Followers

30 March 2011

Cucur Makaroni

Penat! Penat! Penat! Penat tapi berbaloi..hehehehe. Mana tak nya, harini 3 entri saya masukkan sekali. Hehehehe. Untuk minum petang ni saya sediakan cucur makaroni. Juadah yang mudah untuk disediakan. Sangat sedap cucur makaroni ni sebab tekstur makaroni ni seakan-akan udang pulak. Korang boleh pelbagaikan variasi isi di dalam cucur ni. Boleh letakkan apa sahaja yang kita suka. Macam saya, saya letakkan isi ketam. Meh kita tengok resepi di bawah.


CUCUR MAKARONI

Bahan-bahan :-
1/2 peket makaroni atau lebih kurang 300 gm [byk giler ni] korang kalau nk buat, secawan cukup la kot.
* direbus sehingga empuk dan toskan.

2 bj telur, dipukul sedikit
1 pokok daun bawang, dihiris
1 pokok daun sup, dihiris
1 bj bawang besar, didadu
garam secukup rasa [saya bancuh dgn air]
lada sulah
lada hitam
sedikit serbuk cayenne [suka ati je nk bubuh]
15 keping isi ketam, dicincang kasar
2 1/2 cwn tepung [anggaran yea]
air yg secukupnya

Cara-cara :-
  • Tuang makaroni ke dalam bekas besar. Campur ke semua bahan kecuali tepung.
  • Tepung di tuang sedikit sedikit dan digaul. Agak-agak adunan dah melekat sudah memadai.
  • Panaskan minyak yg byk di dalam kuali dan sudukan adunan dan goreng sehingga masak. Toskan minyak dan sedia dihidangkan. Sedap dicicah dgn sos cili cap Tupai. Hahahaha [promo plakk!] 

3 comments:

  1. hari ni masak apa?

    ReplyDelete
  2. Salam Ila..
    umi baru je pindah sini, bln 3 baru ni.. baru lagi la hehe.. laa Ila ada dtg sini ke laaa ruginya kan tak tahu kalu tak boleh la dtg rumah. umi dok kat mt pleasant, tak jauh dr bandar perth dan fremantle. Ila stay kat mana hrtu? bila nak dtg lagi sini?

    ReplyDelete
  3. W'salam umi..
    Umi kasik la email address senang nk sembang..hehehe kat sini sgtlah public.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY