21 April 2010
Ayam Goreng Kunyit
20 April 2010
Sup Telur
Sumber : CMG blog
Bahan-bahan :-
4-5 biji telur
1 liter air atau lebih
3/4 sdm serbuk pati ikan bilis
3 ulas bawang putih, diketuk
6 ulas bawang merah, dimayang
1 sdm udang kering, direndam dan kemudian ditumbuk halus
2 bj ubi kentang, dibelah menjadi 4
1 btg lobak merah, dipotong tebal
4-5 keping fucuk, direndam sehingga lembut dan dikerat kecil-kecil
1 cekak su hun, direndam dan digunting pendek
garam secukup rasa
1 sdt lada hitam kisar
Cara-cara :-
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan kemudian masukkan udang kering yg telah ditumbuk. Kacau seketika dan tuang air. Masukkan serbuk pati ikan bilis.
- Biar sehingga mendidih dan masukkan ubi kentang dan lobak merah. Didihkan lagi dan kemudian pecahkan telur sebiji demi sebiji dan biarkan sebentar dan jangan dikacau.
- Perasakan dgn garam dan lada hitam kemudian masukkan fucuk. Biar mendidih dan tutup api kemudian masukkan su hun. Tabur daun bawang dan daun sup sebelum dihidangkan.
Ini saya buat ikut bahan yang ada di rumah sahaja. Kalau resepi asal ada dimasukkan cendawan dsb. Boleh rujuk blog CMG untuk resepi yg lebih lanjut.
Ayam Masak Padang
AYAM MASAK PADANG
Sumber : DayangJack
Bahan-bahan :-
1/2 ekor ayam. dipotong kecil
300 ml santan
100 ml susu cair [guna jenis evaporated full cream milk utk lebih lemak]
1 keping asam keping
garam secukup rasa
1 btg serai, diketuk
Bahan kisar/
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1.5" lengkuas
2 btg serai [saya guna 3 btg]
sedikit kunyit hidup [saya guna 2"]
4 biji cili merah
10 biji cili padi
Cara-cara :-
- Panaskan minyak dan masukkan serai.
- Tuang bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Tambah air jika perlu.
- Masukkan ayam dan biar mendidih seketika.
- Masukkan santan dan susu cair. Biarkan mendidih dan perasakan dgn garam.
- Masukkan asam keping dan didihkan sebentar sehingga ayam empuk dan bolehlah dimatikan api dan sedia dihidang.
08 April 2010
Sayur & Buah Yg Boleh Menguatkan Tubuh

Kulit buah dan isi yang keras paling banyak mengandungi vitamin C yang penting untuk kesihatan kulit, gigi, gusi dan penyembuhan luka. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit skurvi, masalah gusi dan gigi serta luka tidak sembuh dengan sempurna. Manakala daun dan bunga jambu batu pula mengandungi vitamin B iaitu pektin sejenis serabut larut yang dapat membantu mengurangkan kolesterol dalam darah, terutamanya kolestrol tidak baik jenis LDL.
SELERI
DELIMA




03 April 2010
Parpu Telur
.
Bahan-bahan :-
250 gm kacang dhall
1/4 sdm serbuk kari daging
.
A/Dimesin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2" halia
.
3-4 biji ubi kentang, dibelah 2
5 biji telur
1 1/2 kotak santan+ air
garam secukup rasa
1/4 sdm serbuk kunyit
.
B/Tumis darat
1 bj bawang besar, dimayang
3 ulas bawang putih, dihiris
2" halia, dhiris
3 btg cili kering, basuh bersih dan kerat 3 bahagian
5 helai daun kari
1/2 sdm biji sawi
3/4 sdm jintan manis biji
minyak utk menumis
.
Cara-cara :-
- Masukkan kacang dhal, serbuk kari dan air dan rebus sehingga kacang empuk.
- Masukkan ubi kentang dan bahan mesin. Biarkan sehingga kentang empuk.
- Tuang santan, masukkan serbuk kunyit dan sedikit air. Biarkan mendidih dan perasakan dengan garam.
- Pecahkan telur sebiji demi sebiji dan biarkan sebentar. Godek perlahan-lahan dan kacau sedikit-sedikit. Tutup api sebentar.
- Di dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan bahan B. Dengan api yg perlahan, kacau bahan-bahan tersebut sehingga garing.
- Tuang ke dalam periuk dan boleh dipanaskan sebentar dan kemudian tutup api dan bolehlah dihidangkan.