AYAM MASAK KICAP BERASAP
Bahan-bahan :-
1 ekor ayam, dibersihkan dan dipotong kecil
3 btg serai, diketuk
1 sdm sos tiram
kicap pekat secukupnya
1/2 kiub pati ayam MAGGI
2 helai daun kari
2 biji ubi kentang, potong wedges
9 biji cili padi, diketuk
sedikit halia muda, diracik
1 keping asam keping
2 bj cili hijau, dipotong serong lebar-lebar
1 biji buah tomato, belah 6
2 bj bawang besar, potong bulat
A/
1 btg kulit kayu manis
3-4 bunga lawang
3 biji buah pelaga
Dikisar/
5 bj bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
1.5 cm kunyit hidup
1-2 sdm cili kisar
Cara-cara :-
- Ayam ditabur dengan serbuk kunyit, garam dan sedikit serbuk rempah kari daging. Goreng ayam setengah masak, ketepikan. Goreng ubi kentang, ketepikan.
- Kaup minyak yang berlebihan dan tinggal minyak untuk menumis sahaja. Panaskan minyak semula dan masukkan bahan A diikuti daun kari dan serai. Goreng seketika dan masukkan bahan kisar. Tambah sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
- Tuang sos tiram dan kacau seketika kemudian tuang kicap pekat. [Kicap bergantung kepada citarasa masing-masing. Saya tak ada sukatan sebabnya saya cuma percik ke dalam kuali sehingga dapat warna dan rasa yang sesuai]. Masukkan asam keping dan halia muda yg telah diracik atau dihiris halus-halus. Masukkan cili padi, ubi kentang dan ayam. Biar mendidih seketika sambil kaup balikkan ayam.
- Masukkan buah tomato dan kacau lagi seketika dan barulah dimasukkan bawang besar dan cili hijau. Jika kurang rasa bolehlah ditambah garam dan gula secukup rasa. [Saya tak masukkan garam mahupun gula kerana saya adjust rasa hanya melalui kicap sahaja]. Masakan ini saya biarkan ianya berkuah dan ianya terpulang, jika anda suka kering, didihkan sampai kering baru dimasukkan bawang besar dan cili hijau tadi.