Selain buah tangan ini, ada juga yang dibawa bersamanya iaitu 2 kotak besar yang mengandungi buah-buahan segar yang dikutip terus dari ladang kepunyaan kawan baiknya iaitu Mr Tony. Menurut encik bos, ladang Mr Tony ini sangat luas. Pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran dan juga ternakan ada di situ. Penat kalau berjalan kaki tapi akan hilang penat tatkala menoleh kiri kanan kerana deretan pokok buah-buahan yang menggamit mata. Antara buah-buahan yang beliau bekalkan ialah avocado, pic, epal, stoberi, pear, mempelam, oren dan banyak lagi lah.
Jadi hari ini apabila bangun saja, lepas hantar Yusra ke sekolah, rasa tak sabar nak mencuba apple strudel dan Jus Avocado. Dengan lemak berkrimnya, dengan manisnya. Kira satu kombinasi yang baik bersarapan dengan sepotong apple strudel dan segelas jus avocado.
Bahan-bahan :-
1 bj buah avocado, dibelah 2 dan dibuang biji dan kulit
[keluarkan isi dgn menggunakan sudu]
2 sdb susu pekat
1 cawan air
sirap coklat
beberapa ketul ais
Cara-cara :-
- Ambil gelas yang ingin digunakan dan masukkan ke dalam peti sejuk bahagian dingin beku [freezer]. Biarkan seketika. Tuang sirap coklat mengelilingi gelas dan masukkan kembali ke dalam peti sejuk.
- Di dalam pengisar, masukkan buah avocado, susu dan air. Kisar sehingga sebati kesemuanya.
- Keluarkan gelas tadi dan tuang jus avocado tadi dan masukkan beberapa ketul ais. Sedia diminum.
cantiknya cip deco jus avocardo tu...
ReplyDeleteHak hak hak..besa laa dah nak enterprem dlm blog kan..hihihi
ReplyDelete