Followers

28 April 2011

Happy Happy Birthday Nur Yusra!!!


Hari ini tanggal 28 April 2011 genaplah usia buah hati pengarang jantung saya yang ke 10 tahun. Fuhhh cepat betul masa berlalu dan dia dah pun semakin meningkat usia. Anak perempuan ni cepat matang. Sekarang perangai dan tingkah laku dah macam keremajaan tetapi adakala terselit jugak perangai kebudak-budakan dia tu yang tu tak nafi lah maklumlah anak tunggal. Hadiah harijadi pun masih mintak mainan! Ekekeke
Sebagai ibu, apa yang saya harapkan ialah yang terbaik buat dia kerana perjalanan hidupnya masih jauh dan panjang. Doa saya tidak pernah putus untuk melihat kebahagiaan dia di dunia mahupun akhirat.
Selamat hari lahir sayang..mama sayang Yusra!

27 April 2011

Awas! Produk Kicap Kipas Udang Tiruan

Salam kawan-kawan,
semenjak bercinta dengan facebook ni saya dah mula ketepikan email yang masuk ke dalam inbox saya. Dulu kalau tidak hari-hari mengadap email dan rajin forward pada rakan-rakan yang lain. Makin lama makin kurang pula kerajinan saya itu. Hehehe. Berbalik kepada tajuk di atas, saya kebetulan buka inbox untuk melihat email 'reset password' online game! Hahaha Tak semena-mena rajin plak scroll sampai ke bawah dan jumpa lah tajuk email yang seperti tajuk di atas. Rasa geram juga sebenarnya dengan penipuan pihak-pihak yang cuba nak menjatuhkan produk Muslim. Saya sendiri pernah terkena iaitu terbeli produk tiruan sekotak minuman kopi segera. Kiosk yang selalu saya kunjungi itu tidaklah mendatangkan syak wasangka kepada saya kerana owner nya melayu dan saya pun tak kepoh nak tanya di mana dia ambil semua produk-produk dia. Takkan lah saya nak interview dia pulak? Bila dah balik rumah, saya buka sepeket kopi dan bancuh. Tidak seperti biasa saya rasa semacam bau pelik menerpa. Saya amati dan amati lagi aroma itu dan memang tak boleh diterima dek hidung apatah lagi nak masuk ke tekak ni. Baunya bau Sarsi. Sah!!! Ini produk tiruan!!

Tiba-tiba saya teringat pesan mak yang dah pernah bagitahu kepada saya mengenai kopi tiruan ini dan mula dijual secara berleluasa. Dan ciri-ciri kopi tiruan itu ialah bau sarsi dan ada perbezaan pada packaging tapi yang ini saya tak pasti sebab boleh dikatakan packaging tiruan dan asli hampir sama. Saya terus hubungi stokis di Shah Alam dan bercakap dengan taukenya sendiri. Dia meminta saya datang ke kedainya dan membawa bukti produk tiruan itu. Setelah beberapa maklumat diambil, mereka berjanji akan melakukan siasatan. Dari perbincangan dengan pihak tersebut, saya dimaklumkan bahawa pihak syarikat telah sedia maklum akan hal ini dan mereka sedang merancang strategi untuk menentang habis-habisan dalang yang menjual produk tiruan terutamanya produk keluaran Muslim kepada orang islam khususnya kerana mereka [dalang-dalang] ini  tahu bahawa produk Muslim diterima oleh masyarakat kerana yakin dengan kehalalannya dan mereka cuba untuk memanipulasi kan produk-produk ini dan menjatuhkan perniagaan orang Muslim. Sangat kurang ajar dan biadap sekali!

Sekarang ini memang banyak sekali produk-produk tiruan berada di pasaran. Sebagai pengguna, apalah daya kita untuk mengesyaki yang dijual itu produk tiruan mahupun asli apatah lagi bila membeli di pasaraya-pasaraya besar. Mohon sangat kerjasama daripada pihak kerajaan supaya tingkatkan usaha dan membuat pengawasan yang ketat ke atas produk-produk haram ini kerana ianya akan menjejaskan kesihatan kita semua. Tidak cukup dengan pakaian berjenama tiruan, kasut tiruan, beg tangan tiruan, alat mekap tiruan nah sekarang ini pula dah masuk bab makanan dan minuman tiruan! Berhati-hatilah kawan-kawan.

Di bawah ini ialah perbezaan di antara kicap tiruan dan kicap asli.

Produk tiruan ini rasanya memang berbeza kerana kurang manis, berbau maung dan dipekatkan dengan agen pemekat iaitu tepung dan warna kicap tiruan juga cerah berbanding yang asli. Sama-samalah kita ambil iktibar.
Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY