Followers

29 September 2009

Ayam Rendang Pedas

Terkena tempias aura raya. Walaupun puas makan rendang di rumah terbuka, tapi masih juga tetap nak masak rendang di rumah. Memang sedap kalau dapat lemang atau ketupat palas.

Udang Goreng Simple

Udang goreng nie simple sangat. Kalau pening-pening nak masak apa, inilah menu yang selalu saya buat. Lagipun, boleh gu dengan sebarang jenis nasi. Tak kiralah nasi tomato ker, nasi beriani ker memang best.
Udang kalau boleh yang besar lah dan tak perlu kopek kulit cuma gunting ekor dan janggut sahaja. Kemudian perap dengan serbuk kunyit dan rempah KETAM sebarang jenama tapi janji mesti rempah KETAM. Hiris bawang besar, bawang putih, halia, 1 btg cili merah, 1 btg cili hijau dan ketuk 2-3 btg serai. Panaskan kuali dan tuang minyak campur minyak sapi sikit. Letak daun pandan dahulu dan goreng sekejap biar wangi baru tumiskan semua bahan hiris dan serai. Kacau sekejap dan masukkan udang. Boleh tambah air jika inginkan kuah. Perasakan dengan garam. Masukkan 1 keping asam keping. Balik-balikkan udang supaya masak, tutup api dan tabur daun pudina. Sedia untuk dihidangkan. Kalau dah rasa, tentu orang akan ingat ini kari.

Kek Prune Kukus

Kek Prune Kukus.
Saja-saja buat pagi tadi untuk berikan sebagai buah tangan untuk ustazah si Yusra dan juga kawan-kawan. Teringat kat mak sebab balik raya baru ni asyik dok tanya tak buat ke kek prune? Hmmm..kesian pulak.
Resepi ni boleh tengok merata-rata dah. Dalam rumah terdahulu pun dah ada. Kek ni boleh dikatakan antara kegemaran ramai jugak lah. Dahtu senang dan cepat nak sediakan. Tapi kali ini saya gunakan mentega Golden Churn, jadi kek nie lembut dan sedap terlebih dari biasa. Hehehe..

26 September 2009

Himpunan Biskut Raya 2009









Himpunan biskut-biskut raya yang sempat saya rakam semasa beraya di rumah mak. Semuanya beli jer. Walaupun beli jer, tapi sedap. Macam tahun lepas, biskut kegemaran saya ialah biskut tikus mondok [kitaorang je yang panggil macam tu sebab bentuk mcm tikus mondok. Kalau pandai tekalah yg mana satu biskut tikus mondok tu..hehe] tapi tahun nie dah ada biskut yang lagi sedap pada biskut tikus mondok tu. Biskut tu gambar no 4. Adoiii..tengok balang pun dah tau kan..tinggal beberapa biji saja. Memang laku biskut ni. Lagi satu biskut yang laris di mulut ialah gambar yang pertama sekali. Yang nie biskut mewah sket sebab almond semata-mata yang disalut coklat.

17 September 2009

Kek Buah Kukus

Macam biasa tiap-tiap tahun mesti kena buat kek. Tak kisahlah kek apa pun dan tak kisah lah sedap ke tak pun..wakakaka. Tahun nie saya buat kek buah kukus. Biasa buat kek buah bakar. Kek nie padat dan satu bancuhan tu boleh dapat loyang besar saiz 10-11 inci.

KEK BUAH KUKUS
Sumber : FnR

Bahan-bahan :-
600 gm tepung gandum
340 gm mentega Golden Churn
300 gm gula kastor, dihanguskan, perlahankan api dan masukkan 1/2 cwn air
300 gm gula pasir
5 bj telur gred A
2 sdt esen vanila
2 sdt esen oren
375 gm buah-buahan kering campuran [mix fruits]
2 sdt soda bikarbonat

Cara-cara :-
1. Panaskan kukusan.
2. Ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan mix fruits ke dalam adunan tepung dan digaul. Ketepikan.
3. Di dalam bekas berasingan, pukul gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4. Tuang adunan tepung ke dalam bancuhan mentega dan kacau sebati.
5. Tuang gula hangus dan kacau lagi.
6. Masukkan kesemua esen dan gaul sebati. Tuang ke dalam loyang yang telah disapu mentega di sekelilingnya dan tabur sedikit tepung supaya kek tidak melekat. Sedia untuk dikukus selama 4 jam. Balut tudung kukusan supaya air tidak menitik jatuh ke atas permukaan kek.

Biskut Tart Nenas Kelopak Matahari

Ini pulak biskut tat jem. Memula ingat nak guna acuan tekan tubi tu lah tapi sebab jari ni bukan dalam keadaan yang baik maka tukar plan saya guna acuan baru beli kat Bagus Bakery. Alasan sebenarnya nak guna gadjet baru kannn..hihihi
Tapiiiiiiiiiiiiiiiii..sampai ke garisan penamat, jari saya dah mula melecet sebab kena tekan tekan tekan tekan saja sampai ke sudah! Eiii..dah mula takdak mood. Belum part menggentel jem lagik! Belum part nak transfer biskut masuk ke dalam bekas lagik! Arghh..ngeri betul la nak pegang biskut nie..takut berderai, lembut bak sutera tapi sedap walaupun sememeh sebab malas nak alas paper masa nak susun dalam bekas tu.

Cornflakes Coklat

Biskut Cornflakes Salut Coklat yang paling senang dalam dunia! Itupun kalau proses cairkan coklat berjalan lancar lah. Kalau time coklat buat perangai, menjawablah! Hehehe..

14 September 2009

Jejari Transformer

Biskut kelima dari dapurku iaitu Jejari Oat tapi tengok rupa takde bentuk jejari pun?? Sebab dia dah jadi transformers bertukar dari jejari ke bintang! Hehehe..
Dah famous gila dah biskut ni cuma saya jer yang ketinggalan jet untuk mencuba. Biskut ni saya pandai-pandai adjust tambah telur kuning lah tambah tepung jagung lah. Resultnya tak tahu lagi macam mana sedap ke tak, terpeleot ke tak wallahu alam..tapi budak tak puasa tu dah mencubanya sebiji dan dia kata 'ok laa Maaaa..sedappp..susu dia manis!' Betul ker? Kena tunggu malam lepas berbuka lah baru boleh tahu..bukan boleh percaya budak tak puasa tu!

13 September 2009

Chocolate Almond Cookies

Pertama kali cuba buat biskut ni. Ya Allah, biskut paling hodoh dalam dunia! Lainkali nak beli cutter cookies lah. Kalau nak ikut tangan yang tak pro ni, herot petot biskut ni. Kesian betul!Hehehe..

BISKUT COKLAT BERBADAM
Sumber : Chef Alex Goh

Bahan-bahan :-

A/
260 gm mentega
185 gm gula aising

B/
1 bj telur
1/2 sdt pes kopi - saya kecualikan
1 sdt pes coklat

C/
400 gm tepung gandum
1 sdb susu tepung
1/2 sdt serbuk penaik

D/
* 180 gm kepingan badam

Cara-cara :-
1. Pukul A sehingga kembang. Kemudian tambah B dan pukul sehingga sebati.
2. Campur C yang telah di ayak dan kemudian masukkan D. Gaul rata.
3. Tekan doh ke dalam dulang segiempat berukuran 8 inci yang telah dialas dengan kertas kuih. Simpan doh di dalam peti sejuk semalaman atau sehingga keras.
4. Keluarkan doh daripada peti sejuk dan potong menjadi kepingan 40mm. Potong menjadi kepingan nipis, berukuran 5mm tebal.
5. Susun atas loyang pembakar yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 170'C selama 20-25 minit.

Nota :-
Kepingan badam boleh digantikan dengan kacang lain seperti walnut, pecan, hazelnut. Adunan tidak perlu dipukul sehingga ringan. Cukup sekadar bahan-bahannya sebati dan rata.

* Saya mencampurkan 80 gm coklat rice kerana kepingan badam tak cukup!!

Biskut Oren

Ini biskut oren dari resepi Kak Liza. Sayang tak ada oren Sunquick, kalau tak mesti lagi wangi.
Biskut nie crunchy. Dah habis ikhtiar nak guna acuan apa sebenarnya. Jadi, hentam sajalah dan untuk tidak mencacat cela kan rupa paras biskut tu, saya tempek sebiji coklat cip di atasnya.
.
BISKUT OREN
.
Bahan-bahan :-
250 gm mentega
240 gm gula halus
240 gm tepung gandum
240 gm tepung jagung
1 sdt pati oren/emulco
1 sdt parutan kulit oren
.
Cara-cara :-
1. Pukul mentega dan gula.
2. Masukkan parutan kulit oren dan pati oren.
3. Masukkan tepung-tepung yang telah di ayak dan adun sebati.
4. Rehatkan doh di dalam peti sejuk sebentar.
5. Keluarkan dan canai doh kemudian terap dengan acuan.
6. Susun di dalam loyang dan bakar pada suhu 170'C atau sehingga keemasan/masak.
7. Sejukkan dan boleh disimpan.

12 September 2009

Biskut Suji

Biskut kedua.
Yang ini namanya Biskut Suji yang resepinya saya ambil dari MyR.
Ini merupakan biskut kegemaran saya dari kecil sampai lah dah besar panjang tua bangka!
Memandangkan ini resepi baru, jadi saya belum berkesempatan mencubanya. Tapi saya tak risau, hari ini kebetulan ada budak tak puasa kat umah jadik elok sangat lah tu. Mula saya bagi sebijik, berkerut habis muka dia sebab mulut penuh kan..jadi susah sket nak bagi ulasan. Sekejap tu dia minta lagi, kemudian minta lagi..Haaahhhh..sudah..kompem sedap la tuh! Tak pasal-pasal habis sebalang kang biskut aku nih! Hehehe..
Tapi biskut ni amatlah sesuai kalau saya labelkan 'HANDLE WITH CARE, ONCE BROKEN CONSIDER SOLD' yaaaaaa...Tersilap handle, menangis laa korang..Hihihi..

BISKUT SUJI
Sumber : MyR

Bahan-bahan :-
500 gm tepung gandum
200 gm gula aising - saya guna gula halus
250 gm minyak sapi
1/2 sdt garam halus - ini saya tambah
susu tepung - ini saya tambah

Cara-cara :-
1. Tepung haruslah digoreng tanpa minyak terlebih dahulu. Ketepikan dan kemudian digaul dengan gula dan garam.
2. Cairkan minyak sapi, sejukkan sebentar kemudian dituang ke dalam adunan tepung. Gaul sehingga sebati sehingga boleh dikepal. Jika adunan lembik, boleh tambah sedikit demi sedikit tepung. [Ya, saya tambah lagi tepung sedikit demi sedikit]. Kemudian bulat-bulatkan adunan anggaran 1 sdt dan susun di dalam loyang.
3. Bakar biskut dengan suhu 170' celcius selama 20 minit atau sehingga masak.
4. Keluarkan biskut dan bolehlah disalut dengan susu tepung dan kemudian disusun di dalam cawan kertas.

Biskut Choc Chip Rangup Kak Liza

Ini biskut pertama. Resepinya dah tentu-tentu lahhhhh korang ada kan! Hikhikhik..
Biskut ni syiokkk. Asal bukak penutup botol jer, wangiiiiii bau dia..rasa mcm nak sambor jer..Hehehe..

09 September 2009

090909

09.09.09

wahh! cantik betul nombor hari ni kan. Nasib baik laa bulan puasa. Kalau tidak, mesti menderu orang bernikah hari ni. Hikhikhik..

Jem Nenas

Baru mula mengayuh semalam. Itupun sempat buat jem nenas saja. Kulit tat jangan tanya lagi lah ya. Belum tahu lagi nak buat bila. Sejak masuk puasa sampai ke hari ini angin tak berapa baik la pulak. Hmm..sabor je lah.

JEM NENAS

Bahan-bahan :-
1 biji buah nenas mengkal
sepotong buah betik masak ranum
2 cwn gula
1/2 biji limau nipis, jus shj

Cara-cara :-
1. Kupas dan bersihkan nenas.
2. SAGAT atau PARUT nenas sehingga habis.
3. Masak sehingga pekat baru tambahkan buah betik tadi.
4. Masukkan gula dan kacau sehingga pekat, likat dan bertali-tali.
5. Sebelum menutup api, perah rata jus limau ke atas jem lalu dikacau.
6. Sejukkan dan sedia digunakan.

Menu Berbuka Lagi & Lagi





Minggu lepas jadual berbuka padat kerana ada tetamu datang ke rumah. Dari rakan-rakan hinggalah ke sanak saudara. Masak memang tidak ler, semua beli kat Pasar Ramadhan saja. Tidak terhad sebenarnya, merata jugak lah. Dari yang dekat dengan rumah, sampai jauh ke KL.
Menu di atas tu kami beli di Petaling Jaya. Paling best lauk sotong bakar tu lah yang membuat saya dok telan air liur saja. Hehehe..

02 September 2009

Menu Berbuka Lagi



Syoknya kalau nak makan main tunjuk-tunjuk ni. Siap fulus aje lah yea. Hihihi..
Hari ni pun berjalan lagi di tempat yang sama macam semalam pulak tu. Eiii..tak bosan pulak tu??!! Esok sure bosan..nak cari port shopping tempat lain pulak lah!..Hehehe..
Kebetulan masa nak balik rumah tu ada nampak gerai kecil tepi jalan. Saya memang dah biasa beli makanan kat sini sebab selain dekat dengan rumah, makanannya boleh tahan sedap jugak. Masakan yang dijual ni kebanyakannya berasal dari pantai timur. Macam tadi yang saya sempat lihat ada kuih muih seperti buah tanjung, akok, jala mas, lompat tikam, beberapa jenis bubur dan kuih-muih biasa yang kita lihat. Juadah lain pula adalah seperti laksam, laksa johor, ayam percik, sambal sotong, terung berlada, kerutub ayam dan macam-macam lagi lah.

01 September 2009

Menu Berbuka


Hari ini pergi jalan-jalan shopping dan cuci mata kaki tangan apa yang patut kat The Curve. Penat berjalan sampai tengok jam kat tangan dah petang. Lagi 1 jam lebih saja tunggu waktu nak berbuka. Mana taknya, tension melayan karenah anak dara sorang ni yang cerewet tahap gaban nak beli baju raya dia! Itu tak kena, ini tak kena. Memang hangin jugak lah tadi.
Penyudahnya, my bos tolong tapaukan nasi goreng dan beberapa juadah untuk berbuka. Antaranya seperti gambar di atas. Roti canai ke roti paratha saya tak berapa pasti la pulak tapi yang nyata..SEDAP! Roti yang digulung bersama-sama inti daging disaluti pula oleh sos dan mayonis kemudian dicicah dengan kari..perghhh..Memang tak tipu..hehehe

Puding Jagung

Selalu buat puding jagung ni guna agar-agar. Tapi kali ni nak cuba buat jenis kastad pula. Boleh buat untuk berbuka puasa nanti.

PUDING JAGUNG
Sumber : NoorMasri FnR

Bahan-bahan :-
1 cwn jagung manis stail krim [saya guna 1 tin jagung manis bkn krim]
1 cwn tepung kastad
1 1/2 cwn susu cair [saya ganti dgn santan+1 sdt garam]
3 cwn air
3/4 cwn gula

Cara-cara :-
1. Campur ke semua bahan-bahan di atas ke dalam sebuah periuk dan masak sehingga likat.
2. Setelah agak likat dan berkilat, boleh tuang di dalam acuan dan sejukkan.
Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY