Followers

15 August 2009

Sup Ekor Lembu Chef Wan

Resepi asal ialah Sup Ekor Lembu Chef Wan tetapi sebab tak ada ekor lembu, saya tukar kepada tulang sahaja. Sup ini memang sedap dan amat sesuai jika dihirup begitu saja mahupun di cicah dengan roti.

SUP EKOR LEMBU CHEF WAN

Bahan-bahan :-
125 ml/1/2 cwn minyak sayuran
500 gm ekor lembu, dibersihkan dan dipotong-potong
2 sdb ketumbar serbuk
1 sdb jintan putih serbuk
1 sdb jintan manis serbuk
1 1/2 sdb tomato puri
1.5 ltr/6 cwn air
1 btg lobak merah, dikupas dan didadu
1 bj ubi kentang, dikupas dan didadu
2 btg saderi, didadu
garam
lada hitam yg baru dikisar
daun ketumbar, dihiris-hiris
bawang goreng

Rempah Tumis/
4 bj buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus/
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 btg serai
1 cm halia

Cara-cara :-
1. Panaskan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis ekor lembu sehingga perang sedikit. Angkat dan toskan.
2. Di dalam minyak yang sama, masukkan rempah tumis dan bahan kisar dan goreng sehingga naik baunya.
3. Tambah serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih dan kacau di atas api kecil selama 3-4 minit sehingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah lobak merah, ubi kentang dan saderi. Renihkan selama 1 jam 45 minit sehingga ekor lembu empuk. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
6. Hias dengan daun ketumbar dan bawang goreng sejurus sebelum menghidang.

2 comments:

  1. wow terliurnya.. ni kalau makan dengan nasi putih dengan telur dadar pun dah nikmat ni..

    ReplyDelete
  2. Kacip>Lady of Leisure : kalau loe biasa makan soup kat Victoria Station dan yg seangkatan dgnnya, rasa oxtail soup derang lebih kurang dgn resepi chef wan nie lah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY