PUDING MANGGA
Sumber : meandmycooking.blogspot.com
.
Bahan-bahan :-
20 gm agar-agar
5 cwn air
2 cwn mangga kisar
2 biji kuning telur
2 sdm tepung jagung
200 ml susu cair
2 cwn gula pasir
1/2 sdt garam
setitik dua pewarna kuning
.
Cara-cara :-
- Masak agar-agar bersama-sama gula sehingga hancur dan larut. Tapiskan.
- Di dalam bekas, satukan telur kuning, tepung jagung, susu cair dan garam. Pukul ringan bahan-bahan tersebut sehingga sebati kemudian masukkan mangga kisar dan pewarna.
- Tuang bahan ini ke dalam periuk agar-agar dan masak sehingga pekat dan likat.
- Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
Salam Myra, salam pengenalan dari saya Dayang Sophia. Cantik Puding tu
ReplyDelete