Followers

13 January 2010

2009 melabuhkan tirai, 2010 datang menjengah

Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan yang sudi dan masih mengunjungi blog saya. Lama sungguh rasanya saya tidak update. Entah kenapa makin malas rasanya.
Sehinggalah tahun 2009 berlalu pun saya tidak sempat mengucapkan selamat datang untuk tahun 2010. Mungkin disebabkan cuti sekolah sebulan yg lalu membuatkan saya lebih leka agaknya. Anak di rumah, maka hari yang ada kami isi dengan sebaik-baiknya. Keluar makan di luar [memang gantung apron sungguh!], shopping, menonton wayang, balik Penang dan perkara terakhir kami sempat lakukan ialah bercuti sekeluarga di luar negara. Itupun di saat-saat akhir sebelum buka sekolah. Apa pun syukur segalanya berjalan dengan teratur dan lancar.

Detik menyambut awal tahun sedih sikit untuk saya kerana suami tidak dapat meluangkan masa kerana perlu uruskan hal-hal di luar. Yang paling teruja ialah Yusra kerana belum pernah langsung menyambut tahun baru! [dia teringin nak tengok bunga api sebenarnya]. Untuk kali ini, sampai sanggup tak tidur, tapi apakan daya terlena juga. Kami tidak kemana-mana cuma menyaksikan dari luar tingkap rumah sahaja. Selepas detik 12 malam, saya dapat saksikan begitu cantik sekali bunga api dilepaskan. Memikirkan Yusra yang teringin, saya kejutkan dia. Walaupun diulit mimpi dan masih mamai, dia gagahkan diri juga. Seronok katanya. Hehehe..

Sessi sekolah pun bermula. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan sempurna. Yusra pun dah darjah 3 tahun ni. Apa pun saya harapkan semoga tahun 2010 ini akan membawa lebih kebaikan dari sebelumnya. Saya tidak pernah menyimpan azam kerana bagi saya sekadar azam di mulut pun tidak berguna juga. Insya allah, jika ada kelapangan, akan saya update blog ini sedikit masa lagi. Sehingga jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY