Followers

20 April 2010

Sup Telur

Resepi dari rumah Encik Mat Gebu. Sebenarnya tak tahu nak masak apa untuk orang yang sakit kebetulan ada di rumah hari ni. Jadi saya rasa sup telur amatlah sesuai. Alahai, sedap sangat sup ni dan lain daripada sup telur yang biasa kerana ada udang kering. Masa menumis pun dah terasa wangi dan asyik telan air liur saja. Sabar ajelah..

SUP TELUR
Sumber : CMG blog

Bahan-bahan :-
4-5 biji telur
1 liter air atau lebih
3/4 sdm serbuk pati ikan bilis
3 ulas bawang putih, diketuk
6 ulas bawang merah, dimayang
1 sdm udang kering, direndam dan kemudian ditumbuk halus
2 bj ubi kentang, dibelah menjadi 4
1 btg lobak merah, dipotong tebal
4-5 keping fucuk, direndam sehingga lembut dan dikerat kecil-kecil
1 cekak su hun, direndam dan digunting pendek
garam secukup rasa
1 sdt lada hitam kisar

Cara-cara :-
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan kemudian masukkan udang kering yg telah ditumbuk. Kacau seketika dan tuang air. Masukkan serbuk pati ikan bilis.
  • Biar sehingga mendidih dan masukkan ubi kentang dan lobak merah. Didihkan lagi dan kemudian pecahkan telur sebiji demi sebiji dan biarkan sebentar dan jangan dikacau.
  • Perasakan dgn garam dan lada hitam kemudian masukkan fucuk. Biar mendidih dan tutup api kemudian masukkan su hun. Tabur daun bawang dan daun sup sebelum dihidangkan.
Nota :-
Ini saya buat ikut bahan yang ada di rumah sahaja. Kalau resepi asal ada dimasukkan cendawan dsb. Boleh rujuk blog CMG untuk resepi yg lebih lanjut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY