Followers

21 February 2011

Sedetik Lebih

SEDETIK LEBIH by Anuar Zain


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

20 February 2011

Simple Cheesecake


sebelum bakar atau sedia untuk dibakar
biskut yang telah dihancurkan
whip cream yang digunakan
hasilnya cheesecake yang telah siap dibakar dan dipotong

SIMPLE CHEESECAKE
Sumber : K_Azah FnR

Bahan-bahan :-
Base/
2 1/2 cwn digestive biskut
50 - 80 gm mentega
Cara-cara :-
Hancurkan biskut. Cairkan mentega. Satukan biskut yang telah dihancurkan bersama-sama mentega dan gaul kemudian di tekan ke dalam loyang. Simpan seketika di dalam peti sejuk.
.
Filling/
500 gm cream cheese Philadelphia
150 gm gula kastor
5 bj telur
1 cwn whipping cream
jus lemon dari sebiji buah lemon

Cara-cara :-
  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170' C dengan menggunakan api bawah sahaja.
  2. Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga kembang dan ringan.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  4. Masukkan whipping cream dan jus lemon ke dalam adunan dan pukul lagi sehingga sebati.
  5. Keluarkan loyang dari dalam peti ais tadi dan tuang adunan cheese ke atasnya dan bakar menggunakan kaedah steam bake. Bakar sehingga masak.

* Saya menggunakan biskut Chipsmore untuk base. Hancurkan dengan menggunakan food processor.
* Untuk topping, anda boleh guna apa sahaja filling yang anda suka. Strawberry, Blueberry atau apa sahaja.
* Sila balut loyang anda dengan aluminium foil sebelum bakar supaya loyang kek tidak dimasuki air.

Parpu Telur

Baru nak mula perasap dapur balik. Lauk mudah ni saya sediakan sebab ini je bahan yang ada pun! Ekekeke. Selain parpu telur ni yang menjadi all time feveret, saya juga sediakan lauk ringkas lain seperti sardin dan juga ikan pekasam yang di import segar dari ladang! Hehehe..Pekasam saya dapat yang paling sedap tau sebab dibuat oleh makcik saya sendiri di Perlis. Nanti ada masa akan saya upload gambar pekasam kasi korang tengok ok.

19 February 2011

Raja Musang?


Hehehehe..senyum sampai ke telinga saya hari ini bila dapat berjumpa dengan raja buah yang diidam-idamkan. Bukan selalu pun musimnya kan. Entah bila musim pun tak pasti. Kebetulan dah lalu kat Chow Kit tu apa lagi memang tak lepas peluang lah. Sakit kepala belakang kira janji mulut dapat merasa keenakan dan kesedapan buah durian jenis yang paling top ni iaitu Musang King [Raja Musang]. Yang musykilnya saya sendiri tak pasti kenapa diberi nama Musang King! Ada sesiapa tahu ke kenapa setiap durian di Malaysia di digredkan dengan nama yang pelik-pelik. Contoh yang saya biasa dengar seperti Kucing Tidur, Raja Kunyit, D24 dan macam-macam lah. Saya tak kisah pun apa gred yang diberikan janji buah sedap dan menepati citarasa dan anak tekak saya. Jemput makan...

18 February 2011

Al Fatihah buat arwah bapa mertuaku

Assalamualaikum, lama betul saya tak update blog. Mengambil masa yang lama juga nak asah kembali idea yang dah tumpul ni. Selain dapur yang dah lama tak berasap, tak ada cerita menarik pun yang nak dikongsi dengan kawan-kawan. Rutin sebagai isteri dan ibu pun seperti biasa sahaja.

Cuma apa yang saya nak kongsi dan beritahu di sini ialah tentang pemergian bapa mertua saya iaitu Haji Md Noor Bin Shaik Ismail yang telah pun kembali ke rahmatullah pada 12/2/2011. Pada waktu subuh yang hening, kami sekeluarga dikejutkan dengan panggilan telefon memaklumkan tentang perkara tersebut. Kebetulan pada masa itu saya sekeluarga telah balik ke Penang sehari awal dan pada itu pula waktu cuti sekolah iaitu hari Sabtu. Jadi pemergian beliau tidak langsung menyusahkan sesiapa. Malah kami sekeluarga redha dengan ketentuan Allah. Arwah meninggal di rumahnya di Kulim dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jln Perak bersebelahan dengan kubur anaknya yang telah dulu meninggal dunia. Itu permintaan terakhir arwah. Mujur pada hari tersebut ramai anak-anak, menantu, cucu cicit dan sanak saudara yang datang. Yang datang jauh dari Kelantan pun masih sempat memberi penghormatan terakhir. Syukur alhamdulillah.

 Arwah yang saya kenal adalah seorang yang sangat amanah, baik dan sangat menjaga makan dan minumnya. Menjadi pantang bagi arwah jika masakannya berminyak, cili yang ditumis tidak betul-betul masak dan sebangainya. Pantang itu dan ini. Kadang-kadang kesian juga ibu mertua saya tapi nak buat macam mana dah itu kehendak suaminya jadi turutkan sajalah. Setiap kali raya atau apa sahaja keramaian di rumah, maka kami anak menantu, cucu cicit dan sanak saudara lah yg akan menghingarkan suasana. Tak sah kalau tak dengar suara arwah memarahi cucu cicitnya yang berlari sana sini. Arwah paling suka menjamu orang dengan makanan. Kadang-kadang dipaksa cucu cicitnya makan. Ada masa sampai menangis budak-budak tu sebab dipaksa makan oleh tokwan mereka. Perut dah kenyang tapi terpaksa gagah juga buka mulut untuk disuap. Banyak kenangan yang kami sekeluarga lalui bersama arwah. Tidak terhitung rindunya kami kepada arwah.

Tarikh keramat 12/2/2011 tidak akan saya lupakan. Pemergian arwah walaupun sudah dijangka tapi tetap kami redha dan menerima dengan hati terbuka. Semoga arwah bapa mertua saya ditempatkan di kalangan orang-orang soleh dan beriman. Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunilah segala dosa-dosanya dan luaskan lah kuburnya Ya Allah. Al Fatihah.
Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY