/
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
halia, diketuk
1 sup bunjut
1 pokok daun bawang
garam
bawang goreng
.
Cara-cara :-
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga agak kekuningan kemudian tuang air rebusan ayam tadi dan juga sup bunjut. Didihkan dan perasakan dengan garam. Setelah mendidih, bolehlah ditabur dengan daun sup dan bawang goreng jika suka.
.
SOS CILI/
5-6 btg cili merah
2 ulas bawang putih
1/2 bj limau kasturi, diambil jusnya sahaja
garam dan gula yg secukupnya
air masak
.
Cara-cara :-
1. Masukkan ke semua bahan-bahan di atas dan kisar halus.
.
SOS KICAP/
1 senduk makan stok ayam
kicap manis
kicap masin
sedikit sos tiram
.
Cara-cara :-
1. Campur ke semua bahan-bahan di atas dan sedia digunakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)