Followers

27 March 2010

Kuih Jongkong

Jenuh saya mencari resepi kuih jongkong yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Saya dibesarkan dengan kuih jongkong yang kuihnya dimakan dengan kuahnya dicurah terus. Ini style utara. Tetapi resepi yang ada kebanyakkannya perlu dikukus pada akhirnya. Setelah mencari akhirnya saya jumpa juga resepi yang menepati citarasa saya.
Terima kasih kepada kak Noor Zaleha. Di bawah saya sertakan resepi yang saya ambil dari blog beliau.


KUIH JONGKONG
sumber : norlilovescakes.blogspot.com

Bahan-bahan :-

Jongkong/
3 cwn tepung beras
10 helai daun pandan+air dan dijadikan 11 cwn
1/4 sdt kapur makan
1/4 sdt garam

Kuah/
1/2 cwn gula putih
1/2 cwn gula merah
4 cwn santan
1/2 sdt garam

Cara-cara menyediakan jongkong :-
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan, gaul sehingga sebati dan ditapis ke dalam kuali.
  2. Kacau selalu selama lebih kurang 45 minit atau sehingga adunan pekat dan berkilat.
  3. Tuang adunan ke dalam bekas loyang atau bekas-bekas kecil.

Cara-cara menyediakan kuah :-

  1. Satukan kedua-dua gula tadi kemudian dimasak menjadi air gula lalu ditapis.
  2. Masukkan santan dan garam ke dalam air gula tadi. Didihkan dengan api yang kecil dan dikacau selalu. Setelah mendidih, bolehlah dimatikan api.

Cara-cara menghidang :-

  1. Potong kuih jongkong berbentuk segiempat dan kemudian susun di dalam mangkuk. Curahkan kuah dan bolehlah dimakan.
  2. Sekiranya menggunakan bekas kecil, boleh terus dituang kuah ke dalamnya dan sedia di makan. Sedap sekiranya kuih ini dihidang sejuk.

Nota :-

  • Kuih ini memang sedap dan menjadi. Masa mengacau adunan memang mengambil masa yang agak lama kerana menggunakan api yang perlahan dan perlu pula dikacau selalu.
  • Cuma mungkin penggunaan daun pandan yang agak byk, maka kuih ini terasa sedikit pahit. Mungkin daun pandan di rumah saya jenis yang besar-besar dan lebar agaknya. Lainkali saya akan kurangkan daun pandan ini.
  • Apa pun, saya memang seronok mencuba resepi ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY