Menu Ayam Masak Padang nie dicadang oleh Dasha iaitu adik saya yang sekarang ni dah mula ke dapur sejak berhenti kerja. Maklumlah, dah suri rumah sepenuh masa, jadi dia pun terpaksa lah mengadap dapur 24/7 kan. Menurutnya, resepi ni diperolehi sejak sekian lama dari internet dan dia tidak pasti siapa punya resepi. Oleh itu, saya pun terus mencari di internet dan terjumpa resepi yang sama dari rumah
Kak Umi - Home Sweet Home. Resepi asal ialah dari rumah
Dayang Jack [
thanks DJ
for sharing this recipe]. Saya dah mencubanya untuk menu tengah hari ini dan memang sedap seperti yang diberitahu adik saya. Juadah ini kalau nak diikutkan boleh dipanggil Masak Lemak tapi sebab penggunaan lengkuas, mungkin ianya agak berbeza [rasanyalah]. Apa pun selain sedap, juadah ini amat cepat dan mudah sekali untuk disediakan.
AYAM MASAK PADANG
Sumber : DayangJack
Bahan-bahan :-
1/2 ekor ayam. dipotong kecil
300 ml santan
100 ml susu cair [guna jenis evaporated full cream milk utk lebih lemak]
1 keping asam keping
garam secukup rasa
1 btg serai, diketuk
Bahan kisar/
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1.5" lengkuas
2 btg serai [saya guna 3 btg]
sedikit kunyit hidup [saya guna 2"]
4 biji cili merah
10 biji cili padi
Cara-cara :-
- Panaskan minyak dan masukkan serai.
- Tuang bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Tambah air jika perlu.
- Masukkan ayam dan biar mendidih seketika.
- Masukkan santan dan susu cair. Biarkan mendidih dan perasakan dgn garam.
- Masukkan asam keping dan didihkan sebentar sehingga ayam empuk dan bolehlah dimatikan api dan sedia dihidang.
salam pekenalan..nak tulis kat chat box tu ader problem lak..suke lauk pauk nih..saya follow ye
ReplyDeleteSalam, thanks ya izah..
ReplyDeletesalam. best niii kak
ReplyDeleteMmg best fuzidss, try lah..tak rugi sbb sedap!
ReplyDelete