Followers

21 April 2010

Ayam Goreng Kunyit

Sesekali ubah selera pulak. Selain Kari Kepala Ikan yang saya masak hari ini, saya buatkan menu special untuk Nur Yusra Ayam Goreng Kunyit sebab dia tak boleh makan kepala ikan. Bukan apa, abah dia larang makan kepala ikan. Nanti dah besar baru boleh makan katanya. Berbalik kepada cerita Ayam Goreng Kunyit ni, nak panggil sayur goreng kunyit pun boleh agaknya sebab lebih sayur pada ayam la pulak. Tapi tak apa, bagus juga kan. 2 in 1. Sayur dah masuk sekali so tak perlulah nak masak sayur lagi. Hehehe

20 April 2010

Sup Telur

Resepi dari rumah Encik Mat Gebu. Sebenarnya tak tahu nak masak apa untuk orang yang sakit kebetulan ada di rumah hari ni. Jadi saya rasa sup telur amatlah sesuai. Alahai, sedap sangat sup ni dan lain daripada sup telur yang biasa kerana ada udang kering. Masa menumis pun dah terasa wangi dan asyik telan air liur saja. Sabar ajelah..

SUP TELUR
Sumber : CMG blog

Bahan-bahan :-
4-5 biji telur
1 liter air atau lebih
3/4 sdm serbuk pati ikan bilis
3 ulas bawang putih, diketuk
6 ulas bawang merah, dimayang
1 sdm udang kering, direndam dan kemudian ditumbuk halus
2 bj ubi kentang, dibelah menjadi 4
1 btg lobak merah, dipotong tebal
4-5 keping fucuk, direndam sehingga lembut dan dikerat kecil-kecil
1 cekak su hun, direndam dan digunting pendek
garam secukup rasa
1 sdt lada hitam kisar

Cara-cara :-
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan kemudian masukkan udang kering yg telah ditumbuk. Kacau seketika dan tuang air. Masukkan serbuk pati ikan bilis.
  • Biar sehingga mendidih dan masukkan ubi kentang dan lobak merah. Didihkan lagi dan kemudian pecahkan telur sebiji demi sebiji dan biarkan sebentar dan jangan dikacau.
  • Perasakan dgn garam dan lada hitam kemudian masukkan fucuk. Biar mendidih dan tutup api kemudian masukkan su hun. Tabur daun bawang dan daun sup sebelum dihidangkan.
Nota :-
Ini saya buat ikut bahan yang ada di rumah sahaja. Kalau resepi asal ada dimasukkan cendawan dsb. Boleh rujuk blog CMG untuk resepi yg lebih lanjut.

Ayam Masak Padang

Menu Ayam Masak Padang nie dicadang oleh Dasha iaitu adik saya yang sekarang ni dah mula ke dapur sejak berhenti kerja. Maklumlah, dah suri rumah sepenuh masa, jadi dia pun terpaksa lah mengadap dapur 24/7 kan. Menurutnya, resepi ni diperolehi sejak sekian lama dari internet dan dia tidak pasti siapa punya resepi. Oleh itu, saya pun terus mencari di internet dan terjumpa resepi yang sama dari rumah Kak Umi - Home Sweet Home. Resepi asal ialah dari rumah Dayang Jack [thanks DJ for sharing this recipe]. Saya dah mencubanya untuk menu tengah hari ini dan memang sedap seperti yang diberitahu adik saya. Juadah ini kalau nak diikutkan boleh dipanggil Masak Lemak tapi sebab penggunaan lengkuas, mungkin ianya agak berbeza [rasanyalah]. Apa pun selain sedap, juadah ini amat cepat dan mudah sekali untuk disediakan.

AYAM MASAK PADANG
Sumber : DayangJack

Bahan-bahan :-
1/2 ekor ayam. dipotong kecil
300 ml santan
100 ml susu cair [guna jenis evaporated full cream milk utk lebih lemak]
1 keping asam keping
garam secukup rasa
1 btg serai, diketuk

Bahan kisar/
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1.5" lengkuas
2 btg serai [saya guna 3 btg]
sedikit kunyit hidup [saya guna 2"]
4 biji cili merah
10 biji cili padi

Cara-cara :-

  1. Panaskan minyak dan masukkan serai.
  2. Tuang bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Tambah air jika perlu.
  3. Masukkan ayam dan biar mendidih seketika.
  4. Masukkan santan dan susu cair. Biarkan mendidih dan perasakan dgn garam.
  5. Masukkan asam keping dan didihkan sebentar sehingga ayam empuk dan bolehlah dimatikan api dan sedia dihidang.

08 April 2010

Sayur & Buah Yg Boleh Menguatkan Tubuh

JAMBU BATU
.

Kulit buah dan isi yang keras paling banyak mengandungi vitamin C yang penting untuk kesihatan kulit, gigi, gusi dan penyembuhan luka. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit skurvi, masalah gusi dan gigi serta luka tidak sembuh dengan sempurna. Manakala daun dan bunga jambu batu pula mengandungi vitamin B iaitu pektin sejenis serabut larut yang dapat membantu mengurangkan kolesterol dalam darah, terutamanya kolestrol tidak baik jenis LDL.

SELERI

Seleri merupakan sejenis sayur berbatang lembut, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, magnesium, karotin, vitamin A, B kompleks dan C. Biasanya ia digunakan dalam perubatan secara tradisional bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Sayur ini juga dipercayai dapat melancarkan pusingan haid dan mengatasi masalah keputihan. Malah, seleri boleh merawat penyakit kulit seperti jerawat serta ruam.

DELIMA

Kebiasaannya buah delima sedap dimakan segar mahupun dibuat jus, sirap dan ada juga yang menjadikannya sebagai salad buah, sayur serta rojak. Jusnya diminum untuk rawatan demam panas, batuk, ulser dalam mulut dan melawaskan pembuangan air besar. Delima mengandungi tanin, asid sitrik [mempunyai anti oksidan dan kesan antitumor dalam kajian ke atas haiwan].


BETIK
.
Buah betik mengandungi kalium, kalsium, vitamin A, C dan karpain iaitu berupaya melambatkan degupan jantung, menurunkan tekanan darah tinggi, membunuh amoeba dan merangsang pembuangan air kecil. Air rebusan betik muda dipercayai dapat merawat darah tinggi.
.
DURIAN BELANDA

Dimakan mentah bila masak, dibuat jus atau aiskrim. Ia juga mengandungi fosforus, kalsium, vitamin B dan C. Fosforus penting utk metabolisme tenaga, penyerapan nutrien, membentuk tulang dan gigi yang sihat. Manakala kalsium pula penting bagi pembekuan darah serta mengawal degupan jantung. Ia juga amat penting kepada wanita yang putus haid bagi menghalang osteoporosis.

KUBIS

Dipercayai kubis mengandungi antikanser lebih berbanding sayur lain. Ia juga dikatakan mampu mencegah ulser perut selain mengandungi anti bakteria bagi meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Sayur ini biasanya dimakan mentah, dimasak ataupun dijadikan ulam.

03 April 2010

Parpu Telur

Semasa saya sedang memuatnaik gambar ini, datang si Yusra melihat hasil kerja mamanya. Sambil diperhatikan gambar tu dia lalu berkata " Mama, awat gambaq tu nampak macam ais kacang arr?" Mama pun membelek-belek sambil garu kepala yang tak berapa gatal ni. Dok sekejap saya pun perasan benda yang sama. "Alaaa..lebih kurang je laa nampak macam ais kacang. Bukannya ais kacang pun. Itu kan teluq!" Tapi Yusra macam tak puas hati. Dia tetap juga kata telur tu macam ais kacang, yg kuning-kuning tu [kacang dhal] maklumlah dia tak reti nama bahan tu jadi dia sebut yang kuning-kuning tu. "Yang kuning-kuning tu pulak macam jagung!" "Ye lah, ye lah..ais kacang pun ais kacang lah". Nak di shoot lagi sekali pun dah tak boleh sebab dah habis dijadikan lauk makan malam. Hmmm..sabar aje lah. Tapi yang penting ini bukan AIS KACANG tau! Ini PARPU TELUR! Hehehehe..

PARPU TELUR
.
Bahan-bahan :-
250 gm kacang dhall
1/4 sdm serbuk kari daging
.
A/Dimesin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2" halia
.
3-4 biji ubi kentang, dibelah 2
5 biji telur
1 1/2 kotak santan+ air
garam secukup rasa
1/4 sdm serbuk kunyit
.
B/Tumis darat
1 bj bawang besar, dimayang
3 ulas bawang putih, dihiris
2" halia, dhiris
3 btg cili kering, basuh bersih dan kerat 3 bahagian
5 helai daun kari
1/2 sdm biji sawi
3/4 sdm jintan manis biji
minyak utk menumis
.
Cara-cara :-
  1. Masukkan kacang dhal, serbuk kari dan air dan rebus sehingga kacang empuk.

  2. Masukkan ubi kentang dan bahan mesin. Biarkan sehingga kentang empuk.

  3. Tuang santan, masukkan serbuk kunyit dan sedikit air. Biarkan mendidih dan perasakan dengan garam.

  4. Pecahkan telur sebiji demi sebiji dan biarkan sebentar. Godek perlahan-lahan dan kacau sedikit-sedikit. Tutup api sebentar.

  5. Di dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan bahan B. Dengan api yg perlahan, kacau bahan-bahan tersebut sehingga garing.

  6. Tuang ke dalam periuk dan boleh dipanaskan sebentar dan kemudian tutup api dan bolehlah dihidangkan.
Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY